Trade Log : 0522

Penulis sudah berada di kampung. Balik awal, hari khamis dah cabut keluar KL. Anyway kawan penulis Mas Mujja lagi legend. W16 dia dah balik kampung dia. Ultimate financial freedom of world of universe.

OK, hari ni 1 haribulan, mari kita tengok apa ke ceritanya.

Crypto

Candle bulan 3 hijau, candle bulan 4 merah panjang, dan candle bulan 5, mengconfirmkan sell zone monthly. Ini memberi petanda yang price akan turun.

Ini simulasi.

Ketika ini price adalah $1.69 T. Mungkin akan naik dulu $1.86 T, kendian baru turun $1.43 T. Ini anggapan paling jahanam.

Kalau price betul makjun $1.43T, maka, Bitcoin harganya $30.3 K, Eth $2.2 K, Polkadot $12.

Bitcoin

Seperti Crypto, nampak sell zone monthly confirm. Berapa jauh boleh makjun? Masalah dia Bitcoin tade buy zone monthly kat bawah yang berhampiran. Yang ada weekly, so ini area $34.1K – $31.8K.

Kalau ada pun lagi bawah iaitu area $12K.

Polkadot

Seperti Crypto market price dan Bitcoin, sell zone monthly confirm sudah. Price sekarang dalam buy zone weekly. Lantai buy zone ni $12.50.