Ada satu video yang sangat bagus dari CTO Larsen. Basically apa dia cakap adalah sekarang ni price Bitcoin dalam game smart money mengikut carta Wicikof.
Ini dia punya rajah overall apa yang sedang berlaku.
Untuk layan video penuh, boleh tengok bawah ni.
13.02.2023 23:49
Crypto
Market ketika ini $952T, turun berbanding last week $1.012 T.
Now, weekly, buy zone paling bawah adalah pada $771 B. Kalau turun sampai sini,
a. dah terkeluar trend dari uptrend BTC menuju 1 M
b. BTC = $15.8K, DOT = $4.53
Daily, price struggle antara sell zone dan buy zone.
Kemana price nak menuju? Harap tak pecah buy zone bawah tu tapi melantun balik naik. Tapi ini cuma harapan kita.
USD
USD kemungkinan akan naik lagi ke area sell zone 104 – 105. Ini benar selagi maintain atas 102. MACD dah bersilang so kemungkinan naik tinggi.
Daily, price antara sell zone dan buy zone.
GOLD
Short term pullback dah ke $1860. Now adakah lagi jauh ke $1802? Selagi price bawah resistance $1912, kemungkinan tu ada.
Next week kita tengok dia closed bawah ema8 tak. Kalau closed bawah, so mebi ke $1802.
Yang penting sekarang wave 4, so kena tunggu 4 bottom untuk dia naik balik ke 5.
Long term masih intact ke 2000.
BITCOIN
Weekly, kita masih monitor sama ada price akan mencuba untuk bermesra dengan EMA8 yang ketika ini pada paras $21,150.
Lepas dia cium line ni, kita nak tengok sama ada dia closed atas atau closed bawah. Closed atas meaning dia reject dan price mungkin tak turun, tapi kalau closed bawah, harapan untuk turun itu cerah.
RSI weekly tak putih, means tak panas sangat. Namun kedudukan MACD mencadangkan yang bakal bercantum. Jika benar percantuman ini berlaku, petanda untuk turun tinggi.
3D, nampak RSI dah signal nak turun dan MACD dah confirm nak turun. Lagi 2 hari, atau pada 16 feb, kita tengok candle closed kat mana adakah buat buy zone gagal.
Pada ketika ini, 3D mencadangkan yang price akan menurun sebab signal dan confirmation tadi, ditambah lagi dengan price reject ema8. Namun begitu, wajah candle thor agak berlawanan dengan kedudukan price dan memberi bayangan yang price nak naik.
Heikin 3D belum mengeluarkan petanda perubahan trend, meaning trend menurun masih intact.
Daily, price seakan membentuk resistance pada level $21,886. Adakah ia akan sideway sementara nak breakout atau terus turun? Hati agak berdebar.
DAMAGE CONTROL
Pagi ni bangun tengok-tengok price Bitcoin mencanak anjing, dan paling lega, penulis masih dalam trade.
Price ketika ini adalah $24,899.
Now, penulis kena deploy damage control. Sebelum pergi detail, penulis nak revise di mana silapnya.
Pertama, berapa trade loss kalau penulis cut loss sekarang?
Penulis ada 2 trade. Dua-dua modal 3 BTC, hence total adalah 6 BTC.
Cerita asal dia jual BTC ni nak amik gaji untuk orang rumah, bajet keluar 6 BTC, buy dekat area $20300 – $20900, dapat 6.4 BTC, hence 0.4 BTC boleh dapat dalam RM44 K.
At one time dah ada profit untuk kedua-dua trade ni namun price tak turun ke tempat target penulis, malah naik pulak mendadak dangdut.
Now, kalau penulis cut loss sekarang, $132,588 hasil jual 6 BTC ni boleh dapat hanya 5.38 BTC. Loss dalam 0.62 BTC. Kalau 0.4 BTC = RM44K, dah 0.62 BTC?
Lega.
Ada tak option nak minimize loss sambil profit in future?
Penulis sekarang staking DOT dalam 12,271 DOT. Kalau modal 6 BTC > $132588 > DOT, pada price $6.58 akan dapat 20,150 DOT.
Stake balik DOT ni, so total DOT adalah 32,421 DOT. Ini akan memberikan daily rewards dalam 12.44 DOT daily.
Kalau price DOT naik $20, gaji staking sebulan dalam RM32K. Ini confirm dah boleh berhenti kerja jadi pemain piano sepenuh masa.
Tapi $20 per DOT, berapa market crypto? Kalau ikut kiraan sekarang, kena $4T.
So kalau sebulan RM32K, nak jadi balik RM850K untuk 6 BTC tadi adalah 26 bulan atau 2 tahun 2 bulan. Meaning, after 26 bulan, barulah ada profit dari modal RM850 K 6 BTC ni, tapi jangan lupa, lepas 26 bulan, capital 20,150 DOT masih ada dan value dia kalau $20 adalah $1.7 M.
Gaji monthly RM32K, ada, profit 100% sebab modal 6 BTC asal ni RM850K.
Short term rugi tapi long term nampak ok.
Option kedua pula adalah, beli DOT juga, tapi bila price DOT/BTC naik 0.0003, (sekarang 0.00026), jual balik ke BTC dan ini akan dapat 6 BTC balik. Meaning, hanya rugi masa tapi jumlah modal BTC masih intact.
