Trade Log : w14 2023

345 hari ke 13 Mac 2024.

Penulis dah sampai KL. Jauh beza betul puasa di KL berbanding Jakarta.

Sana selamba je isap rokok dan makan takde orang kisah. Rasa macam bukan negara islam dah Indonesia ni kalau nak compare Malaysia. Sini yang tak puasa sampai kena tangkaplah naik van mayat, paling islam dalam dunia kononnya.

Bila tanya orang Jak, puasa memang bebas begini ke? Oh, puasakan urusan sendiri dengan tuhan. Itukan hal masing-masing.

Begini gaya punya level paling tak judgemental dan paling respect privasi dan hak memasing, ternyata Indo lebih islam dari Malaysia.

Malaysia ni banyak yang nak jadi polis agama dan sibuk hal tepi kain orang, seolah-olah kubur esok jemaah ramai-ramai.

Trade Update

02.04.2023 18:47

Last week ada 1 trade, profit 327 Dot. 128 hantar stake manakala 244 pending sell untuk WD.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 13,707.

Kita dah masuk Q2, so motivation trade adalah untuk stake minimum 1200 polkadot dengan kiraaan kasar sebulan 400 polkadot. Selagi ini berjaya, maka tak perlu nak stake capital 20K polkadot.

Trade Reccee

Nampak ada peluang nak masuk,

Kenapa macam nak masuk? Based on 4H,

a. Signal RSI dah ada
b. Kedudukan price adalah belah atas upper BB
c. Kedudukan price adalah luar trendline, hence ada possibility untuk retest trendline dulu sebelum naik
d. Heikin hijau makin mengecil

Apa yang pending?

e. Tunggu confirmation MACD
f. Tunggu heikin tukar merah

Now, lagi kuat turun kalau pecah trendline 4H.

Now, tengok atas dia 1D,

a. Price hammer kebawah
b. Kedudukan price adalah belah atas upper BB, namun masih jauh dari upper BB
c. Kedudukan price adalah luar trendline, hence ada possibility untuk retest trendline dulu sebelum naik
d. Heikin hijau makin mengecil.

Apa yang kita harapkan?

e. Kalau tiba2 price turun break ema8 dan nak cuba main sekitar line ungu sma 200. Namun ada buy zone bawah tu so jangan harap sangat.

Now, tengok atas dia 3D,

Price reject mid BB nampak macam nak retest EMA8.

Kesimpulan,

Ada potensi nak turun tapi tak kuat.

So basically, kalau nak masuk, kena keluar cepat atau SL ketat. Tengok kul 8 ni canne.

Trade  Mode

02.04.2023 21:13

Penulis dah set sell pada $6.40. TP mid BB $6.26. Tapi tengok canne maybe ubah sell $6.35 itu tengok nanti.

03.04.2023 00:07

Dah sell pada $6.33.

Dah set buy pada $6.18. 2nd option $6.26.

03.04.2023 01:14

Price dah pecah trendline. Kemungkinan turun semakin tinggi. Next support penulis monitor adalah $6.27.

03.04.2023 10:15

Trade da close, buy pada avg $6.2443. Malam tadi price turun sampai $6.19, penulis set buy $6.18. Hence penulis ingat tak turun da sebab price naik balik. Penulis trail SL dan dapat buy pada $6.22 sikit.

Bagun pagi tengok price dekat $6.27, penulis set buy $6.25. Penulis kendian sambung tidur semula.

Last sekali price turun makan buy zone sampai $6.09. Ini yang dinamakan, rezeki ditentukan Allah.

So overall penulis profit dalam 276 Dot. Oklah tu. AlhamdulillahAllah protect dari masuk angin keluar asap atau lagi teruk rugi.

Memang ada perasaan tamak dan kalaulah…… yela… harga jatuh jauh beb. Tapi kena selalu ingat. Ini semua hasutan syaitan yang nak kabo ke kita agar jangan bersyukur sebaliknya timbulkan rasa tak puas hati.

Ingat. Hati kita nak trade ni kena sentiasa stable dan gi mampos dgn syaitan. Ada pulak dia yang lagi tahu kita patut dapat profit banyak ke sikit ke? Padahal ini semua kerja Allah. So, hati kena kuat dan rilex, sebab trade adalah long run game aka marathon untuk withdraw profit selamanya. Ini bukan short term sekali masuk terus nak kaya. Kena selalu ingat tu.

Kenapa penting stabilkan hati? Sebab ada conti untuk trade seterusnya. Ini tak ramai tahu.

BTW, Ini log trade.

Detail pembahagian harta perang nanti penulis tulis, sebab nak pergi BMW amik wife penulis. Kereta baru dia yang penulis beli langgar lubang, hence, nak tukar armshaft apabenda ntah kat bawah tu. Barang baru sampai….

Apapun, kita stake dulu….

04.04.2023 19:19

Sementara tunggu berbuka. Shorty n simpelir.

Profit nak WD tengah tunggu sell. Target area .24 line ungu 4H.

Area sama lebih kurang pada daily adalah upper BB.

In term of trading, penulis terhidu peluang namun tengah standby mode.

Ini 4H. Menanti signal RSI…

05.04.2023 10:16

Kalau menengokkan kedudukan price sekarang dalam trendline. Resistance adalah $6.70.

