Trade Log : w01 2023

Tahun 2023 ni kalau ikut berita dunia, ia bakal menjadi satu tahun yang sangat mencabar. Blackrock yang paling kaya itu pun dah keluarkan amaran monsun.

Ibarat kalau kita percaya bulat-bulat amaran ini, segala tektik yang kita guna selama ni boleh jadi tak terpakai.

Now, what ever happened, life must go on. Jalan mesti mau terus.

Target 2023 penulis

Penulis simplifiedkan target penulis kepada 3 dalam hal trading ini.

1. Increase, GPF

Pertama, GPF macam biasa.

Tahun 2022 penulis berjaya naikkan capital sebanyak 124% dari 1525 kepada 3419.  So untuk tahun 2023, penulis target boleh naikkan kepada minimum 16,000 polkadot atau maksimum 22,000 polkadot.

Berapa % kenaikan ini? 367% ke 543%.

367%??? 543%????? Ale uto biar betik. Apa penulis isap gam? Penulis tak isap gam. Penulis isap rokok dan tetek. Now ini adalah strategi penulis untuk mencapai minimum 16K Polkadot atau maksikum 22K Polkadot.

Option 1

Pertama, adalah dari segi SL trade yang ada. Sekarang penulis ada 2 trade tengah floating, lebih kurang 8600 Dot total dua trade ni.

Di ledger ada dalam 3419. First, penulis akan transfer 4600 masuk ke ledger untuk stake. So ledger akan jadi 8019. Untuk staking rewards selama setahun sepanjang 2023, dia akan bertambah dari 8019 kepada 9141, dengan pertambahan 14% DOT iaitu 1122. Penulis bajet dia akan jadi lebih dari ni sebab compounded, so harap dia boleh cecah at least 9200 DOT.

So 8600 DOT di Kraken, 4600 masuk ledger, stake, maka balance 4000 yang tinggal di Kraken akan digunakan untuk trade pair USD/DOT.

Ini penulis target untuk buat 80% profit. So, kalau berjaya, ia akan beri pertambahan 3200 DOT, menjadikan jumlah akhir adalah 7200 DOT di Kraken.

So projection hujung 2023, jumlah DOT penulis dalam 9200 + 7200 = 16,400 DOT.

Dengan jumlah ini, daily staking pada 2024 nanti adalah 6.29 DOT per day, dan untuk 30 hari / sebulan dia akan jadi 188 DOT.

Kalau price DOT waktu itu $20 per DOT, sebulan gaji adalah $3760 atau RM17,296.

Now, tengok OPTION 2.

Penulis masukkan semua 8600 DOT di Kraken tadi dan stake di ledger, ini menjadikan jumlah stake adalah 12019 DOT. Selepas setahun, jumlah akan menjadi 13,701 DOT dengan pertambahan 1682 pada kadar 14% setahun.

Macam mana dengan capital untuk trade? Itu lah dia. Semua dah masuk dalam ledger. Hence, penulis kena top up capital baru. Kalau spend RM100K, jumlah DOT yang dapat dibeli pada harga $4.5 adalah 5021 DOT.

Kalau 5021 ni trade dan boleh profit 80%, jumlah DOT baru adalah 9038 dengan pertambahan 4017 DOT.

Berapa jumlah akhir DOT penulis total pada 1 Jan 2024? 9038 + 13,701 = 22739.

Dengan jumlah ini, daily staking pada 2024 nanti adalah 8.72 DOT per day, dan untuk 30 hari / sebulan dia akan jadi 261 DOT.

Kalau price DOT waktu itu $20 per DOT, sebulan gaji adalah $5220 atau RM24,012.

Kesimpulan

Option 1 tiada duit tambah, guna apa yang ada, relocate semula, boleh pergi 16K DOT. Option 2, tambah lagi RM100K, boleh pergi 22K DOT.

Option 2, tambah RM100K, gaji naik RM6716 sebulan dimana, kalau 12 bulan, RM80,592.

Ini kalau DOT naik $20. Kalau DOT naik $40, semua double. Hence, membuatkan tambah RM100K option 2 sangat berbaloi sebab RM100K ni paid off balik dalam masa 8 bulan.

Cuma persialan dia, mana nak cari RM100K? Sama ada penulis pawn gold-gold penulis, ada kos simpanan situ atau penulis buat ASB OD RM100K. Ini pun ada kos. Namun trade mestilah ketat dan tak boleh rugi.

