Trade Log : w11 2022

11.3.2022 20:35

Penulis baru balik KLCC. Lama tak keluar. Jalan-jalan bawak anak. Dekat centre court ada booth Tag Heuer. Dia letak 911 Carrera warna kuning tanda sekufu dengan jam dia Tag Heuer Carrera paling baru, limited edition. Ini gambo dia.

Dulu penulis memang pernah pasang niat nak ada satu Tag ni tapi sekarang macam tak terbuka hati lak. Tengok la masa depan kut sampai seru balik. Penulis sekarang tengah aim jam lain sebenarnya. Kalau ada rezeki, nak beli sepasang untuk orang rumah sekali.

Anyway, berbalik pada chart.

Dot sekarang area $18.31, dalam cubaan nak break SMA 50. Kalau berjaya maintain atas, meaning next nak pergi resistance $23. Break dan closed atas $23, next nak pi $30 then $32.

Dah naik sampai upper BB dan sekarang macam reject.

RSI belum keluar signal nak turun maka MACD of course belum confirm. So now kita tunggu dia buat Sell Zone baru meaning kita sekarang berada di dalam mode standby.

12.3.2022 13:09

Semalam penulis tidur awal sebab memang letih gila. Penulis pergi KLCC sebenarnya bawak anak-anak pegi Petrosains. Pergi pagi balik malam.

Rupanya semalam ada potensi entry namun kalau tengok balik entry ni dah tak valid sebab price dah naik lebih dari kadar stop loss. Dalam erti kata lain, nasib baik penulis tak masuk.

Anyway, ada buy zone baru tu so rasa price makin nak naik.

12.3.2022 16:42

Penulis sedang menunggu sama ada sell zone akan terbentuk. Price dah reject upper BB. However, buy zone kat bawah agar perasebo (besar).

Sementara itu, penulis baru habis layan Project Adam. Cerita ni tak yah fikir banyak, just layan sahaja dan ia menghiburkan.

Now, satu benda yang menarik penulis dalam cerita ini adalah jam yang dipakai kedua Adam, Omega Speedmaster Moonwatch: jam abah depa.

Now, speedmaster ni zaman space race dulu. Jam astronaut pakai : Neil Armstrong bagi explorasi bulan. So dalam cerita time travelling naik jet yang boleh halimunan, kira jam ni ada relatelah. Baca detail sini.

Cuma yang Adam pakai dalam filem ni strap dia lain sikit. Bukan kulit.

Anyway, ini trailer filem. Penulis kalau boleh. time travelling penulis nak suh penulis 2013 simpan 70 BTC yang ada jangan masuk dalam Bitkingdom wtf tu. Lepas tu another 20 BTC, jangan belanja simpan dan sabar sikit.

But then siapa tahu, kalau kita ubah masa silam, barangkali blog ni takkan terhasil…..

Trade Mode

13.3.2022 13:52

Hari ni hari ahad. Semalam lepak minum dengan member sampai pukul 5 pagi. Ni dah dekat pukul 2 petang baru nak bangun. Paling sedap kehidupan.

Candle kedua closed pukul 8 pagi tadi menutup candle first hijau menandakan masuk waktu zone entry. So patutnya penulis entry pukul 8 tadi. Tapi tu la dia. Early bird get the first worm.

So penulis nak entry sekarang.  Cuma julat nak amik untung tu agak kecil sebab buy zone kat bawah tu agak rapat.

Ini game plan.

Ok kita unstake 3 rat dulu.

Ok Set Sell Limit.

Sekarang kita tunggu. 2nd set 3 rat kita Sell terus di $18.15.

FYI, daily, Mid BB adalah pada trendline iaitu $17.45. Take note price masih gagal nak closed 50 sma dan reject pun.

Manakala weekly, signal nak keluar buy zone baru thus esok kul 8 kena aware sebab kalau confirm, kita exit trade terus. Price nak naik tu.

14.3.2022 01:32

Trade $18.15 kena namun $18.30 tak kena. Trade $18.15 dah pun selesai sebab closed pada $18 penulis trail stop loss.

So kita stake balik,

dan ini stat terkini.

/// End Trade Mode

14.3.2022 09:33

Price memang turun menyentuh manja lower BB, $17.10. Pengajaran dia lain kali kalau dah kena Stop Loss, buat pulak Sell Limit bawah sikit so kalau price jatuh, dia jual balik.

