Ar-Rahnu

PENDAHULUAN

1. Ar-rahnu merupakan sistem pajak gadai emas yang telah di-islamkan.

2. Ada banyak Ar-rahnu seperti contoh Ar-Rahnu Exchange oleh Bank Rakyat, Yapiem, koperasi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, banyak syarikat buka peluang untuk rakyat gadai emas.

3. Maksimum sekali pinjam adalah RM300,000 untuk seorang. Ini bermaksud, semakin naik nilai emas, semakin sikit emas yang perlu digadaikan.

4. Untuk gadai lebih dari RM300,000, maka kena pergi banyak Ar-Rahnu yang berlainan brand atau guna banyak nama.

CARA BAYAR UNTUK TEBUS

1. Bergantung pada Ar Rahnu, ada yang boleh bayar online, ada yang masih kena pergi kaunter bawa cash dan tebus.

2. Contoh Ar Rahnu yang boleh bayar online adalah Ar Rahnnu Exchange.

3. Login ke website http://ebayar.arrahnuxchange.com.my

4. Klik “Bayar Sekarang”

5. Masukkan IC, dan No Rujukan SAG (Surat Akuan Gadaian). No SAG adalah No Siri dalam surat.

6. Klik “Cari” dan info gadaian akan dipaparkan. Sebagai contoh, jumlah yang perlu dibayar untuk tebus semula emas dibawah ini adalah RM172,534.48.

7. Edit jumlah pembayaran dalam kotak Amaun. Bayaran boleh dibuat ikut suka berapa amaun. Sebagai contoh, bayar RM534. Klik checkbox tepi dan maklumat bayaran akan dipaparkan disebelah. Anda akan dikenankan charge sebanyak RM1.

8. Pilih cara bayaran contoh FPX. Klik “Bayaran”. Pop up confirmation untuk teruskan pembayaran keluar, klik “OK”

9. Anda akan dibawa kepada page payment gateway dan online banking, teruskan urusan login, password dan pembayaran hingga selesai.

10. Setelah selesai, refresh page dan masukkan semula IC dan No Rujukan SAG untuk melihat baki hutang. Take note sistem Ar Rahnu ini tidak memaparkan baki setelah anda membuat bayaran. Sebagai contoh, baki hutang telah berkurang kepada RM172,000.48.

11. Berapa jumlah maksimum bayaran yang boleh dibuat? RM29,999. Ini kerana terdapat fi pengurusan RM1, maka jumlah transaksi dibenarkan adalah RM30,000.