Kalau berani sell sekarang beli balik bawah, makan $0.10 (seposen)…. tapi high risk la. Option kedua tunggu kat $6.70, then rsi signal ada, tunggu confirmation baru sell to buy dippy.

06.04.2023 01:22

Price turun kaw-kaw. Agak terlepas peluang trade kali ni. Siang sibuk meeting kerja ofis, petang lak pergi shopping raya sampai malam. Takpelah, penulis tunggu next entry.

Tunggu dia naik semula area $6.50 then kita tengok canne.

06.04.2023 22:00

Price turun makan habis buy zone daily, now dalam cubaan nak masuk balik dalam trendline.

Sambil-sambil tu, ada satu surprise untuk semua pengguna macbook. Boleh layan video bawah ni.

Nak tau betul tak, boleh try sendiri.

07.04.2023 00:55

Penulis selalu gak layan video brader ni, dia agak licik dalam telahan eliot wave.

Now, video terbaru dia ada mention pasal long term target untuk Polkadot.

Now, elliot count dia berbeza dengan penulis, namun daripada dia :

a. Long Term Wave 3 – TP $85 – $104
b. Wave 5 – TP $135

Kalau betul Wave 5 $135, 33927 Dot Capital (staking 13K + trade capital 20K ) = RM20,610,652 bhaiii…… RM20 M…. Exit terus situ, 4% dari RM20M setahun, sebulan gaji RM66K….

Tapi kalau maintain staking, daily rewards 13 Polkadot, meaning sehari gaji RM7,897, sebulan RM236,925.

5 bulan keluar hat ni bhaiii….

Harap telahan kau benar bro…. AMIN.

07.04.2023 11:24

Penulis baru terperasan satu benda pagi ni. Now, kita tengok pada daily.

2 hari lepas, sell zone daily confirm rupanya.

Tiada tanda signal RSI namun MACD dah nak bersilang.

Bila penulis tengok detail balik,

a. Daily, semalam price closed bawah EMA8, hence petanda nak turun tinggi.
b. Price turun lagi makan habis buy zone daily terhampir.
c. Heikin merah makin membesar

Kalau daily, price closed bawah mid bb esok pagi ni hence, rasa nak mak jun tu benar.

Kemana dia nak pi?

a. Bumbung buy zone, minimum, $6.05
b. Lagi sedap, line ungu $5.92

Kita recheck macro.

3D, kalau confirm sell zone, cun. Ni kena tengok 8 hb pagi.

Tapi kalau tengok 3D trading view, dah confirm pun sell zone.

Naik lagi atas, weekly.

Candle weekly hammer kebawah, hence macam nak turun. Pastu bermain manja dengan EMA 8. Kedudukan price luar trendline, hence kemungkinan dia dia nak pegi test mid BB dan junam ke bawah atau breakout ke atas.

Heikin, hijau.

Trade Mode

KESIMPULAN

Penulis nak masuk trade ni tapi SL ketat. Sell area $6.30 dan TP $6.05 ke $5.91 kalau ada bran.

Harap ada untung, InsyaAllah kalau rezeki kita. Nak raya ni Boss…. banyak nak kena cover. Kelmarin beli baju bini sehelai je dah tujuh rat… tu baru baju kemeja dia…..

08.04.2023 14:38

Penulis dah sell semalam namun area penulis sell bukanlah area yang dirancang. Meaning, price tak naik situ so at the end penulis sell di $6.17.

Now penulis sedang melihat area untuk buy balik. Price sekarang naik $6.21 dan ini agak seram. So penulis kena make sure kat mana nak SL kalau benda tak ikut plan untuk elak damage lagi besar : Cut Loss.

Now kita tengok daily.

Nampak price pecah trandline seminggu dah namun biasa kalau pattern cenggini dia akan retest balik trendline tu, hence, penulis agak price akan turun ke $6 ke $5.95.

Now, lagi sedap kalau price test $5.91 line ungu SMA200.

Namun begitu, kat mana SL kita? Kalau price naik closed atas ema8 line kuning, then trade ni kita anggap tak berhasil. Kena alert area $6.26.

Buat sementara waktu, buy order di $5.97.

08.04.2023 23:44

Keadaan sekarang is either make or break.

So, price sama ada nak naik terus, atau turun dulu. Sangat meniti di titian sirratulmustaqim.

Now apa probability dia?

Daily, heikin, merah masih besar.

3D, semalam confirm sell zone.

So setakat ni penulis masih rasa yang price akan turun.

09.04.2023 00:15

4H, ada resistance kental pada $6.21. Price makin sempit.

09.04.2023 13:11

Semalam price jatuh paling bawah pada $6.09. Sekarang price naik balik tertinggi $6.23 dan ketika ini, price adalah pada paras $6.19.

Seakan price reject satu resistance yang sama namun membentuk lower yang semakin low.

Agak lama tunggu ini yang buat penulis rasa boring cam nak buy dulu kat bawah then masuk balik buat refresh trade. Esok dah isnin.

09.04.2023 16:13

Price gaya nak turun. 4H hammer thor menuju ke tanah yang dijanjikan. Sikit lagih nih… sesungguhnya penantian itu satu penyiksaangsss.

Ini daily.

10.04.2023 09:27

Penulis dah closed trade secara SL pada price $6.18. Rugi 107 Dot. Actually what happened is : price naik hingga $6.25 tu yang penulis serrr so deploy SL terus.

Namun begitu lepas buy balik, price turun semula.  Lega.

bersambung next week…