Trade Log : w52 2022

Ini minggu terakhir bagi tahun 2022. Ada beberapa hari lagi nak new year. Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan, selamat menyambut tahun baru 2023, semoga rezeki kita bertambah berlipat ganda, kesihatan kita makin baik, dan connection kita dengan Allah makin sharp dan tajam.

Now, minggu akhir ni penulis nak buat review untuk performance semua digital asset penulis termasuk trade penulis tahun 2022.

First kita mula dulu dengan apa azam awal tahun 2022 iaitu 51 minggu yang lepas.

DOT/USD

Revisit awal tahun 2022 & Target Capital

Kembali kepada posting pertama tahun 2022, target umum penulis adalah untuk double up capital dot, melalui trade.

So now, tengok kat ledger sekarang penulis ada 3419 Dot.

So maknanya, 365 hari, hari-hari tengok Polkadot, penulis berjaya capai target 2022 penulis, alhamdulillah, malah melebihi sasaran target, sekali lagi alhamdulilah.

Target asal nak 3042, tapi dapat 3419. Lagi 4 hari ke new year, maybe cecah 3423 minimum.

Berapa percentage kenaikan capital DOT dari 1525 ke 3419?

124%.

Basically, 2022 sudah membuatkan penulis berjaya untuk simpan at least 3042 Polkadot untuk skim GPF penulis, 1 dot daily.

Now, adakah kenaikan ini hasil dari trade semata? Mari kita analisis.

Part 1 – Daily Trade

Total trade frequency adalah 39 kali. Trade dari week 1 sampai week 26. Win ratio, win 31 lost 8.

Modal start 1525 Dot. Closing balance 2186. Profit Dot 661, Profit rate adalah 43.33%.

So, trade kasi untung 43.33% selama 26 minggu, kenaikan adalah 661 Dot.

Detail log, baca sini

Kenapa stop trade pada week 26? Masa tu ada FUD Kraken nak kena saman. So penulis pindah semua capital ke Ledger. Last-last staking kat situ tak trade pun.

So penulis tak trade pair DOT/USD ni 6 bulan. Rasa kalau trade consistant sambung lagi 6 bulan sampai hari ni maybe boleh 80% profit. Last sekali Kraken pun OK je tade benda jadi. Siut je.

Now, apa pun, trade sahaja tidak menyebabkan capital penulis naik 124%. Sebab trade cuma bagi profit 43%.

So mana datangnya Dot yang lain tu? Mana lagi 81%?

Part 2 – Staking Rewards : Ledger

Now, kemungkinan utama adalah hasil staking rewards. First, penulis check dekat staking rewards dari ledger, didapati hasil staking sejak era 738 (10.6.2022) hingga era 936 (26.12.2022) adalah :

213

So, mula-mula 1525, trade untung naik 2186, tambah 213 staking, dapat 2399 Dot. Masih belum 3419. Mana lagi datangnya balance Dot ni?

Part 3 – Staking Rewards : Kraken

Now, sambil-sambil trade di Kraken, sementara tunggu nak TP, penulis biasanya stake. Kalau floating kejap, stake kejap. Kalau floating lama, stake lama. Hence, untuk 2022, jumlah staking rewards dari Kraken adalah :

231

So 2399 + 231 = 2630

Part 4 – Beli Polkadot

Penulis kadang-kadang ada juga beli Polkadot ni. So penulis assume, balance 3419 – 2630 = 789, adalah Dot yang penulis beli sambil-sambil untuk top up masuk dalam Ledger.

Kesimpulan

So boleh kita katakan, secara umumnya penulis mencapai target bukanlah 100% dari trade, tapi disebabkan penulis stake di Ledger dan di Kraken, disamping penulis ada beli sikit sepanjang tahun.

