Trade Log : w16 2022

Minggu ni hari isnin agak sibuk sikit. Meeting dari pagi sampai petang. Mentang-mentang lah puasa. Gila apa takde break.

So end up posting ni terbitus hari Selasa. Nasib baik cuti.

Crypto

Minggu lepas dah confirm sell zone. Maka price turun kaw-kaw. Minggu ni harga rebounce dan naik walupun tak sempat test buy zone bawah tu lagi. Candle ketika ini adalah hijau.

Now apa yang kita nak monitor untuk candle minggu ini?

Pertama adakah dia maintain hijau? Jika ia closed hijau minggu depan, maksudnya dah buat buy zone kerana ia dah tutup candle merah minggu lepas. Hence, price dijangka naik.

Kedua, kalau dia tak dapat maintain hijau, malah bertukar merah, maka ada chance price makin turun dan retest level lebih bawah iaitu sekitar $1.7 T. Jika ini berlaku, harga Bitcoin dijangka bermain sekitar $35.6 K.

Now, persoalan dia, price sekarang favour yang pertama atau yang kedua?

Mengikut mode Heishi, macam favour yang kedua. Sebab trend masih merah dan belum terbit rasa nak bertukar arah.

Bitcoin

Kita tengok daily jap. Basically, seperti yang kita dah jangka, Bitcoin akan test buy zone bawah tu. Refer arrow kuning yang dibuat last week.

Now, berbalik pada weekly.

Sama seperti price market crypto, this week kita nak tengok dia closed merah atau hijau.

Kalau hijau dan size melebihi merah last week, maka buy zone baru terbit dan ada peluang price naik.

Tapi kalau merah, maybe dia turun makan habis buy zone bawah tu. Paling jauh boleh pergi $37.7K.

Mode Heikin mencadangkan tengah beria nak turun bawah.

Now, penulis dah cancel order penulis dan tukar dari RM163K ke RM160K.

Target beli area buy zone bawah tu.

Now, jangan lupa. Petanda nak kuat ni adalah $40.5K. Closed atas ni baru boleh nak senyum…

Polkadot

Sama macam market crypto dan Bitcoin jugak. Perhatikan Rani si candle hijau kecil tu. Dia maintain hijau dan membesar bagai juara meliputi candle merah last week hence price kembali Bull, atau jadi merah lemah.

Katakan Bear, mana dia nak turun tu?

Area $15.5

Boleh jadi dia turun tak? Heikin menyokong perasaan ini.

20.4.2022 1:18

Atetiba Bitcoin melonjak naik. Price daily dah closed atas $40.5. Ini adalah petanda baru yang memberi kekuatan kepada Bitcoin. Namun awas mungkin false breakout.

Daily sell zone juga dah tak valid, maka ini yang terkini.

Now, kita monitor sama ada pullback ke $40.5K tu strong atau tak. Situ nanti kita decide tengok accane nak ubah ke tak buy price.

Untuk Polkadot, kita standby nak masuk trade untuk buy dip. Tunggu sell zone baru kita entry. Tunggu signal RSI dulu sekarang tak munchul lagi.

21.4.2022 1:49

4H Bitcoin sudah ada Sell Zone. Kita menjangkakan yang price akan turun test area $40.3 – $40.5 K.

Meaning, price mungkin test support yang mesti Bitcoin pertahan untuk terus Bull.

Ini daily

Manakala Polkadot, 4H pun ada sell zone. Cuma ada sell zone lagi atas dari itu iaitu so kemungkinan ada dua sekarang. Sama ada naik sikit dan turun, atau naik tinggi sikit baru turun.

Daily masih kuat, nampak boleh naik lagi.

Heikin masih belum tukar arah.

Now, penulis rasa macam nak masuk trade. Maybe sell $19.66 (Mid BB) dan TP buy dip pada $18.14.

Kita tengok accane dulu.

21.4.2022 21:42

Nasib baik tak juai semalam Polkadotty. Price melantuuin naik.

Semalam :

Hari ni :

Maknanyeh dia makan buy zone bawah dulu, then dia makan pulak sell zone ataih. La ni dia tengah nak makan sell zone ataih lagi tu area $19.47 – $19.77. Ini sell zone daily.

Now, price sekarang tengah test mid bb. Esok kul lapan kita tengok dia closed atas atau bawah, then tengok ada sell zone baru atau canne. Then baru decide entry ke tidak.

Untuk Bitcoin,

Jangkaan kita dia nak turun agak meleset. Dia naik. Dia dah makan dua sell zone sekarang ni. Paling cannak.

Now, ini daily. Ada can naik lagi sampai next sell zone ni area $43.1 – $43.4

Ok, menengokkan kembali order Bitcoin penulis, nampak harga turun paling bawah ke $164K. Penulis set $160K.

Price dah canak dah ni. So penulis tukar oder dari  RM160K kepada RM170K. Tengok accane. Patutnya tembak kat buy zone daily iaitu $41.5K / RM178K, tapi takpe kita monitor dulu.

