$1.5 M Big Idea 2023, Cathie Wood

Pengenalan siapa Cathie Wood

Cathie Wood adalah CEO, CIO untuk Ark Invest.

Ark Invest tidaklah sebesar Blackrock, tapi terkenal dengan method destructive.

Namun dengan AUM $14.11 B, agak hebat bagi sebuah firm investment yang kecil.

Untuk comparison, value TNB kurang $1 B dari Ark Invest.

Dan TNB merupakan antara syarikat di Malaysia yang mempunyai saiz tenaga kerja yang besar.

Big Idea 2023

Now, setiap tahun, Ark Invest akan keluarkan finding report. Tahun ini, “Big Idea 2023“. Findings meliputi beberapa kategori namun fokus kita adalah specific, Bitcoin.

Menurut findings ini, rumusannya adalah, Bitcoin boleh pergi $1M next decade. Kita review slide satu persatu.

Pertama, penurunan harga Bitcoin dari ATH kali ini, adalah yang paling kecil iaitu -76.7% berbanding sebelumnya (rujuk drawdown) dan kedua terpanjang sepanjang zaman.

Paling lama adalah zaman Nov 2013 peak $1,242 ke $152 (-87.7%) iaitu 393 hari.

Kesimpulannya, price junam lagi teruk, zaman dulu compare terkini. So rilek la. Bear kali ni tak la tragis mana.

Dan yang lebih meyakinkan, compare asset lain, Bitcoin agak cemerlang. Lain lagi teruk termasuk gold.

Fundamental Bitcoin juga semakin kuat compare zaman sebelum. Contoh, Long Term Hodlr, Network capacity, wallet address, makin bertambah,

Now, kita tengok Bitcoin Capitulation pula. Sebelum tu, apa maksud capitulation?

Maksud dia orang jual Bitcoin gila-gila, sampai price junam gila-gila.

Now, next slide. Jumlah Bitcoin yang dijual pada harga rugi, telah sama dengan level price cycle sebelum. Ini bermaksud, bear dah nak habis dan Bitcoin nak bull.

Atau untuk lebih faham,

Seterusnya, majority pemegang Bitcoin atau Bitcoin Hodlr, nampak bertekad untuk tidak jual dalam masa terdekat dan jumlah terkini ini lebih ramai.

Maksudnya, keyakinan pada Bitcoin long term makin kuat. 71% Bitcoin orang holdr.

Malahan, jumlah Bitcoin keluar dari exchange (orang tak simpan sana sebab orang simpan dalam cold wallet) meningkat. Atau, supply Bitcoin di exchange berkurangan tegar.

Boleh juga dikatakan orang tak trade sangat Bitcoin dia, tapi simpan macam gold. Hence, long term hodlr. Adakah ini bagus?

Manakala hash rate Bitcoin, ATH tinggi.

So adakah ini bagus?

Apa yang bagusnya?

Next, ada kena mengena dengan alam sekitar. Mining Bitcoin memang kena guna elektrik, namun nak hasilkan elektrik ni guna apa?

Cerita dia, guna gas yang biasanya useless untuk hasilkan elektrik untuk mining, hence, ini baik untuk alam sekitar.

Next slide.

Institutional nak masuk alam Bitcoin, so harga akan naik sebab supply atau balance Bitcoin sekarang tinggal lagi berapa juta sahaja so price confirm mendadak dangdut.

So, dengan segala point yang menyokong kuat kepada Bitcoin, jauh mana dia boleh pergi? Ini ramalan Cathie Wood.

Ramalan harga $1.5T

Target adalah pada tahun 2030.

Paling  teruk – 8X – $259K / RM1.2M
Base – 22X – $683K / RM3.2 M
Bull Case – 50X – $1.48 M  / RM7.88 M

Untuk video ulasan, boleh layan ini.

Mabuk ketum atau tidak $1.5 T?

Ada dua benda disini yang kritikal, iaitu target dan punca.

Pertama, target ada 3, iaitu lowest, base dan maximum. So basically, price boleh pergi dalam range ini.

Kalau price Bitcoin dapat capai lowest sekali pun, itu sudah 8X dari harga Bitcoin sekarang (ketika ini sekitar $27K – $30K).

Meaning kalau kita beli Bitcoin dengan modal RM50K, dia boleh jadi RM400K. Ibarat, keluar modal sikit untuk setelkan loan rumah konsep dia.

Kalau nak beli Porche, 911 harga sekitar RM1 M, keluar modal RM125K. Kereta free.

Kalau rumah RM2.7 M, kena keluar modal RM337K lebih kurang. Dalam masa 7 tahun, rumah free.

Kedua, adalah punca. Mengikut model Ark Invest, punca atau asbab atau faktor kepada price untuk pergi kepada 3 range target adalah dari sumbangan beberapa kategori ini, atau Bitcoin Use Case.

So, kalau semua kategori ni ada memberi sumbangan, then kemungkinan price bukan setakat 8X, tapi boleh pergi 22X.

Basically ini intipati utama kepada model Ark Invest Bitcoin $1.5T. Lapan use case Bitcoin ini kalau, ON, insyallah, boleh achieve.

Misal kita ambil satu Use Case – Seizure-Resistant Asset TAM Global HNWI Wealth.

Kalau 5% dari golongan High Networth ini masuk dalam alam Bitcoin, then memang harga boleh naik. Namun untuk depa ni masuk, adalah kerana sentimen iaitu takut harta kena rampas misalnya.

Untuk 2022 Wealth Report, baca sini.

Adalah bagus kalau Ark Invest reveal Bitcoin Use Case ini secara detail, baru kita faham dan decide sama ada model $1.5T ini make sense atau tidak.

Data yang kita ada dari Ark, sekadar surface. Hence, kesimpulan akhir yang boleh penulis buat untuk target harga Ark adalah begini,

“Boleh pergi kalau gesaan untuk menyahut seruan itu berlaku dan disambut oleh para jemaah… namun realiti jemaah hari … itu cerita yang berbeza”

Semakan Rumus 

Now mari kita semak rumus sama ada boleh pergi atau tak harga Bitcoin $1.5T. Based on kiraan 23.09.2023,

Bitcoin Coin Dominance – 49%
Bitcoin Coin Supply – 19.49 M

Maka, Price,

= Cyrpto Market Size * (Coin Dominance/100)/Coin Supply
=
60 T *(49/100)/19.49 M
= $1.5 M

Basically kalau marketcap crypto pergi 60 T, which is 60X dari sekarang 1T, boleh la price Bitcoin $1.5 M per BTC.

Untuk lowest case,

Maka, Price,

= Cyrpto Market Size * (Coin Dominance/100)/Coin Supply
=
10.3 T *(49/100)/19.49 M
= $259 K

Basically kalau marketcap crypto pergi 10.3 T, which is 10X dari sekarang 1T, boleh la price Bitcoin $259 K per BTC.

10T ni lebih kurang gold marketcap, kurang 2 T.

Semakan Chart

Boleh semak disini.

Back