1525 – Mula
661 – Trade Profit
213 – Staking Rewards Ledger
231 – Staking Rewards Kraken
789 – Beli

Total – 3419

DOT/BTC

Now, trade DOT/BTC ni bila dah lama sangap berbulan stop trade sebab FUD Kraken tu, ada BTC yang penulis beli tu hantar ke Kraken dan cuba trade pair DOT/BTC. Saja nak belajar dan amik feel. Matlamat dia adalah nak increase pegangan BTC selain nak keluarkan duit dapur.

Nampak macam tak berapa handal compare DOT/USD.

Total trade frequency adalah 7 kali. Trade dari week 38 sampai week 39, meaning 2 minggu. Win ratio, win 5 lost 0 tapi float 2. Float ni masih hingga ke hari ini, namun tengah staking.

Modal start 2.85. BTC. Profit dalam 0.095 BTC – dalam 3.33% dalam masa 2 minggu. Dua kali withdrawal dalam RM6,240. Dapatlah cover duit dapur untuk 3 bulan sebab sebulan bajet RM2000.

Modal 2.85 BTC, sekarang dalam bentuk Polkadot, masa mula-mula staking, total adalah 8,558.

2.85 BTC ni modal berapa? RM300K. Kalau untung RM6,240, kira dalam 2% dua minggu.

Satu lagi perspektif, sebab tengah float 2 trade, andai kata nak SL terus maintain dalam DOT, kira, RM300K spend dapat 8,558 DOT, lebih kurang RM35.05 per DOT atau $7.92 seketul.

MYR/BTC

Penulis ada juga trade MYR/BTC, ni trade dalam Luno. Matlamat trade ni adalah long term, target profit untuk bagi duit kat bini penulis.

Total trade frequency adalah baru 2 kali. Trade tak ingat week mana sebab dalam account bini penulis. Win ratio, win 1 lost 0 tapi 1 floating.

Modal start RM300K. Baru sekali untung, dalam RM17,460. Tapi withdraw lebih RM18,000 sebab nak cover untuk 6 bulan punya bajet (sebulan RM3K).

Sekarang trade kedua tengah float sebab BTC jatuh teruk. Harap next year BTC naik dan close trade ni. Tapi sebab Luno ni kerabat DSG, penulis dah simpan coin ni dalam Ledger buat sementara waktu.

So berapa % profit? RM17,460 dari capital RM300K, ada dalam 5.82%. Okla, tinggi sikit dari ASB.

Analysis Tools Penulis 2022

Untuk trade, penulis guna exchange Kraken. Sebabnya adalah pertama penulis memang dah lama guna Kraken sejak 2017. So dah familiar dan malas nak tukar exchange lain.

Namun begitu, penulis akses Kraken ni dari Cryptowat.ch. Sebab interface dia lagi sedap dan lagi senang. Kalau trade dari Kraken native, agak minimalist sangat dan bab chart tu cam ntah kat mana.

Untuk analysis detail dan untuk tulis kat blog, penulis guna TradingView. Namun sebab nak pakai indicator bagai, penulis pakai yang bayar. Tahun ni ada beli satu indicator Elliot Wave.

Selain daripada itu penulis juga ada akses ke Token Metrics. Ni dulu bayar tapi sebab dah beli NFT, so subscription lifetime.

Untuk blog ni pulak, tahun ni baru setup. So ada kos domain. Server tumpang kat kawan so free.

Untuk analysis crypto tahun ni macam biasa dengan Master Ali, then ada cuba Fous kejap, Forrest Cryptostaker kejap.

Hence, berapa kos untuk tahun 2022?

Kraken – Free
Cryptowatch – $425 / RM1880.62
TradingView – $155.40 / RM749.40
Indicator Elliot Wave – $797 / RM3,730.21
TokenMetrics – 0.45 ETH (lifetime NFT login)
Blog – RM821.29
Sessi Perguruan Master Ali – $891 / RM3942.67
IKNFX – $94 / 415.95
Cryptostacker – RM115

Total : RM11,655 + 0.45 ETH

ETH pada 31.12.2022 adalah sekitar RM5,281.92, maka total kos untuk trade adalah RM14,032.

