338 hari ke 13 Mac 2024.
Penulis last week balik kampung mak mertua. Malam ni last esok nak balik KL semula. Few days duduk kat kampung makan sedap sokmo rasa macam badan naik 3 kilo.
Now, minggu ni dan minggu depan sure sibuk gila nak berbuka sini sana sebab lagi 2 minggu lagi nak raya. Hence, expect phase agak sibuk secra social.
Apapun, shopping raya dah settle, hence bab tu tak yah nak risau sangat, namun yang nak risau ni nak cover balik duit shopping.
Trade Update
10.04.2023 23:36
Last week ada 1 trade, rugi 107 Dot. Price kena SL. Trade ni lama monitor namun tade rezeki. At one time patut dah closed tapi perasaan tamak nak kaut banyak sebab pressure nak cover duit raya tu menyebabkan last sekali Alexi Lalas.
Penulis dah SL pada $6.18. Buy sebelum tu pada $6.17. Namun price ketika ini turun balik $6.14. TP asal area $5.97 namun price turun paling jauh $6.09.
Apa yang penting, capital trade maintain area 20K.
Staking Salary Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 13,863. Kalau tade aral melintiang, May ni macam boleh cecah 14 K.
Crypto
Price ketika ini pada paras $1.15 T.
Now, sekali tengok, nampak price tengah retest resistance banyak kali hence kebarangkalian nak breakout ke atas tinggi.
Now, katalah shoot naik ke atas, apa jadi? Sama week 12,
- Tiada weekly sell zone di atas, hence, clear untuk market naik lagi.
- Paling dekat adalah monthly sell zone, $1.8 T – $2 T. Kalau benar, BTC anggaran $42K, DOT $10.
Namun begitu kalau gagal, agak jauh price boleh turun ke support trendline bawah tu. Apa expectation?
BTC $26.3K, DOT $5.98.
Ini daily. Punya banyak kali retest tapi tak lepas-lepas.
Now data AI,
Bullish Breakout 54.7%, Bearish Breakout 43.7%. Paras Bull adalah 58%. Namun petanda titik bullish belum muncul, mode masih titik bearish.
USD
Price ketika ini macam nak retest balik $102. Kalau confirm buy zone next week, kemungkinan BTC, Gold akan turun.
Gold
Price macam nak retest buy zone weekly terdekat. Tengok minggu depan adakah tiba2 sell zone pulak muncul. Take note sekarang ni tengah wave 3 so expect gold masih jauh lagi nak naik kalau wave 3 benar.
Apapun, long term 2363.
Now, berapa harga emas kat kedai?
Kalau check kat Habib,
50g – RM14,630
100g – RM29,100
1kg – RM290,790
Sepanjang penulis monitor harga emas jongkong di Habib, minggu 10, 1kg – RM273,600.
Bitcoin
Price macam ada satu resistance nak pergi tak pergi nak pergi tak pergi, sama macam crypto jugak.
Namun begitu, RSI dah panas, meaning signal nak turun dah ada. Confirmation MACD belum lagi.
Now, data AI, grade 73%, titik bullish dah keluar.
Support AI, 26.4K, resistance 42.8 K.
Polkadot
Next week kita nak tengok sama ada confirm ke tidak hidden sell zone.
Now, data AI, grade 73% titik bullish dah keluar. Meaning price nak naik. Kalau sell to buy dip memang kena getah.
Support AI tak keluo, tapi resistance 8.46.
Ok detail nak trade ke tidak minggu ni kita tengok esok. Dah malam nak tidur. Esok nak drive balik KL.
11.04.2023 21:43
Penulis dah sampai KL siang tadi. Now tengok2 price crypto spike gila babisssss…. rasa nak terima kasih kepada data AI kerana memberikan gambaran yang jelas untuk navigate dalam dunia crypto ni.
Seraya itu, polkadot juga naik harga.
Now ketika ini price adalah pada $6.42, telah naik $6.47. RSI telah panas, menanti confirmation untuk price turun dari MACD. Tapi kalau menengokkan keadaan, price masih extreme dan melangkaui upper BB meaning price nak naik lagi.
14.03.2023 00:55
Price polkadot semakin naik. Ketika ini $6.55, upper BB. Nampak macam reject. Tapi kita tengok dulu fakta lain sebelum nak sell buy dippy.
Tengok crypto.
4H RSI signal on, MACD confirmation belum.
Daily, signal on, MACD confirmation belum. Namun kalau esok candle close buy zone, itu cerita lain. Dan ketika ini juga, price extreme nak naik.
Kalau ikut AI, kuat nak breakout bearish, manakala TM grade melemah dari 37% 11 apr pergi 24% hari ni. Namun bull n bear naik dari 58% awal minggu ke 61% hari ini.
Kesimpulan setakat ni, macam nak naik lagi.
Manakala USD, makin turun. Next buy zone adalah paras 98.
Candle weekly yang kita tengok konon dia nak buat buy zone haram dah merah. Hence, USD melemah so ini memberi peluang kepada crypto untuk lebih kuat.
Kesimpulan setakat ni, belum sesuai nak trade untuk sell high buy dippy.
So, kemana price polkadot nak pi ni? Kalau ikut uptrend channel parallel ni mungkin $6.80 – $6.90.
Sementara melangut, kita layan interview dimana trader ni start dengan 2 grand (2K), selama 12 tahun dia buat 8 figure. 8 figure ni berapa? puluh juta brader….
14.03.2023 12:17
Price naik tinggi hingga ke $6.84, sekarang $6.82. Price sekarang bermain di bumbung trendline dan apa yang kita nak cari sekarang adakah terdapat penampakan nak melemahk ase.