Penulis cam rasa calculator penulis kat spreadsheet macam ada salah. So mari kita siasat jap.

Now, ini calculator semasa.

Capital RM300K, nak beli price $41.5K, dia punya translate jadi RM178K.

Rumus dia adalah, price usd 41.5K x currency exchange MYR USD iaitu ketika ini, 4.2915. So jawapan dia betul RM178,097.25.

Persoalan dia, kat sinergi exchange malaysia ni, berapa dia jual sebenarnya?

Ok tengok harga.

Kraken, $42623
Sinergi, RM181,032
Luno, RM181,799

Hence, Sinergi,

RM181,032/$42623 = 4.24

Luno,

RM181,799/$42623 = 4.26

So kesimpulan dia, beli di Sinergi lebih murah dari Luno. Namun apps Luno lagi modern dari Sinergi.

Now, kita buat calculator based on exchange lagi tepat.

Maka, kalau nak tembak kat $41.5 K di Sinergi, price yang betul adalah RM175,960. Bukan RM 178,097.

Trade Mode

22.4.2022 3:00

Penulis ada masuk trade Polkadot tadi untuk buy dip. Sell 576 Dot at $19.3, buy balik at $18.6 dgn jumlah polka 587. Profit 11 dot oklah alhamduillah sebab tadi sell sebelum tengok The Batman.

Now ini graph,

Apa-apa kita stake balik dulu, esok kita pikir semula.

Ini update stat. 20 kali trade 16 minggu, profit 14%. Alhamdulillah dah beat ASB hampir 3x, malah dah beat 1% sebulan…

/// End trade mode

23.4.2022 13:17

Ok. Semalam busy pergi shopping KLCC ngan mak aboh, so agak tak tingok hal crypto ni. Anyway tahun ni memang puas hati sebab belikan mak penulis 3 bag Coach terus… daily handbag, purse kecik ngan handbag gi function. Mak ngan Abah penulis da pencen ni selalu pergi majlis RU (Reunion) so kasi up skit la jumpa kengkawan.

Anyway alhamdulillah pada Allah sebab dulu masa kita muda, kita belikan Coach untuk bini kita, kita rasa gigil. Hari ni berkat doa mak abah mak mertua bini kita, rasa beli Coach ni cam eh, kena top up lagi ni mak, mak punya doa tula buat penulis berjaya.

End up sales girl coach siap nak amik gambo ngan bini penulis. Tatau kenapa. Nak buat journal kut.

Anyway teringat cerita partner penulis… dia pun bawak mak dia shopping Coach jugak. Dia punya kelakar, “mak, amik mak, amik je mana-mana” Last-last mak dia amik spek itam. Sampai paling tak tau la nak beli apa dah.

Cuma yang penulis kesal skit sebab penulis nak belikan Tag Huer untuk Abah penulis. Dia suka main golf so Tag Huer ni kan jam Tiger Wood. Haram dia tanak dia kata membazir. End up belikkan kasut golf, bola golf, pastu last sekali nego punya nego, beli la baju Tommy 3 helai RM1600. Tu pun dia cam hmmmmmmmmm…. paling tanak menyusahkan anak abah penulis ni. Tunggu esok penulis belikan C Class baru. Itu jam mmg tak boleh nak tolak dah “nak drive C Class jam kena up bah….”

Anyway, dulu masa kecik-kecik taim raya mak abah kita bawak kita shopping. Kita tak sedar kita banyak karenah nak itu ini…. sekarang kita pulak bawak depa gi shopping, baru kita tahu depa punya karenah itu ini.

Ok berbalik ke crypto my 3rd love.

Weekly petanda nak Mak Jun. Barangkali nak cuba retest buy zone bawoh tu.

Manakala Bitcoin, daily, ni gaya macam nak test buy zone area $38.8K ni…. pertama support $40.5 K pecah. Kedua, buy zone $40.3 dah tembus….

Ni untuk lebih clear.

Now, order penulis untuk beli Bitcoin dah pun kena pada RM175,960.

Anyway, saja nak share. Kalau penulis set buy RM170K, sampai sekarang masih tak settle lagi kalau di sinergy.

Berbanding kalau di Luno, memang dah settle lama.

Maksud dia apa? Sinergy price lambat turun maybe sebab liquidity dia agak low.

Untuk update program crypto accumulation penulis, boleh beskal lajak ke sini.

Now, Polkadot.

Kita tengok esok pagi kul 8, dia buat sell zone baru atau tidak, kalau sell zone benar, maka price akan turun lagi dan ada peluang untuk entry. Dot kalau makjun, boleh pergi $17.25.

25.4.2022 2:51

Bitcoin macam nak naik. Esok kita tengok confirm ke tidak. Tapi rasa macam tak kuat nak naik ni.

Polkadot macam nak ada entry sell to buy dip. Esok pukul 8 pagi kita tengok confirmation untuk entry.

bersambung next week…