Sehari selepas sambutan hari pekerja 1 May 2024, saya telah berhenti kerja secara tidak sambung tawaran kontrak. Sukar untuk saya mengambil keputusan ini namun ia adalah yang terbaik setelah 45 hari, istikharah. Lantas, ini adalah permulaan lembaran baru di dalam hidup saya di mana saya berkemungkinan besar, retire.
Ketika itu umur saya baru 45 tahun. Sekiranya mengambil Malaysia sebagai rujukan data, umum mengetahui yang umur pencen adalah 65. Ini bermaksud, saya awal 20 tahun dari majoriti orang. Phase hidup saya tiba-tiba berubah dari pantas, menjadi perlahan.
Setelah hampir 141 hari lemau di rumah, merepek tak tentu hala, akhirnya pada 20.9 (hari jumaat), saya mengambil keputusan untuk membuat blog baru – decentralife.co
Ini adalah blog pengembaraan financial saya, dimana saya akan menulis secara serius semi kelakar, bagaimana saya decentralife, atau keluar dari rat race, atau “out of the system” sepenuhnya. Namun ia bukan semata static sejarah silam, tetapi juga dynamic untuk masa depan. Ia juga adalah himpunan kajian tentang kewangan, strategi dan tactical agar dapat saya menggandakan net worth saya seberapa tinggi yang boleh.
Untuk rekod, saya bukanlah seorang yang certified dalam financial, bukan anak raja atau anak elitis yang mempunyai harta berkoyan. Saya adalah orang biasa yang bermula dari bawah, berniaga dengan tangan kurniaan Allah hampir 27 tahun lamanya, hingga akhirnya saya exit dan menjual terus perniagaan saya.
Hakikatnya, meningkatkan pengetahuan saya dalam financial secara mendadak dangdut, lebih dari financial planner saya adalah sangat kritikal. Ia bukan sekadar untuk mencapai misi gandakan wang anda namun sebagai permulaan, adalah untuk protect, apa yang ada.
Anyway, atas sebab tertentu, saya terpaksa merahsiakan identiti sebenar saya kecuali yang tahu, tahu. Tidak penting untuk anda mengenali saya siapa kerana apa yang penting adalah segala notes dan research saya. Itu lebih bermakna sebagai rujukan dan panduan untuk anda mengharungi dunia financial yang kian mencabar.
Saya doakan anda sentiasa dipermudahkan, dirahmati dan ditunjukkan jalan lurus.
AMIN
.penulis
ex Co-Founder, CIO sebuah startup fintech
20.9.2024