Trade Log : w01 2022

Tahun 2022 ni penulis nak serius dalam hal trade ni maka penulis decide untuk buat weekly trade log. Take note penulis bukan pakar sangat dalam trade ni level nubis. Penulis dalam mode belajar sambil trade. So kalau nak follow, hangpa better buat risk assesment hangpa sendiri.

Tapi antara lain adalah penulis nak share la insight sikit2 kalau ada kut ada menafaat buat hangpa.

Now, matlamat dia adalah :

  1. Nak increase number of Polkadot holding untuk GPF penulis. Meaning profit dia adalah dalam bentuk Polkadot.
  2. Nak increase capital untuk trade. Profit ni nak buat gaji.

Untuk matlamat yang pertama tu, to date, holding penulis adalah :

Target penulis 2022 adalah untuk grow hodlings dari 1525 jadi 3042 pada tahun ini.

To date, daily staking rewards penulis adalah 0.5 Dot.

Walaupun penulis telah bersumpah tanak trade guna capital ni, tapi nampak gayanya sangat slow nak increase balik hodlings ni. Kalau sehari generate 0.5 Dot, setahun 365 hari baru ada 182.5 dot. Maka 1525 akan jadi 1707.5 which is tak sampai pun 2000.

So penulis akan trade dengan penuh disiplin, zero tamak dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau ikut last year, penulis berjaya maintain 10% setiap bulan untuk 3 bulan. berturut, tapi masuk bulan keempat, penulis rugi 40% sebab tak stop loss.

Last year penulis buat dalam 100K. To be specific, RM100,031.03. Tapi rugi tak masuk la….. babi. Meaning tak tolak berapa rugi.

Anyway, tahun ini, Ini milestone dia.

  1. First – 1525 to 1707 dot – 12% (Updated, settled at week 10 on trade #14)
  2. 2nd – 1707 to 3042 dot – 100%

Kita tengok boleh dapat ke tak untuk tahun 2022 ni.

Manakala untuk yang kedua tu nanti penulis tulis lagi. Sebab sekarang nak fokus masuk trade untuk Polkadot.

Trade Analysis

First sekali suasana Bitcoin tak berapa nak sedap. Daripada penasihat penulis yang pertama Fous, ada kemungkinan Bitcoin akan retest 40 – 41 K.

Kalau tengok weekly trending, memang tengah menurun.

Manakala daily, dah close bawah mid BB lama dah pada 28 Dec (dem penulis tak perasan) dan currently dah closed lower BB which mean makin kuat nak kebawah.

Cuma satu nak kena hati-hati RSI dah oversold tapi reversal dari MACD belum ada lagi.

Apapun, Bitcoin dah break support 45478, dan dah follow tru 44100, meaning ada can nak retest 41K.

Kalau break 41K lagi pecah bawah.

In term of overall crypto market, kalau closed bawah trendline tu memang ada harapan Bitcoin lagi jun’anam.

So bila Bitcoin pun turun, Altcoin akan turun, thus Polkadot pun akan turun. Next support adalah  $1.76 T. Kalau retest sini, Bitcoin maybe $35 K manakala Polkadot, $21.50.

Sebelum kita tengok graph, kita tengok AI kata apa. Basically AI bagitau Polkadot dah memang Bearish pun sejak 20 Nov 2020. So pengajaran dia next time, untuk trade increase hodling GPF ni kena main ikut AI ni. Once ada signal bearish, jual je semua. Agak2 dah ada untung, beli balik bawah. Buy Dip.

Next, graph. First kita tengok trending Polkadot weekly. Trending last week macam nak kuat, this week merah.

MACD RSI Weekly

In term of daily, hampir closed mid BB. Dan MACD nak kebawah dan RSI tade signal nak reversal lagi.

Update : Dah closed mid BB.

Zoom ke 1H, nampak macam nak retest balik EMA8 (line kuning), thus penulis akan set SELL atas sikit dari EMA8

Target buy balik pada $23 – $22.70 tengok canne. Stop Loss ketat $27.60 sebab ni penulis punya GPF Fund. Tanak kena dah cam last year. Kalau kena SL, rugi $700.

Now, kenapa SL dekat $27.60? (Kalau nak tepat $27.78 EMA 8 line kuning).

Rujuk video bawah ni.  Basically kalau market tengah crash, kalau price daily closed atas EMA 8, ada potensi nak reversal.

Now, risk trade ni.

Basically risk dia agak tinggi sebab dalam 4H, signal reversal dah ada pada RSI. Cuma confirmation untuk reversal tade di MACD.

Meaning, kalau ada confirmation MACD dimana MACD bersilang, kena close trade sebab risk lagi besar. Kalau nak selamat dan kurang risk, tunggu 4H reversal naik sampai atas, then bila dia confirm nak turun, baru SELL. Ini lebih selamat.

Ok. Trade Mode.

Trade Mode

6.1.2022

Ok. Konsep trade ini adalah kita SELL, then nak buy DIP untuk increase Polkadot GPF Fund.

