1. Interest adalah bunga. Atau bahasa rasmi, kadar faedah.
2. Kadar faedah ini, bergantung kepada kita, boleh jadi berfaedah, boleh jadi tidak berfaedah.
3. Bila kita tiada duit, sebenarnya kadarnya tak berfaedah langsung. Manakala kalau kita ada duit, barulah kadarnya berfaedah.
4. Kita akan bincang dulu waktu kita tiada duit.
5. Bagi kita yang tidak berduit, apa benda sebenarnya interest, ia adalah kos untuk mendapatkan duit.
KOS MENDAPATKAN DUIT
1. Di dalam debt financial system, atau sistem kewangan hutang yang dunia amalkan, kita boleh mendapat duit melalui loan atau pinjaman.
2. Untuk mendapatkan duit ini, ia memerlukan kos.
3. Kos ini adalah interest.
4. Contoh kita nak beli kereta tetapi duit tak cukup, maka kita apply loan dari bank. Bank bagi kita pinjam duit, tapi bukan free macam kita pinjam duit dari mak abah atau kawan-kawan yang baik. Bank bagi pinjam duit sekali dengan interest atau bunga.
5. Bank bayar harga kereta kepada kedai kereta, kita dapat kereta, kita bayar harga kereta dengan interest kepada bank, secara ansuran.
6. Dalam erti kata lain, kita bayar harga kereta lebih tinggi dari harga sebenar, kerana telah ada kos pinjaman, semuanya kerana kita tidak mempunyai duit yang cukup untuk beli kereta.
7. Ini berlaku kepada semua yang lain seperti rumah, kad kredit, personal loan dan apa jua benda yang kita ambil dengan financial instituiton, kita kena bayar lebih.
KESIMPULAN
1. Interest adalah kos mendapatkan duit.
2. Ia boleh jadi tinggi atau rendah, bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan juga rate yang diberikan.
3. Untuk faham lebih lanjut, kita kena tengok, baca dan kira secara detail.