JENIS INTEREST MALAYSIAN
1. Untuk faham jenis interest, ada satu idea dari brenonair yang penulis rasa sangat mudah nak ingat dan faham. Sangat Malaysian.
2. Menurut brenonair, ada 3 jenis interest : Roti Canai, Nasi Lemak dan Teh Tarik
ROTI CANAI
1. Roti canai adalah roti yang leper, atau flat. Hence, ini adalah interest yang flat.
2. Jenis loan roti canai adalah personal loan dan loan kereta.
3. Loan jenis ini, sekali dah sign, terus tak boleh ubah kalau nak jimat interest.
4. Maksudnya bayar cepat, bayar lebih, tak bayar, bayar lambat, bayar penuh, at the end of the day, jumlah interest kena bayar dah lock.
5. Principal amount dan interest dah dikira sekali, dan itulah komitmen bulanan yang kita bayar. Kita tak boleh pergi bank cakap bulan ni saya nak bayar prinsipal sahaja, bulan depan baru masuk interest.
6. Tempoh loan telah ditetapkan, suka atau tidak, kena bayar ikut tempoh. Boleh full settlement tapi effect tak banyak.
7. Hence, sebelum sign, fikir betul-betul.
NASI LEMAK
1. Nasi lemak adalah nasi dengan sambal. Sambal adalah penentu nasi lemak sedap atau tidak. Kita boleh makan nasi lemak asing dengan sambal kalau nak, tapi makan sekali lagi sedap. Hence, ini adalah interest yang berasingan. Sambal itu interest, nasi itu prinsipal.
2. Jenis loan nasi lemak adalah loan rumah.
3. Loan jenis ini, sekali dah sign, boleh lagi nak jimat interest.
4. Maksudnya bayar cepat, bayar lebih, ada effect pada interest. Bayar prinsipal tinggi boleh kurangkan interest.
5. Kita boleh pergi bank cakap nak buat partial settlement pada prinsipal amount, hence interest akan kurang sebab dikira based on balance.
6. Lebih lama tempoh loan, lebih banyak interest yang nak kena bayar.
TEH TARIK
1. Teh tarik adalah air yang gula dia boleh potong kaki. Itu sebab kalau dah tua bila pergi mamak kita order teh tarik kurang manis. Kalau kita dah tak ada kaki, macam mana kita nak jalan atau jogging? Gula memang sedap sebab manis. Tapi manis ini yang bahaya. Manis sangat boleh kena kencing manis. Manis ini adalah interest yang membunuh.
2. Jenis loan teh tarik adalah kad kredit.
3. Loan jenis ini, sekali dah kena, memang susah nak lupa. Dia punya manis, fuhhh…. asyik swipe swipe swipe. Mudah. Tapi akibat interest kredit kad boleh buat kita miskin dan fakir.
4. Interest kredit kad adalah compound. Maksudnya dia bukan static tapi berganda-ganda based on balance. Lagi banyak balance tinggal, lagi banyak interest kita kena.
5. Kita akan hairan kenapa balance kredit kad tak habis-habis walaupun kita bayar amaun yang konsisten. Kita sebenarnya patutnya bayar amaun berapa kita swipe. Kalau kita bayar minimum, lagi parah dan sampai Dajal dan Nabi Isa turun pun, hutang masih ada.
6. Selagi ada baki hutang dalam kredit kad, selagi itulah ada interest.
KESIMPULAN
1. Mengetahui jenis interest membuatkan kita tahu yang mana kita nak kena priority dalam membayar loan. Ada yang boleh main lapse, tapi ada yang tak boleh kow tim langsung.
2. Secara basis, fokus bayar teh tarik dulu, then nasi lemak dan kemudian roti canai.
RUJUKAN