Trade Log : w21 2022

Minggu ni kecoh di Malaysia ayam tak cukup. Lepas tu pulak, Wak Jemin nak propose sapa pakai kete besor macam BMW bagai ni bayar minyak lagi mahal dari yang bayar kancil. Nampak gaya tak lama lagi mengundi kita.

Nak bayar minyak mahal tadehal. Cuma kalau boleh biar adil. Adil ni melangkaui semua. Contoh senang, tax tu kalau boleh jangan pukul rata. Pelepasan tax misal kata insurans, lifestyle kejadah biar adil saksama. Ini tidak… bab tax ko tinggi ikut kasta. Bab pelepasan ko caj semua sama. Adil ke tu?

Tapi bising pun tak guna. Salah satu elemen decentralised mindset adalah gimamp semua. Yang penting kita fokus buat duit. Dah kaya nak bayar apa pun tak kisah.

Crypto

Market ketika ini pada price $1.29 T, last week $1.26 T. Naik sikit dalam 300 M.

Review last week,

“Kalau ini berlaku hingga $1 T, Bitcoin akan pergi $22 K manakala Polkadot pula $6.79.”

Market tak turun, malah naik pula.

Minggu ni apa yang kita nak tengok adalah, adakah candle hijau ni akan tutup candle merah last week. Kalau ini berlaku, potensi market nak naik lebih cerah.

Walau bagaimanapun, heikin masih merah. Cuma batang makin mengecik tanda nak patah balik baru munciul.

Bitcoin

Bitcoin dominance meningkat dari last week 44.6% ke 44.9%.  Tak naik banyak sangat.

Price sekarang adalah $30.4 K, tengah makan sell zone daily. Ada buy zone W nipis di area $19.3K.

Seperti market crypto, kalau candle hijau minggu ni makan candle merah last week, potensi nak naik ada.

Heikin masih merah. Batang makin mengecil.

AI mengatakan yang minggu ni Bitcoin kuat nak naik, seperti minggu lepas.

TM Grade weekly meningkat dari last week 19.60% ke 31.26%

Tanda bull belum keluar.

Untuk analysis Bitcoin :

Overall kita dalam wave 3 nak pergi 4. Yang 4 ni kita tak tahu dalam mana.

Boleh jadi dia kiss of death, SMA200 line ungu pada $22,072.

Untuk naik,

a. Kena maintain atas $27K
b. Pecah resistance $32,645 dan follow tru $34K
c. Hence, bottoming = true

Namun, kalau deeper correction,

a. kalau drop bawah $27K,
a. Next $23K to $22K
b. Lagi parah $20K – $19K – $17K

Polkadot

Polkadot sekarang kat tengah2, antara buy zone dan sell zone daily.

Heikin masih merah, namun mengecil.

AI mengatakan yang Polkadot strong pada weekly.

TM Grade weekly meningkat dari last week 26.2% ke 31.53%.

Tanda bull masih belum keluar.

23.5.2022 20:24

Penulis masih ada satu entry dari last week yang belum tutup. Currently tengah floating dan loss.

Now penulis tengah nak cut loss. Tengok 1H dah panas, so tunggu dia jatuh balik dan cut loss.

Target nak cut loss di Mid BB area $10.15.

24.5.2022 10:55

Penulis dah cut loss di $10.

So yang ni rugi, modal 700 dot, dapat balik 666. Rugi 34 Dot.

Basically ini loss pertama setelah 9 kali win sebelum ni. Total ratio adalah 22 win 7 loss dengan jumlah trade 29x selama 21 minggu. Profit setakat ini 27% lebih kurang.

Nanti kul 12 kang kita sambung chart analysis.

/// End Trade Mode

24.5.2022 12:22

Basically dah ada 4H sell zone confirm pukul 4 pagi tadi.

So ada peluang nak trade buy dippy.

Either set sell Polkady di $10.40 dan TP $9 (yang masih belum kena test), atau,

Pukul 4 karang tengok kut confirm another 4H sell zone.

25.5.2022 11:15

Sell zone yang ditunggu pukul 4 tidak muncul. Price ketika ini canak ke sell zone 4H yang seterusnya di area $10.40 – $10.60.

Atas dari ni ada satu lagi sell zone daily, $10.60 – $11.05.

Maksudnya ada tembok tebal kat atas tu. So kita bersedia sama ada nak entry di $10.40 atau $10.60 dengan harapan price reject dan turun semula di sini.

Penulis prefer $10.60.

Namun begitu, kalau nak entry trade ni, Stop Loss kena ketat pada $10.71. Ini adalah kerana AI memberitahu minggu ni TM Polkadot 31%. Kemungkinan nak naik ada so kena hati-hati.

25.5.2022 23:44

Penulis letak alert kat atas 10.40, dengan harapan kalau sampai boleh tgk nak entry ke tidak, sekali price turun terus dari point kita sembang tadi.

