Trade Log : w05 2022

29.1.2022, 12:19 am

Ok dah sebulan tulis trade analysis. Sebelum ni buat log je kat excel. Tapi sebab dah namanya penulis, so kena tulis jugaklah.

Since dah sebulan buat trade analysis,  penulis nak improve sikit cara journal ni so penulis tambah time kat atas tu. 12:19 am. Senang la nak rujuk accane.

Ok. Penulis tengah test software cryptostackers, maka ini overview Polkadot. Easyband, nampak kat bawah benor dah so ni zaman cantik nak kumpul Polkadot.

Manakala Bitcoin, jauh lagi nak touch based line.

Basically Bitcoin dalam trendline bull walaupun dah pecah $40K. Confirm Bear gila-gila kalau pecah support line. Kalau pecah ni……..

Now sekarang penulis dalam standby mode. Ini chart Polkadotty 4H.

Amenda yang standbynya?

Tengok dekat engulf sell yang bawah tu, yang second. Now, price tengah turun di $17.xx dan naik balik ke $18.xx. Ini dah reversal dan ada potensi nak 2nd engulf so dah ada Engulf Sell level poligami. Meaning dia reject kat situ kwatt so ada potensi kali ni price turun ke trend line support dan retest lower BB. Thus ni game plan dia.

Now pukul 4:00 karang candle baru harap merah. So pukul 8:00 kita standby tengok candle ketiga untuk entry atau tidak. TP sama ada support line $17.50 ke lower BB.

Sebelum tidur, meh kita layan video ni dulu.

29.1.2022, 8:25 am

Tiada engulf dikesan. Sell zone dah break, possibility untuk price naik ke  area $19.xx.

29.1.2022, 10:42 pm

Penulis baru sampai kampung cuti raya cina. Jalan jem macam haram. Anyway baru ada masa nak tengok chart.

Expectation pertama sekarang adalah monitor candle hijau last tu sama ada close hijau, dan pukul 12 punya  candle mesti merah, closed untuk engulf sell. Then baru ada peluang untuk entry. Namun kat bawah dah ada engulf buy, so kalau entry tak boleh TP jauh sangat.

Expectation kedua adalah candle naik sell zone merah atas tu dan tunggu petanda reversal.

Now sementara tu seperti biasa kita layan video.

Video dibawah adalah dari Ian. Ian si pemalas ni jarang keluar tapi sekali dia keluar agak pembaharuan jugak. Dalam video ni dia sembang pasai value investor iaitu invest pada asset yang undervalue. Dia kabo Helium potensi 100X.

Helium ni mined crypto guna radio. Dulu kawan penulis ada bagitau pasal ni tapi penulis tak berapa in masa tu. Anyway, dekat Malaysia rupanya dah ada orang mined. Sudahlah begitu, area rumah penulis pun ada yang dah mined. Ada 3 orang.

So menatang benda Helium ni?

Penulis akan kaji detail tentang Helium ni later, so bookmark sini.

Trade Mode

30.1.2022, 12:00  am

Engulf side by side tak ada namun 2 candle lepas first hijau merah. dan combination 2. ekor ni merah. Penulis tak pasti. sama ada. ni valid atau tak sebab setengah mazhab kata ok,  setengah kata tak ok.

So penulis nak amik risk, set Sell $18.50 dan TP sama ada support line atau engulf buy bawah tu.

So penulis tak all in, masuk half sahaja.

Lain faktor yang. rasa nak turun adalah,

1. Heikin Mode dah start merah, namun ni tak kuat sangat sebab baru 1 bar.

2. Candle pukul 8 hammer reject engulf sell jauh.

3. 2H ada engulf Sell.

Thus ada 2 sell zone tapi diff. timeframe. Kita tengok sama ada 2 sell zone ni boleh tahan price dari naik atas ke tidak.

K dah jual $18.40. SL $19 atas dari resistance trendline tengah sell zone 4H. Kepada Allah kita berserah. Moga trade ni win. AMIN.

30.1.2022, 12:00  pm

Trade gagal kena SL. Pastu sekarang harga 18.30 balik. Dua kali dah kena macam ni. Dia naik amik SL kita pastu dia turun balik menganjing kat harga lagi murah dari kita sell… takpe kita kena redha. Ini sebahagian dari perjalananNya. Hati kena sabar. Ini semua ujian.

Ni dalam 2H lebih clear. Engulf sell, dia test mid BB, dia reversal naik sampai SL, dia turun balik. Lega.

Now, bila tengok balik, semalam SL penulis letak atas resistance line. Harga naik test upper BB. Maybe next time SL kena luar dari upper BB, tengok macam mana.

But anyway, harga dah pecah engulf zone 2H tapi tak pecah. engulf zone 4H.

Apapun kita stake semula sementara next trade.

Trade Stat

Since w0122
2 win 3 Loss
Capital In : 766.86
Capital Closed : 740.12
P/L : -26.74

Trade Profit to date : -26.04 Polkadot
Initial Dot : 1,524
Current Dot (+Staking rewards) : 1,506

Now, lembaran baru.