Kenapa kita proceed, sebab daily dah closed mid BB, dan target nak buy balik pada lower BB. Kenapa rasa boleh pergi, sebab sentimen Bitcoin sekarang menjunam dan maybe retest 40K.

MACD baru nak turun, RSI tak oversell pun.

Next, Rujuk Calc untuk kiraan.

Kalau untung, $3000 / 134 dot. Kalau rugi, $700 / 25 dot. Risk reward 1:5.

Ok. First, unstake 50% fund GPF…. Ya Allah ya tuhanku, berilah aku profit dalam trade ni. AMIN.

Next, set Sell dulu. Ok dah. Sekarang kita pending untuk Set Stop Loss.

Now, take note penulis mungkin ubah SELL lagi tinggi sikit tengok canne.

7.1.2022

Dah SELL 26.70

Dah SL 27.60

Terkini, price dah turun lagi bawah, 24.92

So apa kita buat? Kita trail SL bagi lagi bawah agar kalau kena,  kita minimize kerugian kita.  Mana? Follow line kuning EMA8 daily.  Ni kena ubah selalu la.

Napa tak letak SL bawah lagi let say sama dgn price jual? At least langsung tak rugi?

Pertama  crypto punya mencanak ni tinggi, meaning volatility dia kuat, so kita tanak dia naik kejap makan SL kita then dia turun balik. So kita rugi trade la.

Takpe kita follow dari jauh sikit yang penting kita trust analysis kita dan follow the plan. Yang penting ada SL.  Bila tade SL tu yang boleh kena lipat.

Untung sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kena ingat tu. Trade bukan satu gamble atau judi nak kaya esok pagi. Apa kita buat ni basically untuk 3 tahun akan datang. Sebab apa? Allah suka orang yang sabar…….

Now next, kita pasang alert kat bawah, agar bila kena price tu kita review. Tapi nampak macam dah ada double top.

Apakah double top?

Sementara nunngu ni, apa kata kita layan James punya video. Dalam keadaan price makin turun, whale mula mengganas…

8.1.2022

4H punya timeframe dah ada signal macam nak reversal. RSI dah oversold. Namun begitu, confirmation MACD belum ada lagi sebab masih belum bersilang.

Tapi kalau tukar candle Heikin, nampak downtrend masih strong.

Ketika ini, penulis dah buang SL dan buat Buy Limit di $22.66. Harap ada sentuhan listrikmu.

9.1.2022

Hari ini ahad, jam pukul 1:00 tengah hari. Penulis baru bangun dan baru habis mandi, tengah nak minum kopi.

Semalam rupanya price paling jauh pergi $23.20. Tak sentuh pun $22.66.

Now, 4H Heikin, dah ada candle indecision. Pastu dah follow hijau. Nampak macam trend dah nak berubah.

Manakala MACD dah pun clear bersilang, menyatakan lagi hasrat nak uptrend. Namun begitu, price belum lagi closed line resistance atas tu. Kalau closed atas line ni, kemungkinan nak naik tu lagi tinggi. Rujuk bawah.

Merujuk pada crypto market punya pergerakan W, nampak dah test support dan tak close pun bawah. Elok cantik atas line.

Sekarang saja kita tengok 1H. Nampak macam ada line resistance pada $24.30 – $24.40

Mode Heikin pula suggest, macam nak downtrend balik cuma ini 1H la. Ini adalah kerana candle heikin hijau makin mengecik bar dia. Alah ko ingat cam Sang Etok la. Sang Etok tau? Maknanya yang panjang makin pendek tanda lemah… bila lemah dia turun la tak naik dah. Harap faham.

Kita tengok canne tapi penulis macam nak close dah trade ni. Penulis dah trail SL pada $24.50. Area line resistance junam yang penulis highlight dengan line putih awal tadi.

K, now kita layan video lak. Basically,  persoalan kita semua sekarang adakah Bitcoin akan bertahan pada $40K dan bounce balik untuk naik, atau akan pecah $40K junam ke $33K pulak?

Menurut Ben, macam nak. short term bounce dan Ben datang dengan 7 dalil.

Ok. Asyik tengok price je rasa nak muntah dah. Kita layan benda lain lak. Ni ada cite. pasal tech 2022. Kut tahun ni untung banyak, leh prepare nak beli apa.

Trade Result

Elok habis layan video tech, SL mengena. Maka tamatlah trade bagi minggu pertama 2022. Alhamdulillah, ada untung, keluar modal 762 Dot, dapat balik 833. Untung dalam 71 Dot, value semasa kalau per Dot $24.60, ada dalam $1746 = RM7,348.

TQ Ya Allah. So sementara nak masuk balik, kita stake dulu.

Ini menjadikan total stake untuk GPF, 1595, dengan daily stake reward meningkat dari 0.52 daripada 0.5.

Alhamdulillah TQ Ya Allah.

TAMAT