WEEK #11

Semalam penulis agak yang buy zone baru akan muncul dan ini membayangkan price akan naik. Namun begitu, candle hijau gagal tutup candel merah.

Now apa yang kita nak kena tengok adalah, candle seterusnya ada possibility tak nak close candle merah.

14.3.2022 13:03

4H Penulis baru perasan ada new Setup rupanya. Price ketika ini sedang naik balik.

Price kalau reject $17.80 memang cantiklah dan kendian turun test sampai $16.90. Dapat lebih kurang sedoll.

Namun begitu posisi price bawah Mid BB ni agak cam 50-50 nak masuk. Kalau masuk, kena perati betul-betul tak leh touch n go atau tanam tinggal.

Lagi satu hal adalah Bitcoin sekarang dalam Buy Zone dan mungkin retest $40K kat trendline merah tu. Hence, agak risky kalau nak masuk trade Dot buy dippy.

Trade Mode

17.3.2022 13:03

Hari ini agak bersejarah dalam hidup penulis. Blackhole yang penulis tunggu selama setahun, bermula hari ini. Alhamdulillah… semoga dipermudahkan.

Now sekarang kita sambung tengok chart. Ini 4H.

Agar trade style kita menjadi repetative dan less emosi,

4H Setup :
a. Basically ada sell zone terbentuk, confirm merah lagi besar dari hijau.  Manakala ada buy zone di bawah so itu TP kita.

b. Price dah retest balik atas, hence macam bersedia nak turun.

Tambahan,

c. Heikin trending dah merah

Berapa jauh dah naik? $2.13

Daily Timeframe :
Price reject upper BB

Secondary Indicator :
RSI 10 dah beri signal, MACD dah hampir nak bersilang – kalau bersilang, possibility nak turun lagi tinggi.

Third Indicator :
Crypto Market di upper BB, namun tiada tanda reject.

BTC 4H macam ada line resistance takleh naik.

Ini game plan dia,

OK. Harap semua dipermudahkan. AMIN. Now penulis pacak dua, satu atas, satu bawah.

18.3.2022 11:08

Morning. Kita tengok update chart sekarang. Now price sedang menurun menuju ke tempat yang dijanjikan.

Semalam 2 trade dah sell, so now kita set buy pulak.  Satu kita TP dekat buy zone 4H,  satu lagi TP mid BB daily. Tengok canne.

18.3.2022 21:37

Umpan sudah mengena. Tinggal hat satu lagi yopen yorder.

Ok kita stake duluuuuu.

19.3.2022 4:36

Hari ni tidur awal dalam pukul 11 malam. Letih bawak anak jalan-jalan cuti sekolah. Anyway, penulis terjaga dari tidur 1/2 jam lepas. Tengok-tengok Dot tengah panjat pokok.

Now, penulis dah pun Stop Loss untuk2nd trade.

Dan tengah stake balik.

Now, basically kali ni punya trade 1 untung 1 loss. Namun keluar modal 2 x 500, untung dalam 11.  Oklah tu. Yang penting protect capital.

Ini latest stat.

Ok sehari dua ni nak berehat. Jumpa next weeky.

// End Trade Mode

Trade Mode

19.3.2022 16:06

Eh tetiba ada ruang nak entry. Ini 4H terkini.

4H Setup :
a. Basically ada sell zone terbentuk, confirm merah lagi besar dari hijau.  Manakala ada buy zone di bawah so itu TP kita.

b. Price belum retest balik atas.  So entry sama ada $19. atau $18.90. TP $18.45

Tambahan,

c. Heikin trending dah merah

Berapa jauh dah naik? $0.74.

Daily Timeframe :
Price reject upper BB

Secondary Indicator :
RSI 10 tiada signal, MACD macam bersilang

Third Indicator :
Crypto Market 4H di upper BB, ada tanda reject.

BTC 4H macam ada line resistance menurun.

Ini game plan dia,

OK. Harap semua dipermudahkan. AMIN. Now penulis pacak dua, satu atas, satu bawah.

SETUP FAIL!!!

Price naik memecah sell zone.  Either maintain SL atau Cut Loss terus.

Ini stat terkini.

/// End Trade Mode