Trade Log : w04 2022

23.1.2022

Last week rasa ramai agak seram. Ini adalah kerana, finally Bitcoin pecah support 40K dan closed bawah dia. Now, ketika penulis menulis artikel ini, Bitcoin $35.2K manakala Dot $18.08.

Banyak benda yang jadi pengajaran last week sebab penulis dah buat trade analysis baik punya namun sebabkan sell tak kena, penulis amik keputusan tak masuk terus. Last sekali tu dia amik kau Dot turun sampai $16. Senyum je la.

So now, untuk kedepan. Soalan yang penulis selalu terima dari kawan-kawan adalah, jauh mana Bitcoin nak jatuh ni.  Penulis pun tak tahu. Cuma, apa yang kita boleh buat, kita buat analysis balik dan tengok input dari penasihat-penasihat.

Ok. First sekali, dari Alleysio.

Alleysio mmg cakap bear dah sebab closed bawah 40K. Tengok weekend ni Alleysio cakap apa kat penulis. Ahad esok.

2nd, dari Fous.

Fous tade cakap jauh mana nak jatuh ke apa tapi Fous share taktik sementara market crash.

Fous dah jual semua coin dia dan simpan di Anchor Protocol. Last time Fous jual Bitcoin dia, penulis ikut. Tapi kali ni entah kenapa……….. dem.

Ini pula video Anchor Protocol Fous. Ini artikel penulis tulis kalau mau tingok.

So penulis berbincang dengan Maulena which kawan baik penulis, maka ini kesimpulan kami.

First, tengok crypto market cap dulu. Buy zone besar di 1.4T. Kalau turun sini ada can BTC test $29K, DOT $15.

Bitcoin, Monthly, kalau buy zone W $34K – $32K pecah, next buy zone besar yang ada adalah $12K – $11K.

So apa plan dia?

Penulis rasa bear market ni lama. Penulis dah miss out untuk jual semua sebelum crash walaupun Fous dah bagitau. So now penulis nak sell most holding untuk buy dip.

Penulis akan tunggu price naik ke W Sell Zone $43K – $42K dan set Sell situ. Kemudian maybe akan set buy di buy zone $34K – $32K.  Plan ini valid kalau price tak pecah W Buy Zone $34K – $32K dalam masa terdekat.

In the mean time, set Stop Loss pada $30K.

Now. tengok Dot.

Ni kalau pecah trendline ni mau junam $10.

Now, penulis tergerak nak tengok DOTUSD.  Mana tau ada dapat idea baru.

Apa plan dia? Tengah  fikir.

Trade Mode

24.1.2022

Penulis tengah unstake semua Dot dan plan nak jual untuk buy dip area $11.

Ini kiraan.

Now, decision ini adalah kerana,

1. Ada daily sell zone area $18 lebih tu
2. Ada weekly buy zone area $10.
3. Heikin mode makin membesar batangnya
4. Crypto maybe turun $1.4 T
5. BTC macam nak test $30K

So meaning kita nak tunggu dia naik dulu sebelum turun balik. 4H dah ada signal RSI nak naik dan confirmation MACD bersilang.

Now, apa yang akan mengconfirmkan lagi price untuk turun? Kalau lepas retest sell D Sell $18.x tu then dia buat engulf sell sekali lagi dimana mula-mula candle stick hijau, then diikuti dengan candle stick merah besar.

Now, apa pulak yang membuatkan dia terus naik? Kalau 4H closed mid BB. Then kita cancel trade ni sebab ada can dia naik atas lagi.

Apa pun semoga Allah permudahkan dan beri profit untuk trade ni.  AMIN.

25.1.2022

Terkini, graph 4H Dot, nampak ada Bullish Divergence.

Apakah Bullish Divergence?

Basically Bullish Divergence atau Bearish Divergence adalah apabila  kita lihat berlaku penyongsangan antara price dengan indicator. Maksud dia, price cakap lain, indicator cakap lain. Wujud ketidak sefahaman arah antara dua ini yang memberi petanda sama ada nak lagi up atau down.

Apa guna dia? Nak tengok momentum makin kuat atau lemah, hence kalau lemah, ada petanda reversal.

Now memula cam mesti pening nak ingat yang mana satu sebab ada 4 pattern, pastu semua lebih kurang sama cam kita tengok muka lembu.

So cara dia gini.

Bullish – tengok kat belah bawah (low).  Kalau bawah price  opposite dengan bawah indicator.

Bearish – tengok kat belah atas (high). Kalau atas price opposite dengan atas indicator.

Manakala nak tahu sama ada momentum continue, atau reversal,

Regular Divergence – Reversal, price berubah arah
Hidden Divergence – Continuation, price nak teruskan arah

Melalui berbalik graph 4H dot tadi, yang jelas berbeza adalah bawah. Meaning, price bawah dengan indicator bawah, songsang. So bila bawah, meaning bullish.

Cuma tak berapa nak confirm sebab tak close Mid BB lagi.

Harap kena sell $18.6. then lepas kena price junam $10.

Sementara tu, tengok apa Ali kata on Bear Market.

Manakala Forest, ex staff Ian hadir dengan teori sokongan. Kalau ikut Forest, bear market ni maybe dalam 217 hari sahaja so expected tamat adalah pada 29 Ogos 2022. Ini berdasarkan teori fair value seluruh crypto market.

Penulis cancel trade petang tadi bila tengok price macam nak naik lebih $19. Price closed mid BB. So now penulis tengah  tunggu time entry semula untuk sell. Meaning instead of Set Sell $18.6, penulis nak tunggu petanda reversal dulu.

26.1.2022

Semalam busy zoom dengan maulena bincang pasal defi, last sekali lupa nak stake balik dot. So hari ni, first thing to do in the morning…. errrr.. afternoon.

Ok. Sambung tentang chart ni apa cer.

Now, kalau menengokkan 4H, dah ada dua buy zone so nampok gayenyeh yang menghalang price dari naik lagi adalah resistance di $18.90.

Ramalan AI awal Feb ni nak naik sampai $26.70.

Namun begitu, masih belum terdapat penampakan tetek bullish pada graph AI.

Sekarang kita tengok graph cyrpto pulaks. Ada sell zone atas dan buy zone bawah. And then price overall tak pecah trendline support. Nampak hammer time, reject agak kwat disitu.

Meaning, cam nak naik overalls.

Trade Log

27.1.2022

Hari ni ada satu pengajaran bermakna. Kalau bosan tade trade, jangan gatal nak trade jugak. Damage : 100 Polkadot

Pagi :

Petang :

The End

Trade Stat

Since w0122
1 win 2 Loss
Profit to date : -44.3 Polkadot

Trade Log

28.1.2022

Nampak pada 4H ada buat engulf sell, so penulis masuk.

Ni nak trade kejap je harap cover balik lost siang tadi. Set buy $17.5 betul2 line support bawah.

Signal dia adalah, lepas hijau kecik tu merah besar. So dia create sell zone. Bila masuk bar 3, Sell pada close bar 2, merah tu. Tapi penulis amik risk sikit sell atas pada $18.05 sebab situ resistance.

Alhamdulillah, trail stop loss sampai $17.45. So kita stake balik.

Trade Stat

Since w0122
2 win 2 Loss
Trade Profit to date : 0.7 Polkadot
Initial Dot : 1,524
Current Dot (+Staking rewards) : 1,533