361 hari ke 13 Mac 2024.
Trade Update
20.03.2023 16:23
Trade last week kena SL, kalau tak SL, memang boleh makan besar dekat $6.25. Namun apa nak buat, kita telah berusaha tapi rezeki tidak menyebelahi kita.
This week kita tengok ada ruang atau tidak untuk masuk. Kalau tak masuk, penulis akan stake dulu di Kraken sementara menunggu sebuah jawaban.
Staking Salary Update
20.03.2023 16:23
Now, jumlah polkadot di Ledger sudah menghampiri 13K. Ketika ini, jumlah tepat adalah 12984, ini bermaksud, minggu ni insyaallah akan jadi 13K.
Kalau dah 13K,
Daily rewards : 151 DOT
Salary @$6.43 – RM4,367
Salary @$15 – RM10.2 K
Lebih kurang la.
Anyway, kalau 20K modal trade hantar untuk stake, maka, capital staking adalah 33K,
Daily rewards : 386 DOT
Salary @$6.43 – RM11.2K
Salary @$15 – RM25K
Hence, kalau trade 20K boleh dapat lebih dari 386 DOT sebulan, maka boleh maintain 20K sebagai modal trade. Tapi kalau tak dapat, better hantar 20K untuk stake.
Kalau ikut Jan-Feb-Mac ni, baru boleh buat 467 DOT hasil trade. Campur staking rewards dua bulan, gtotal 799. Ini bermaksud, short lagi 358 DOT untuk complete 3 bulan pertama atau Q1.
So, untuk bulan mac ni, trade profit min kena ada adalah minimum 358 DOT.
Crypto
Price retest zone $1.14 T seperti yang penulis tulis last week. BTC sekarang adalah $28.3 K (ingatkan $24.2K) manakala DOT $6.45 (ingatkan $6.35).
So this week acanne?
Fakta berdasarkan chart adalah,
- Tiada weekly sell zone di atas, hence, clear untuk market naik lagi.
- Paling dekat adalah monthly sell zone, $1.8 T – $2 T. Kalau benar, BTC anggaran $42K, DOT $10.
- Bitcoin dalam trend menuju $1M per BTC, as long as price crypto dalam uppertrend.
Kesimpulan dia, macam nak naik la. Asal jgn pecah $983.
USD
Price nampak menuju 102, closed bawah ini, lebih junam. Mungkin price mencari daily buy zone yang bawah tu area $101.
Kalau price terus menerus menjunam dan closed bawah 102, maka petanda baik untuk Bitcoin dan Gold.
GOLD
Gold masih bullish, nampak tak lepas resistanxe atas tu. Support terdekat 1949. Jangan pecah ini. Signal reversal dah ada, confirmation belum. Harap short term correction.
a) Overall Protect 1725 > masih.
b) Kalau closed bawah 1725, petanda BEAR kembali > tak berlaku
c) TP Bull mana? 2150 (tahun ini), long term 2363.
Apa yang penting, untuk terus bull, kena protect 1800 low Feb dan kalau ini benar, gold dah bottom. Next adalah wave panjang 3.
Now, berapa harga emas kat kedai?
Kalau check kat Habib,
50g – RM14,650
100g – RM29,140
1kg – RM291,120
Sepanjang penulis monitor harga emas jongkong di Habib, minggu 10, 1kg – RM273,600.
Meaning kalau pegang jongkong 1kg, agak2 dah untung RM30K, boleh jual dah. Setahun sekali buat gini sedap gak duit vacayyyy.
Bitcoin
Target kita $28K akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah yang trade sampai sini dan jangan lupa amik profit.
Bitcoin sekarang adalah $27.8K, naik paling tinggi $28.6K. Muka ada sinyum….
Now, adakah ia akan terlajak ke $30K? Kemungkinan itu ada sebab situ paras saiko.
Daily dah ada signal revesal namun confirmation MACD belum. Meaning kita standby untuk price nak turun balik sebelum naik semula menuju atas untuk completekan wave 3. Ending wave 3 mana? Mebi $35K. Nanti confirm balik.
Polkadot
Nak trade polkadot kena hati2 kalau nak short. Sebab dia BTC tengah naik ni dan maybe tersasar 30K.
Now, kalau ikut count, kemungkinan besar wave iii nak pi iv, meaning wave 1 belum complete.
So DOT nak turun sikit sebelum naik semula untuk complete wave v, untuk completekan wave 1.
Hence, hati-hati kalau nak short tambah DOT.
Now selingan.
Penulis dah habis layan season 1 Invasion. Cerita ni rating IMDB rendah je tapi penulis rasa agak terkesan. Sebab dia, dia fokus kepada view manusia bila alien datang ke bumi, secara deep.
Contoh, apa kesan kedatangan alien ke bumi kepada,
a. Orang yang curang
b. Orang yang baru nak bercinta
c. Orang yang dah clash tapi nak selamatkan cinta mereka
d. Orang yang kehilangan cinta
Meaning, canne nak coupe dengan situasi baru dalam masa yang sama nak setelkan situasi lama.