Ini illustrasi kiraan.
Kepada Allah kita berserah.
17.02.2023 14:12
Polkadot
Dah deploy modal RM850K yang jadi 6 BTC yang jadi $132,496 dan sekarang jadi 20075 Dot.
Now meringkaskan options yang ada,
a. Untuk jadi balik 6 BTC, kena sell pada 0.0003 (done set alert at 0.0003)
b. Atau send ke Ledger untuk stake, maka, current stake 12309 + 20075 = 32,384
Ini menjadikan gaji staking sekitar, RM11K. Masih tak cukup nak replace gaji kerja sekarang, tapi RM11K tambahan bulanan menyebabkan tak amik tabung untuk cukupkan gaji RM30K sebulan).
c. Atau set sell pada $7.25, profit dalam $13K, tapi modal jadi balik $132,496 dan kena harap BTC turun ke $20.9 K untuk dapat balik min 6 BTC.
Kalau turun ke $20.9K, boleh jadi juga beli balik semua dalam Polkadot dan send stake.
Boleh jadi sell $7.25 atau lagi awal $7 atau $6.8. Asal ada gaji bini jadilah… ni nak cuti sekolah ni beb. Anak-anak dah bising nak vacation la itu la ini la.
Ini chart. Daily MACD dah bersilang. Petanda naik tinggi.
Upay punya tips, baca bawoh.
17.02.2023 14:59
Bitcoin
Ok. Apa cer Bitcoin ni. Now kita retro dulu apa benda. Basically kita dah tau yang Bitcoin ni dalam wave 3 nak pergi 4. Kita tengah tunggu bottom wave 4 ni berapa. Dari analisistur asal, kita bajet ending wave 4 tu dalam kotak kuning bawah ni ha.
However, price tak masuk pun kotak kuning tu analisistur kita meleset. Price menyentuh manja je dan lepas sentuhan mesra, dia pacak naik atas. Betul punya touch n go.
So cerita dia sekarang, dia adalah dari wave 4 nak pergi ke wave 5 pulak. Basically top wave 5 adalah range $25K – $27K. To be specific, $25,700 ke $27400. Harap lajak $30K.
Ni updated chart.
Tapi masalahnya, betul ke straight pacak ke 5, sebab price naik tiba-tiba kelmarin dan agak tak organic. Ini memberi idea bahawa ada kemungkinan false breakout.
So kesimpulan dia, ni betul ke permulaan rally ke 5, atau Bull trap.
Maka,
a. Untuk wave 5 = true, pullback lepas pacak ni mestilah bersifat Corrective, iaitu 3 wave kecik dan mesti tak pecah $23450 – $22600.
b. Untuk PER Bull trap fake breakout = true, pullback lepas pacak mestilah bersifat Impulsive, iaitu 5 wave kecik dan break support $23450 – $22600.
Jika ini berlaku, price mungkin kembali ke $20.9 K.
Ini updated chart.
Apalagi. Doalah penulis umur panjang dan stamina tinggi serta anak2 sihat sekali ngan bini-bini. Ada gheti…. mahal ni analisistur ni.
18.02.2023 01:48
Polkadot
Dot penulis yang 20075 tu dah pun selamat convert balik ke USD, modal $132,496 sekarang dah jadi $142,240.
Dalam masa yang sama, DOT/BTC dah naik 0.0003, which mean kalau penulis decide untuk sell balik ke BTC instead of sell USD, penulis dah recover balik modal asal 6 BTC.
Now, apa plan dan apa next move?
Sebenarnya first step penulis nak amik gaji dulu untuk bini penulis, hence itu pasal jual ke USD dulu, so ada la untung dalam $10K, dapat la bernafas dalam 7-8 bulan.
Now second adalah, untuk beli balik 20K Polkadot, dan kemudian mungkin akan stake untuk tambah capital gaji stake ATAU, dari 20K Polkadot tu nanti tukar balik 6 BTC.
Itu kita tengok dan decide nanti. Sekarang, kita set buy dulu untuk Polkadot.
Nak set buy mana? Esok kita tengok confirm tak buy zone ni tapi malam ni kita boleh set dulu buy di $6.60, area sama penulis beli sebelum ini.
Profit $10K tadi accane? Yang tu penulis set buy BTC di $22600, bila kena baru transfer dan withdraw later.
Apapun, syukur alhamdulillah…. mungkin berkat bawak anak-anak pergi tengok AntMan tadi ni bagi depa happy…. Antman ni dah level subatomic reality + multiverse. : Quantumania…. trade crypto pun multiverse gak… Trademania : kejap BTCUSD, kejap BTCDOT, kejap DOTUSD, kejap staking…. yang penting ilham Allah bagi dan kita mesti minta.
18.02.2023 20:08
Polkadot
4H – Signal nak turun dah ada, RSI dah putih. Confirmation nak turun pertama ada, sell zone. Menunggu confirmation ketiga MACD bersilang.
Kalau price closed bawah EMA8, lagi tinggi possibility nak turun. Mid BB ketika ini $6.74.
Daily, sedang negative divergence, price menaik RSI, MACD menurun.
Penulis dah dalam trade set buy $6.6.
bersambung…