So berapa dah modal masuk ke Polkadot

Kalau existing 3423 (last week 3419 masa buat year end analysis), jumlah capital yang penulis catat dalam spreadsheet penulis adalah $44,586 atau RM197,404. Meaning tak sampai RM200K.

Ini menjadikan sebijik polkadot dalam $13.02 atau RM57.65. Kadar kerugian kerana bear market sekarang adalah -32%.

Manakala 8600 Dot dari Kraken dibeli dengan harga 2.85 BTC atau nilai masa itu RM300K.

So kalau tambah 8600 Dot dari Kraken dengan existing, dia jadi 12,023 dengan modal RM497,404. Atau senang cerita capital untuk Polkadot dah RM500K.

Sebiji DOT jadi RM41.37 atau $9.34. DCA lebih baik nampaknya. Meaning bila DOT naik $10, dah ada profit.

Now, kalau pergi option B, tambah lagi RM100K untuk trade, maksudnya total capital Polkadot penulis dah jadi RM600K.

Berbaloi ke? Kalau Dot naik memang la berbaloi. Kalau Dot turun, hmmmmmmmmmmm

Option B tu, pada $20 per Dot, gaji RM24K, so RM600K / RM24K = 25 bulan. 2 tahun kira balik modal.

Another perspective ni macam kita ada property rumah la. Contoh penulis ada rumah value RM450K. Sebulan boleh generate cuma RM800 sewa.

So kalau anggap DOT RM600K boleh generate sebulan RM25K, itu memang lavish gila dah. Cuma risk dia sangat tinggi. Agak do or die.

2. Trade pair RM/BTC

Ini masih diteruskan dan seperti biasa tujuan dia adalah untuk at least dapat RM36K setahun dari modal RM300K. RM36K setahun adalah RM3K sebulan untuk duit bagi kat bini.

Ketika ini masih floating.

Hari tu beli BTC pada RM98K, so kena tunggu BTC naik balik RM110K. Tunggu esok BTC naik balik $25K, settle la trade ni untuk tahun 2023.

3. Trade pair BTC/DOT

Hat ni untuk tahun 2022, modal 2.85 BTC jadi 8558 DOT, masih floating dua trade. Memula nak main masuk tukar masuk tukar profit target untuk duit dapur sebulan RM2K. Tapi last sekali sebab floating hence tu yang datang nak stake semua terus.

So untuk duit dapur, kena main cara lain. Mungkin penulis akan hantar capital BTC lagi untuk short BTC.

But the main thing is, trade perlu diteruskan untuk duit dapur RM2K sebulan.

Haishhhh… ingat senang ke mau hidup zaman sekarang ni?

4. Total Digital Asset semua

Bab ni penulis tak kira lagi so nanti kalau kira penulis update. Target dia masih selari dengan target financial interstellar cuma lama tak update sebab tade mood masa bear market ni.

Yang dalam rancangan penulis sekarang adalah untuk buang semua coin yang tade prospect dan tukar coin ni jadi coin utama. Contoh penulis ada XRP dalam 6K maybe nak tukar kepada DOT atau tengok mungkin ADA.

Nantilah fikir.

Bagaimana 2023 untuk Polkadot?

Sekarang kita nak tengok 2023 accane. First of all, penulis ada email direct kepada Gavin Wood bertanya tentang masa depan Polkadot.

Yela, penulis currently modal Polkadot RM200K. Ni nak masuk lagi RM400K, menjadikan total modal RM600K. Buatnya kena macam Luna tak demam?

2022 mengajar kita yang top 10 coin pun boleh bungkus.

Walaubagaimanapun, seperti yang telah dijangka, email tidak dibalas lagi. Tapi a few days later, Gavin buat video pasal Polkadot. Boleh layan bawah ni. Tapi agak technical la…. penulis faham bab last tu je dimana ada gaji untuk pejuang Polkadot.

Now, ini perspektif lain yang lebih umum untuk Polkadot.

Ini dari Token Metrics

Bagaimana 2023 untuk crypto?

Berikut adalah sedikit update tentang data terkini.

1. Crypto user sekarang adalah 4% dari populasi dunia. Lebih kurang sama dia punya adoption dengan internet zaman dulu.

Petanda adoption meningkat adalah bukan setakat pertambahan user yang main crypto, tapi bila big brands seperti socmed mula integrate crypto. Depa ni yang lubuk user. Contoh bila Facebook start integrate crypto, hence, popularity crypto mendadak dangdut.

Berikut adalah beberapa video buat pedoman kata-kata OG.

First, kita mulakan dengan para consultant penulis.