Lepas tu pulak, effect alien ni slow motion. Bayangkan kita tiba-tiba blackout dengan info dan electric, terputus network… kita dalam dark tak paham apa yang tengah berlaku, last sekali baru tahu yang dunia dalam ancaman. Fakin hell seram babi.
Penulis harap ada season 2. Habis season 1 ni rasa cam nak buat bunker. Kut esok alien datang betul2, lega kita. Masa tu nak trade mendenya? Baik bela ayam.
Berbalik pada Polkadot. Esok kita nak tengok sama ada sell zone daily confirm ke tidak. Kalau on, kita masuk trade.
21.03.2023 11:09
Fuh, price pergi sampai $6.06…. kalau penulis punya trade tak SL……………
Ini dinamakan, bukan rezeki kita. Lebih cepat kita move on, lebih cepat pintu atau peluang baru sampai. TQ Allah for this thoughts.
Now tengok apa jadi hari ni. Semalam nak tengok sell zone confirm ke tidak for daily.
Daily sell zone confirm. So kalau nak masuk, boleh set sell kalau syantique dekat sekitar $6.34, tapi kalau hari esok closed mid BB belah bawah, macam kena terus masuk takut tak naik dah. TP $5.89 – $5.57.
Setup ni tak berapa nak quattro sebab RSI tak panas. Tapi MACD macam nak bersilang. Kat mana nak monitor? Line kuning EMA8. Tengok hari ni dia closed atas atau bawah. Kalau closed bawah, petanda price makin turun tak naik. Kalau closed atas, dia nak naik dulu sebelum turun balik.
Apapun kita monitor lagi.
22.03.2023 20:31
Nampak ada confluence of resistance pada level $6.38 4H, iaitu,
a. Line ungu sma 200
b. prev resistance 15 mac
c. bumbung sell zone
d. trendline ungu
Hence penulis nak masuk short trade, sell $6.38 dan buy balik pada $6.15.
Semoga ada sinar ramadhan husnuzonnne. Tayar kereta abah penulis dah 5 tahun tak tukar sejak beli kete tu. Nak kena payung boss…
23.03.2023 00:23
Dah sell. Now dah set nak buy balik $6.15
23.03.2023 01:50
Dah buy balik dekat $6.18. Tak larat nak tunggu nak tidur dah sat lagi nak sahur.
Alhamdulillah… profit 616 DOT. Esok sembang detail bagaimana untuk pembahagian harta perang ini.
Selamat berpuasa.
23.03.2023 14:00
Ok kita recap apa jadi malam tadi.
Now, sell $6.38 TP $6.15, tapi sebab ngantuk, TP $6.18. Adakah price turun sampai $6.15? Sebelum tidur tak tapi lepas bangun tidur, price jatuh sampai $5.92.
Anyway, kita bersyukur kita untung jugak daripada kita rugi terus. Kadang2 nak beria sedih tak dapat untung banyak pun tak guna sebab rezeki kita dah situ, situ la. Yang penting usaha.
So profit 616 Polkadot,
a. 316 hantar stake ke Ledger
b. 300 jual ke BTC ke MYR, withdrawal
23.03.2023 16:08
Ok dah jual DOT jadi BTC, total 0.0670095
Next nak jual BTC jadi MYR. Estimate adalah :
So dah settle jual, final is RM8200.37. So sekarang nak call Aboh penulis nak bgtau nak transfer duit tayar kete. 5 rat transfer ke bini untuk beli baju raya, belence penulis punya la.
Trade Mode
25.03.2023 14:30
Semalam penulis ada recce nak masuk trade. Set sell dekat $6.09 dan TP balik pada $5.96. Namun price tak kena tempat sell penulis, hanya naik sampai $6.08 tapi turun serendah $5.96.
So hari ni penulis nak masuk balik.
Now, kenapa hari ni nak masuk balik?
a. Daily dah confirm sell zone
b. Daily, price cucuk cucuk line ungu sma 200 dah 4 hari. Biasa kalau cucuk cucuk ni memang nak pecah.
c. Daily MACD dah bersilang, petanda nak turun ada.
d. Daily Heikin tengah merah tapi ni tade menda sengat sebab dah lama merah pun. Takut tetiba hijau lak lega. Namun bila tengok 3D, heikin baru nak merah dan candle kedua lebih panjang dari first.
e. Weekly, NAMPAK macam nak buat sell zone tapi tak confirm lagi. Ni kena tengok on Monday nanti.
Tengok 4H,
f. 4H dah pecah trendline 3 segi illuminati.
g. 4H macam ada line support area $5.96, so sini macam nak retest.
Hence, TP adalah di sini $5.96.
Tapi kalau berani, TP2 di $5.57 sebab sini buy zone daily.
Satu lagi benda, BTC dah gila panas. Dan kebarangkalian turun tinggi.
Ok kita masuk.
Ini panduan dari Upad.
Sementara menunggu, boleh layan sini. Baik punya interview.
26.03.2023 01:23
Semua DOT dah sell.
Sekarang dah set buy pada $5.60. Setakat hari ni la…. kut esok ubah fikiran tu biasalah. Yang penting nak protect capital.
26.03.2023 09:30
SL pada $5.97. So profit dalam 187 DOT. Semua profit dihantar ke ledger untuk tujuan staking
bersambung next week…