Trade Log : w23 2022

Hari ni hari Ahad. Penulis di kampung tengah lilek. Mood nak trade memang zero. Tapi walaupun begitu, sambil-sambil kena tengok juga untuk planning minggu 23. So detail on crypto, bitcoin, polka esok kita update.

Sebelum itu…

Ini ada few clips yang penting. Pertama dari. Cam Fous. Seingat penulis Cam Fous ni jangan main-main dia punya ramalan. Hari tu dia ramal apa ntah, tak silap Bitcoin nak turun. So penulis sell semua dan make profit. Ramalan kedua dia pun sama tapi penulis tak follow. End up tertinggal kau. Now sekarang dia ada ramalan baru. Kata Cam F, Bitcoin akan naik $35K dulu sebelum betul-betul makjun. Boleh layan detail.

Manakala, Gareth, melalui analysis beliau mengatakan bahawa ada potensi Bitcoin nak menjunam ke $20K atau lebih jauh $12 K.

Trade Mode

05.06.2022 17:32

Nampak macam ada peluang nak masuk. Kita tengok chart.

Sell zone 4H da confirm kul 12 tengah hari tadi. Price pun dah retest balik sell zone tu pada $9.36, namun gagal tembus.

Now, kalau nak masuk, kena masuk terus. Meaning sell market to buy dippy. Expect TP pada min $9.10, kalau berani tunggu lagi bawah $8.84. Tapi sebab price 4H bawah mid BB, so SL kena ketat.

Kita tengok Bitcoin. Basically reject sell zone daily. Esok kita tengok kalau another sell zone confirm ke tidak.

Manakala 4H, dah reject Mid BB.

Bill punya insight semalam support Bitcoin pada $28.7. Hence kalau Bitcoin nak turun, Polka akan following.

Apa pun entry dah settel, so kita tunggu.

Sementara tu, layan jap GLC baru ni baru keluo 1 june. Penulis actually dah lama tunggu GLC ni sebabrasa macam nak sambarina nak ganti kete isteri penulis. Tapi bila tengok 2023 esok Aud’ ada keluar Q6, agak goyang jugak.

06.06.2022 20:32

Penulis perasan yang kalau balik kampung dan trade, end up dia mesti rugi. Hasil dia, trade semalam telah kena SL pada $9.50.

Maybe Dia nak bagitau, balik kampung ko rehat la… asyik nak trade je apa nak jadi.

Ini peringatan mesra buat diri sendiri.

Hence, ratio win loss sekarang 26 win, 8 loss.

/// End Trade Mode

Ok. Sekarang kita tiba part analisis mingguan kita, sebab hari ni hari Isnin. Basically penulis baru sampai KL ni sebab esok kilija.

Crypto

Market ketika ini pada price $1.27 T, last week $1.23 T. Naik lima takuk.

Candle last week kita nak tengok dia boleh tutup candle merah sebelum tu atau tak, malangnya tak. Last week agak Thor ke bawah tanda selling pressure tinggi. This week kita tengok sama ada cubaan last week berjaya atau tak. Ketika menulis, candle strong buy.

Heikin merah semakin mengecil. Ini petanda macam harga nak reverse naik.

Bagaimana dengan AI? Belum ada tanda bullish.

Bitcoin & Polkadot

Untuk Bitcoin dan Polkadot penulis malas nak update sebab dah masuk hari rabu dah ni pun, so penulis akan monitor chart macam biasa.

Minggu ni agak sibuk hanjing.

08.06.2022 1:33

Prev trade penulis stop loss dekat $9.50 kan. TP patutnya $8.84… now kita tengok graph apa jadi few days baru ni. Price lepas makan SL penulis, drop sampai $8.84.

Agak lega………

Anyway takpe kita kena redho kalau bukan rezeki kita, sebab kita percaya yang rezeki kita akan melimpah ruah akan datang.

Anyway, update chart buang zone2 yang tak perlu adalah dibawah ini. Basically kat bawah macam dah tade buy zone kecuali 4H ni baru ada.

Kalau weekly ada 2 buy zone nipis pada $5.21 dan $4.29.

In term of daily, esok kita tengok sama ada sell zone daily confirm ke tidak.

Zoom atas lagi, Monthly, ada hidden 2M engulf buy, $6.41 – $4.23.

Daily makin naik Polkadot ni kalau ikut Ai.

Ini update terkini dari Upay, 22 jam lepas.  Untuk coin lain boleh baca sendiri. Upay update ikut suka atuk dia kadang seminggu dua kali, kadang 3 kali. Lama penulis follow Upay ni boleh tahan gak dia.

08.06.2022 13:21

Daily sell zone sudah confirm. Malah sudah makan itu buy zone 4H.

Now, RSI dah ada signal nak reversal. Warna putih tu. Confirmation nak naik belum sebab MACD belum bersilang.

09.06.2022 17:44

Tengok pagi esok kalau Buy zone confirm atau tak jadi dan reject dari lantai $9.34.

Ini update Upay.

Now, kalau nak masuk trade, boleh set Sell Stop Loss area $9.20. Meaning kalau price patah balik ke bawah, dah sell dan biar turun dan kaut di bawah. Untuk nak max untung, trail Sell Stop Loss naik ikut kenaikan harga.

Nak bagi hati sedap, tunggu kul 8 tgk 4H price berjaya closed atas mid bb atau tak. Kalau reject boleh masuk.

10.06.2022 1:08

Price menchanark. 4H create buy zone. Masa tunggu nak tengok mid bb tadi tak tengok lak sebab keluo minum.

Now kita tunggu price naik upper BB, create sell zone, baru kita masuk.

11.06.2022 00:07

Agak terlepas peluang nak masuk. Price dah turun. Kat mana kita miss? Pukul 4 petang tadi ketika price $9.11.

Macam mana boleh miss? Pukul 4 petang tadi penulis ada zoom meeting dgn team ofis. Pastu pulak masa mtg tu dekat playground dengan anak-anak, cuti sekolah ni depa main indoor playground 2 jam sampai lebam.

Ada peluang nak masuk ke? Tengok esok kul 8 pagi kalau confirm sell zone daily, boleh tunggu di $9. Itu pun kalau retestlah.

Anyway minggu ni penulis fokus on cubaan staking Polkadot dari Ledger. Agak banyak step jugak compare staking di kraken.

Kraken ni on chain staking, kraken urus semua so staking dia tak sampai 3 saat. Ledger pulak staking dia manual, so step dia hampir 40 step makan lebih 3 hari.

Baca : Staking ledger

Penulis masih belum settle namun dah di part akhir dimana tengah tunggu rewards masuk ledger. Kenapa penulis ubah staking dari kraken ke ledger adalah sebagai persediaan untuk staking besar-besaran sebagai gaji bulan.

Gaji sekarang kena potong beb. Dari puluh ribu jadi belas ribu. So kena giat make sure cashflow positip. Expenses sekarang sehari RM1K boh…… gigil…

11.06.2022 12:30

Nampak sell zone daily da confirm. So boleh tunggu di area $9 untuk sell buy dip atau nak short.

Short term, buy zone 4H dah confirm, price nak naik semula ni gayanya. Mana nak pi? $9 minimum. Sell zone daily tadi.

Tunggu confirmation MACD bersilang sebab RSI dah bagi signal.

Rasa-rasa ni next week ni gayanya.

bersambung next week…