1. Tun Michael Saylor

Menurut Tun, semua yang jadi melingkup eg. luna, celsius, FTX adalah bagus untuk Bitcoin kerana orang mula aware Bitcoin adalah komoditi. Mengikut Tun, 2025 will be “The Year”.

2. Datin Seri Paduka Cathie Wood

Datin bagi overall market punya insight, bukan setakat crypto.

3. Tengku Raoul Paul

Raoul bagi banyak metafora tapi banyak berkaitan dengan fed rates qt bagai. Apa pun Roul menjanjikan yang sinar bakal muncul namun lewat tahun.

Next, para penasihat utama penulis.

1. Tan Sri Dato Seri Utama Alleysio Rastaman

Kawan Master Alley, EN. Charlie kata kalau Bitcoin naik ATH 2023, dia nak makan topi dia depan semua subscriber Alleysio.

2. Tan Seri Cameron Fous

Fous kabo lek dulu, maintain majoriti dalam cash, bila betul-betul dah reda segala bala, baru all in. Tengok sini.

3. Dato Seri Panglima Hitam Ian Balina

Ian combind dengan forest bagi detail analsial pasal crypto market untuk 2023.

4. Datuk Bendahara Gareth Soloway

G kabo kena tunggu sampai May 2023.

Ketiga, para analyst penulis

1. James dari IA

2. Bill Token Metrics

Bill macam dah tak kerja dengan TokMek. Nampak macam merajuk bawak diri. Oghang tua…

3. Abam Benjy…

4. Forest

Keempat, para researcher

1. Ini pula ramalan Guy dari Biro Coin.

2. Andrei The Magician aka Badut office

3. DAN mengajar crypto

4. Nicholas Data Snap

5. Mat Jason

6. Investing Made Simple

Lain-lain Data

https://a16zcrypto.com/state-of-crypto-report-a16z-2022/

Trade Analysis

03.01.2023 23:31

Crypto

Kita tengok yearly chart dulu.

Sekali imbas, nampak candle 2022 merah tu sama besar dengan candle 2021 hijau. However, bila diteliti dengan lebih rapi, candle 2022 engulf candle 2021 dengan size yang sangat sikit.

Chart 6 month, hidden engulf sell.

3 bulan, engulf sell.

1 month, engulf sell, kita dah tanda.

Weekly, tgk week ni punya candle boleh engulf buy tak candle last week.

Weekly, zoom out, nampak macam dah breakout flag tapi cam tak kemana sangat.

Market sekarang masih bawah $1 T, Berbanding last week, turun sikit dari $769 B ke $764 B.

Now, kita masih mengharapkan breakout kalau based on pattern last time.

Bitcoin

Resistance adalah pada $17,060. Break ni akan ke $18,725 dan seterusnya $19,350.

Break below $16,723 – $15,990 boleh jadi nak ke $13,850 – $13,240.

Gold

Gold nampak gaya nak pi $2000. Meaning gold dah bottom. Selagi price atas $1700, harapan cerah. Short term mebi pullback ke $1750 sebelum pacak balik naik.

DOT/USD

Kalau kiraan EW ni betul, kita mencari bottom hujung 5 dalam 2 besar. Next adalah kenaikan ke 1-2-3-4-5 ke nombor 3, garis paling panjang dan harapnya ini membawa melebihi ATH.

Breakout jangkaan adalah pada 3.4.2023 mengikut flag pattern.

Kalau candle week ni engulf buy, nampak senyum sikit. Mungkin retest 5.3.

Daily, dah engulf buy few days before. So expect minggu ni price akan naik lagi lebih-lebih lagi kalau closed mid BB.

Kalau nak masuk, lek lu sebab 4H dah overbought.  Tunggu signal di 4H untuk entry DOT.

Now, plan penulis adalah nak hantar RM100K ke ASB kendian pi RHB untuk buat OD. Then guna balik OD ni untuk trade DOTUSD.

DOT/BTC

Tunggu candle week ni engulf buy ke tidak, kalau ya, petanda nak naik. Maybe retest area 322.

Now, plan penulis untuk 2 trade yang floating hari tu, penulis dah pun hantar ke Ledger untuk staking. Consider RM300K > 2.85 BTC > 8558 DOT sebagai modal untuk gaji staking penulis.

Ini menjadikan DOT penulis sekarang sekitar 12058 dengan rewards sehari 4.6.

Kesimpulannya, penulis go with option B dalam perancangan trade dan staking Polkadot untuk GPF.

bersambung…