Analysis Untung Rugi

So penulis dah tahu semua jumlah revenue dari trade dan stake. Penulis juga dah calculate berapa kos tools dan platform. Penulis juga tahu berapa operating kos bagai, maka ini adalah 2022 A year in review.

Now, apa tujuan penulis buat P&L bagai ni? Penulis nak ada rekod yang betul dan belajar cara betul buat account, income statement bla-bla. Selama ni untuk business penulis yang hakiki, semua bergantung pada audit firm. Sekarang at least bila buat sendiri, baru faham dengan clear apa kebenda sebijik-sebijik.

Satu lagi hal, esok-esok kalau nak jadi full time trader, dah prepare nak buat audit income statement bagai.

Apa pun, kira tahun 2022 ni, revenue yang masuk boleh beli cash Perodua Myvi 1.3L X AT.

 

Berapa nak kena bayar zakat?

Untuk kiraan zakat, penulis amik terus 2.5% daripada profit after tax. Tengok situ dalam RM937.32. So 2.5% adalah RM23.43.

Gila, rasa bayar zakat fitrah lagi tinggi dari ni. Ni yang tahun 2023 rasa kena up the game agar profit lagi tinggi.

Apapun kalau anda nak kira zakat dan terus bayar, boleh guna senangzakat.my . Ada tab zakat pendapatan.

Kesimpulan Sebagai Trader Crypto

Penulis rasa penulis bukan level pro lagi walaupun dah trade crypto sejak May 2017. Sebelum ni penulis trade sebagai hobi namun pada tahun 2022 ni penulis mula trade secara fokus dan consistant, meaning serius sikit siap buat log, blog bagai. So kira dalam kerjaya sebagai trader, 2022 ni baru dikira tahun pertama penulis trade secara professional.

Pengajaran terbesar yang penulis belajar adalah kena disiplin, selain daripada jangan tamak dan sentiasa cut loss. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi, dan berkongsi dengan famili dan orang lain atas hasil yang diberi.

$74K = RM327K

Penulis harap tahun 2023 penulis boleh increase lagi profit penulis dalam trading, agar by 2025 atau 2026 penulis boleh full time trader. Ini game plan sebenar penulis. Detail kita sembang new year nanti.

Kesimpulan untuk 2023

Kesimpulan dia, tahun 2023 kena trade lagi untung la jawabnya. Kalau kos je dah RM14K, patut untung 10X. Dah la tu, zakat pendapatan lagi rendah dari zakat fitrah.

So canne nak untung? Sama ada tambah capital untuk trade, atau panjangkan tempoh untuk trade. Kemaskini setup trade, dan satu lagi besarkan capital staking.

Selamat tahun baru dan semoga jalan trade dan stake kita, dipermudahkan ALLAH. Semoga kita diberikan profit berlipat ganda.

AMIN

Trade Analysis

27.12.2022 – 22:43

Crypto

Market sekarang masih bawah $1 T, Berbanding last week, naik sikit dari $766 B ke $769 B.

Candle last week cuba nak menghijau tapi tak berapa nak kuat. Price last week cuba nak breakout tapi gagal.

Untuk detail analysis, boleh rujuk semula last week punya.

Apapun kita masih mengharapa yang price akan breakout. Ini berdasarkan pattern last time.

BTCUSD

Selagi price bawah $18,385 – $18,725, risk favour kebawah. Level yang nak kena monitor adalah $15,992. Pecah ni, next $13,859 – $13240, malah mungkin ke $12,300.

Tapi kalau closed atas $18,725, lalu breakout ke $21,478, maka ini petanda dah bottom.

DOTUSD

Kalau ikut weekly, memang gila overbought. Price, sangat atas trendline. Kalau pecah ke bawah, entahlah pak…..

bersambung…