Now sell zone 4H dah confirm pukul 4 petang tadi masa penulis tengah beli mainan kat KLCC. Ni baru bukak laptop dan baru nak update balik.

Trade Mode

So penulis dah set stop sell dekat $9.85. Kalau price naik, penulis follow naik. Kalau price turun, kira entrylah. TP pada $9.00.

26.5.2022 13:12

Kita tengok chart japs.

Now, price sekarang macam conti nak turun ke bawah. Malah, jika pukul 4 petang karang candle merah menghempap candle hijau, maka new sell zone 4H terhasyil. Lagi nak tworun.

Penulis dah entry secara Sell Stop Loss semalam di :

Ni kalau comfirm sell zone, penulis nak entry lagii 700.

26.5.2022 19:42

Tadi agak sibuk sampai lupa tengok chart. Ni ha baru balik rumah tengok-tengok price Mak Junnarm.

Cerita dia harapan nak entry lagi 700 tadi hancuq berkecai.

Now kita tunggu kul 8 tengok accane. Price ni dah turun sampai $9.08 cuma tak masuk zone je lagi.  Meaning penulis tengah fikir nak closed tu amik untung baru reentry.

Penulis letak Buy Stop Loss di $9.25 dulu. At least dapat sikit.

26.5.2022 21:19

Dia sebab trade #29 rugi hari tu maka trade #30 ni rasa goyang lak. Kalau tak goyang tadi, dah TP $9.00.

Apa nak buat. Hari ni itu je rezeki. Apa pun alhamdulillah daripada rugi.

Now trade penulis dah closed tadi pada $9.18.

/// End Trade Mode

Reflect Sebentar…

Now, penulis dah trade 21 minggu. Dalam masa 21 minggu ni, which start Jan 2022, penulis trade 30 kali. Patutnya boleh pergi maybe 35 – 40 kali tapi sebab ada sebulan penulis stop kejap bagi memberi laluan untuk fokus beli BTC.

Daripada 30 trade ni, win 23x loss 7x. Almost 3 to 1 ratio. Macam, 3x trade, then rugi sekali.

Untuk profit, penulis alhamdulillah berjaya buat 30.64%. setakat ini. Meaning, per trade, profit 1%.

Kalau dibahagi ikut jumlah minggu, 21 minggu 30.64% meaning seminggu 1.45%.

Kalau dibahagi ikut jumlah bulan, 21 minggu adalah 5 bulan meaning sebulan 6.12%.

Kalau performance ini maintain, maka by December 2022, penulis boleh capai 73.4%.

Ini akan membawa daripada 1525 Polkadot menjadi 2644 Polkadot, masih belum jadi seganda atau 1x.

So kalau trade 10 tahun, baru profit 734% which is dari 1525, jadi 11,193 Polkadot. Masih belum capai 15,250 Polkadot.

However, take note yang kalau penulis tak trade, penulis akan staking Polkadot ni which akan dapat profit 12% per annum. Namun stake-unskate ni akan menyebabkan bukan dapat 12% tepat-tepat.

Apa yang panulis nak sampaikan adalah, kemungkinan untuk 10x dalam masa 10 tahun adalah 50-50. Ia tak boleh berlaku kalau hanya mengharapkan profit trade. Ia mungkin boleh berlaku, dengan bantuan 12% per annum staking.

Perjalanan ini masih jauh, 10 tahun bukan kejap. Apa pun penulis akan cuba sebaik mungkin.

12% pada tahun ke 11, kalau tahun ke 10 tu dapat 15,250, maka akan terhasil 1,830 Polkadot. Sebulan 152 Polkadot.

Kalau Polkadot masih steady, dan lagi 10 tahun market crypto berjaya achieve USD44 T, harga Polkadot sekitar $250 seekor.

Jika sebulan ada 152 Polkadot, maka value 152 ekor Polkadot ini adalah $38,125 atau RM163,937 sebulan. Dah boleh stop trade dan rileks menulis…..

Itu pun kalau Polkadot masih ada dan maintain market share 1%, crypto market pergi $44T, dan penulis maintain trade 6.12% sebulan.

Ada brani? On tak on? Semoga Allah mempermudahkan jalan kita.

Trade Mode

Hari ni ahad. Ingat nak start trade next week. tapi tengok ni ada setup boleh masuk.

Penulis dah jual Polka 700 di $9.55 sebab. pukul 12 lunch tadi confirm sell zone 4H. TP pada $9.17, buy zone 4H.

Ini short trade harap malam karang dah closed.

29.5.2022 18:21

Trade dah kena trail SL pada $9.53.

Now, penulis nak reentry. Maybe $9.70 set sell. Dalam masa yang. sama, penulis set alert di $9.41. Meaning, kalau turun dari sini, penulis entry.

bersambung minggu depan…