30.1.2022, 12:30  pm

Ada engulf sell sekarang.

Engulf dah cancel sebab price dah cucuk habis.

Penulis tengok sekarang Polkadot memang agak risky nak trade. Sebab dia price dekat band bawah so possibility nak naik tu lagi tinggi berbanding nak turun bawah.

Tapi kalau gatai jugak nak trade, rasanya ada baiknya Sell dekat upper BB dan lagi jackpot kalau upper BB ni dalam sell zone, plus ada signal reversal RSI dan MACD bersilang.

Penulis nak tengok sama ada rumus 3 benda ni boleh bawak hasil. Kita tunggu.

Nak berjaya kena sabar. Adat trade rugi untung tapi matlamat kita nak banyakkan menang dari kalah.

31.1.2022, 15:13 pm

Penulis rasa macam kena belajar banyak lagi ni. Time penulis berehat kat kampung,  harga menjunami. Senyum je la. Ini maksud dia bukan rezeki kita.

Basically bila harga 3-4 kali reject resistance trendline yang ada engulf sell, lepas tu dia kaw-kaw junam. Ini disokong lagi dengan break trendline support sampai memecah buy zone bawah.

Ini updated version dgn engulf baru dgn trendline adjustment.

3.2.2022, 12:14  pm

Penulis dah sampai KL balik. Basically since 31 Jan, last yang penulis tulis hari tu sampai hari ni agak “Blackout”. Penulis langsung tak tengok apa dan tak ambil tahu pasal dunia crypto. Saja kekadang memang macam tu nak refresh balik.

But then biasanya time “Blackout” lah opportunity tu munculing. Apa nak buat, belum rezeki kita. Anyway ini screenshot graph. Ada dua option dimana perbezaannya adalah trendline.

Price berada di bawah mid BB, so penulis decide nak tunggu dan tengok dulu.

Kita akan masuk  trade untuk buy dip adalah apabila, either:

a. Price menghampiri upper BB
b. Situ ada Sell Zone
c. Situ ada trendline

Kalau tade salah satu ni kita biar Polkadot kita staking je.

Now ni updated version sebab rupanya SELL ZONE bawah tu dah tak valid.

5.2.2022, 7:27 am

Pagi ni bangun tengok-tengok tengah pacak.  Price dalam Sell. Zone 4H, menghampiri resistance atas.

Heikin mode masih dalam uptrend.

Nampak macam ada peluang nak sell untuk buy dip.

Kita tengok ADA which is 2X marketcap Polkadot. Didapati pacak melebihi BB upper.

Now, kat mana kita nak SELL?

Mengikut software Forest (kalau pemahaman penulis betul), range nak SELL adalah $20.80 – $21.20. TP kalau ikut Buy Zone area $18.40 – $18.60.

Ini draft perancangan.

Sementara itu,  mari kita tengok dulu apa yang berlaku. Menurut Forest, sudah ada petanda reversal pertama pada Bitcoin. Petanda reversal ini adalah kerana dah pecah down trendline resistance, serta kemunculan higher low semasa correction.

Jika ini benar, maka $34.5K adalah bottom bagi Bitcoin.

Next resistance adalah $43K. Untuk detail analysis Bitcoin, baca sini.

Trade Mode

5.2.2022, 8:49 am

Ok first unstake dulu 75% dari capital.

Now, kita dalam trade mode. RSI dah panas, signal untuk reversal 4H dah muncul.

Heikin masih hijau.

Penulis dah letak $21.20 Sell Limit. Take note ini maybe berubah nanti, biasalah kita nubis.

5.2.2022,  11:59 am

Price lajak sampai $22.10. Lari shinggit. Penulis dah sell di $21.20. Rasa cam terjual awal lak. Dem patutnya tunggu kul 12 tengok dulu canne, tunggu ada engulf sell zone baru masuk. Jilake, ghairah awal lak lama tak trade.

Penulis unstake lagi 25% untuk jual agar kalau turun tak jauh, at least something selain harap dapat cover loss. Yang ni kita Sell bila confirmation reversal muncul which is MACD 4H bersilang atau ada sell zone engulf.

Now berbalik yang dah jual tadi. Penulis dah set buy pada mid BB.

Kalau ikut Forest, situ ada buy zone area $19.88.

Option kedua adalah $20.48 sini kena tengok closed ke tidak takut sampai sini bounce naik semula.

Apapun semoga ada keuntungan dalam trade ni. AMIN

5.2.2022,  7:43 pm

2H dah keluar sell zone, balance staking tadi dah Set Sell.

Moga ada huntung. AMIN BUY DIPSSSSS.

6.2.2022,  1:11 am

Dia datang, dengan lenggang lenggoknya…. dia datang…

Now, merujuk kepada AI oleh Panglima Hitam Ian Balina, Polkadot mmg tengah lemah.

Manakala masih belum terdapat titik bullish.

Namun begitu, daily projection makin naik.

Sementara itu, layan Forest dulu.

bersambung ke posting next next week