Trade Log : w15 2022

Crypto

Last week kita nak tengok ada sell zone atau tak This week dah confirm.

Price market dijangka akan retest $1.86 T ke $1.82. T dan ini akan memberi impak kepada harga Bitcoin.

11.4.2022 12:00

Semalam kita tunggu sell zone, now today confirm dah sell zone. So possibility price Bitcoin makin turun tinggi.

Harga mungkin cuba $41.2 K – $40.9 K.

Penulis sekarang dah tukar dari nak beli $41.9 kepada $41.2K. Dalam duit melayu, tukar dari RM175K kepada RM174K.

Now, ada member tanya pening kepala nak follow dua price. Price universal Bitcoin dalam USD. Tapi sebab nak beli kat Luno, price melayu. So canne?

Ada dua cara.

Cara rajin hang kena tukar dekat calculator currency. Mana nak dapat? Hang google je la USD MYR.

Cara bijaksana hensem adalah hang sebenarnya dah buat calculator siap-siap dalam spreadsheet hang. So hang dah jimat masa daripada nak pegi google kira, sebab setiap kali hang kira dalam spreadsheet tu dah betul.

Ni contoh. Kelabu tu hang input, putih tu auto calculate.

Tapi ada pulak soalan lagi up, canne lak kita buat trade analysis dalam USD tapi nak beli dalam MYR? Hang pi kat hangnya trading view, hang boleh tukar currency kat situ.

Meaning, hang punya analysis dah duduk dalam duit melayu.

Tukar dulu currency,

Chart akan reflect. Contoh bawah ni kita tengok harga melayu kat Kraken.

Now, Polkadot.

Price memang tengah junam. Silap gaya kalau pecah trendline boleh retest $17.5 ke $17 ni.

12.4.2022 14:28

Seperti yang sudah kita jangka semalam, price crypto cuba bermesra area $1.86 T ke $1.82 T. Ini sememangnya membawa kepada penurunan harga Bitcoin seperti yang kita lihat setelah bangun pagi.

Bitcoin mak jun kaw-kaw menembusi dua buy zone yang ada.  Harga turun $41.2 K – $40.9 K, malah terendah, $39.2K.

So ini update graph, buy zone yang tak valid dah delete.

Now price elok menyentuh manja trendline dan mula naik semula. Namun kalau trendline ni bocor, next level akan dia test mungkin $37.8K – $38.7K.

Apa update trade penulis?

Penulis berjaya beli Bitcoin, satu di $169K dan satu lagi $167K. Jumlah Bitcoin di-acquire adalah sekitar 4.76 BTC dengan kos RM800 K. 

Anyway, kita lihat Polkadot. Ini kalau sell buy dip memang lazat…..

Ok, penulis masih dalam era mengumpul Bitcoin, so sekarang kita teruskan membeli. Tengok minggu ni macam mana.

12.4.2022 12:42

Bitcoin, pagi tadi sell zone telah diconfirmkan maka nampak gaya makin turun price.

Expectation penulis adalah dia turun ke area $38.7 – $37.7 K. Now, unless price naik makan habis area $41 tu lain cer.

Kita tengok crypto market adakah menyokong akan hal ini.

Didapati, ada sell zone dan kalau market turun, dia boleh pi sampai $1.7 T. Kalau ini benar, Bitcoin boleh turun sampai $35.6 K, Dot $16.

OK. Untuk program Asset Accumulation. penulis, sekarang penulis ada pending RM300K lagi bulan ni. So setelah berfikir, penulis akan set Buy di $38.5 K atau RM163 K.

Now kita tunggu.

17.4.2022 17:05

Bitcoin masih lagi duduk dalam sell zone daily. Kalau tengok candle stick setakat ini, makin kecik menuju indecision.

Katalah esok pagi candle stick closed hijau lebih besar dari merah, maka new buy zone terbentuk dan itu memberi harapan untuk naik abit-abit.

Zoom ke 4H, ada buy zone hidden dah confirm. Ini beri petanda macam nak naik, namun kat atas, ada sell zone yang perlu ditembusi.

Basically untuk Bitcoin ni dia punya level kita nak monitor adalah $40.5 K. Closed atas ni peluang nak naik cerah. Selagi main bawah ni, arah angin kebawah.

Manakala Polkadot memang tengah canak naik. Kalau nak. buy, boleh cuba buy limit dekat retest $18.18. Dari sini kita mahukan ia naik terus mencuba sell zone atas dia tu di $19.44.

Crypto market? Sudah ada indecision.

So indecision ni nak kemana? Bull ke Bear? Heikin memberi cadangan nak Bull. Kita tunggu.

bersambung…