Trade Log : w02 2023

Kejap je kan dah 2nd week. Pejam celik-pejam celik esok dah 2024. Gila laju masa berlalu. Baru last week new year…

Now,  panglima hitam ian balina ada opinion on 2023 market ni. Dia kabo yang tektik dia gandakan wang anda adalah menjadi sniper, dengan tidak memperdulikan overall market accane. Meaning dia fokus cari coin yg value tinggi menggunakan AI dashboard dia. So dari situ dia buat duit.

Penulis so far dgn token metric ni tak fully explore lagi, setakat ni hanya monitor bila coin yg penulis suka nak naik. Coin lain penulis tak amik hal sangat tapi tahun ni maybe nak tengok meluas sikit.

12.01.2023 02:16

Crypto

Market sekarang masih bawah $1 T, Berbanding last week, naik sikit dari $764 B ke $817 B.

Price sebenarnya confirm buy zone last week, manakala sekarang telah menembusi sell zone yang menjadi resistance selama ini.

Now, dah setahun penulis trade ni, baru penulis perasan yang chart ni price total crypto tak sama dengan yang ada di coinmarket cap, mahu pun yang ada dalam spreadsheet penulis.

TradingView – $816 B
Coinmarketcap – $857 B
Coingecko – $895 B
Spreadsheet penulis (CRYPTOFINANCE formula) – $898 B

Persoalan dia, yang mana satu betul?

Kalau google, $856B

Nanti ada masa penulis cari yang mana paling tepat.

Now, adakah price dah bottom? Kita tengok ujung bulan ni kalau buy zone confirm, maka maybe price dah bottom.

Kalau ikut pattern yang penulis letak sebelum ni, macam dah breakout.

Bitcoin

Resistance adalah pada $17,060. Break ni akan ke $18,725 dan seterusnya $19,350.

So now price dah break $17,060 maka next $18,725.

Break below $16,723 – $15,990 boleh jadi nak ke $13,850 – $13,240.

Gold

Gold nampak gaya nak pi $2000. Meaning gold dah bottom.

Selagi price atas $1730, harapan cerah. Short term pullback mungkin ke $1800 – $1730.

DOTUSD

Last week buy zone comfirm, so price naiklah. Nak pi mana? $5.3

Muka ada sinyummmmm laaaa…

DOTBTC

Pun sama, buy zone confirm. Nak pi mana? .321

Now, setakat ni semua tengah naik, tapi ada benda yang kita kena tengok khamis ni….

13.01.2023 14:23

Bitcoin

Update sedikit untuk Bitcoin.

Level kena jaga adalah $17,315. Pecah ni, kuat nak turun balik. Dalam keadaan sekarang, price menuju range $18,725 ke $19,350.

14.01.2023 05:30

Bitcoin

Price pergi kat target kita.

DOTUSD

Dot pun dah test $5.3

14.01.2023 16:19

Crypto

Tok Mek telah mengeluarkan petanda bullish. Maka penulis rasa, secara umumnya boleh kita katakan yang market dah bottom.

Market sekarang masih bawah $1 T, berbanding awal minggu, naik lagi dari $817 B ke $946B.

Kalau price terus menerus naik, next level akan retest $1.07T. Satu perkembangan baru yang baik bagi crypto kerana dah masuk balik range trendline untuk Bitcoin steady menuju $1 M per BTC.

Kita tengok next week candle closed kat mana.  RSI Masih belum panas, MACD masih bawah in term of weekly.

Ini patern yang penulis tunggu sejak tahun lepas. Nampaknya history repeats. Kalau hujung bulan buy zone closed, maka petanda nak naik tu memang benar.

Now, bagaimana dengan Bitcoin dan Polkadot? Bullish dot dah keluar di Bitcoin.

Begitu juga Polkadot.

bersambung next week…