Based on apa yang kita nak monitor semalam, basically price crypto confirm buy zone pagi tadi. Heikin masih panjang hijau, namun begitu signal RSI da panas.
In term of AI, signal market bullish baru keluar.
Bull meningkat 72% dari semalam 61%.
Manakala USD macam nak stop turun dan reversal. Signal dah ada, menanti confirmation.
Penulis tengah standby nak masuk. Takat ni dah set sell $6.94. Tengok canne sebab agak mix signal. Kalau on pun, buy dip tu cepat2 meaning amik sikit je.
Trade Mode
14.03.2023 22:08
Penulis dah sell pada $6.71.
Now penulis set nak buy balik area $6.50.
15.03.2023 00:21
4H, price dah closed bawah ema8. Mid BB pada ketika ini adalah $6.49.
15.03.2023 14:49
Price turun paling jauh pada paras $6.54, namun tak sampai kepada buy penulis iaitu $6.50. Lagi 4 sen. Dari sini, price naik $6.76, melebihi paras belian penulis iaitu $6.71.
Price sekarang bermain pada paras $6.66.
Now, penulis rasa next trade penulis kena ada strategi baru. Ini kerana rasanya dah 2-3 kali kena macam ni dimana, target terlampau jauh, last sekali price kilas belakang, lalu terasa seram dan last minute sama ada untung sikit atau rugi terus, walhal dalam satu masa, boleh. untung sedap.
Hence, penulis mebi akan main balik style lama iaitu trail stop loss. Plan penulis, kalau price dah profit lebih dari 10 sen, penulis akan set Stop Buy. Makin price turun, makin follow. Kalau price kilas belakang, penulis dah acquired profit daripada buang masa nak tunggu few more days itu pun kalau ada profit.
Dah lama trade ni kadang sifat tamak tu mula ada hence, kita kena ingat balik strategi lama kita yang bagi profit selalu. Konsep dia sikit2 lama-lama jadi bukit, bukannya sekali sebat kaya 300 tahun.
Now, berbalik pada trade ini. Penulis nak refresh trade dimana nak keluar dulu dan masuk balik kemudian. Penulis tengah sell pada $6.65. Ini dah dapat few percent. Now balance penulis buat Stop loss $6.685.
Kalau semua ni ok, final dot yang dapat adalah 20136… jadilah. Daripada takde.
Tapi kalau price turun lagi, penulis nak buy dekattt… demmmm… tengah tulis order fill. Dah kilas belakang dah pun. Ini dua2 trade order.
Basically profit 118 Dot. Patut boleh banyak sampai 900, tapi sebab tamak nak yang sikit lagi biar 1000, last sekali dapat paling sikit. Nasib baik tuhan maha pengasih lagi maha penyayang…….
So now trade profit kita send ke BSKG (Bank Simpanan Kampung Budu) a.k.a Ledger X.
16.03.2023 13:22
4H nampak ada peluang nak masuk. Walaupun RSI signal tade, MACD macam dah confirm + few hours before sell zone confirm. Cuma price sekarang tengah naik retest dan cerita dia sama ada dia break, atau dia reject dan turun.
Nampak macam ada satu line resistance dan line macam ni memang selalu ada dalam Polkadot.
Risk dia adalah cuma price tak betul2 dekat dengan upper BB. Heikin mode dah merah 2 bar. Kita tengok timeframe atas canne.
Daily, price hammer ke atas meaning macam nak naik. Cuma candle tengah merah, bukan hijau. Signal RSI nak turun ada sikitttt, confirmation belum. Heikin mode, masih hijau.
Weekly going strong, next monday kita nak tengok dia comfirm buy zone tidak. Kalau confirm, meaning price nak naik so kalau nak masuk trade buy dip, kena exit cepat jangan hold lama.
AI grade 74%. Masalahnya last time tak check la pulak berapa. Dem.
Kita tengok Bitcoin.
4H, price dah confirm sell zone few hours ago. Currently semua price lepas tu reject EMA 8, meaning nak turun tinggi.
Daily, confirm sell zone, tapi nampak macam price nak naik kejap retest sebab candle hammer pacak.
Weekly, price reject upper BB.
Tengok USD.
4H, price tengah naik dan dah melepasi EMA 8 dan mid BB. Heikin mode tengah hijau nak membersar.
Daily, macam nak confirm buy zone.
Kesimpulan
Hari ni hari ahad, penulis sebenarnya tengah siap-siap nak keluar pergi shopping last baju raya bini. Basically baju anak-anak, anak sedara, mak abah, mak mertua, mak mertua bapak mertua adik ipar, semua dah kowtim.
Last year penulis spend dalam 17K untuk raya. This year turun sikit maybe 12K.
Anyway, penulis rasa nak masuk trade ni. Tapi sebab terkini, lepas habis analysis ni price dah makan sell zone, so penulis nak masuk secara set sell kat atas terus dengan tactical, price akan reject dan turun selepas hit sell order. Separuh lagi kita letak sebagai SL.
Meaning penulis bahagi dua capital penulis.
First, Sell Limit $6.85, TP $6.75.
Tapi masalahnya demmmm… penulis tersilap masuk trade. Penulis terbuat Sell Stop Loss pulak dan order terus on pada $6.81. LEGA
First time dalam kerjaya trade secara serius selama setahun lebih, silap masuk order. Yesslah!. Nampak level rabun dah kronik ni. Kena pakai monitor besar dah ni.
So kita set buy terus tanpa buang masa. Marah punya pasal kita set buy $6.70
Satu lagi start saat ni kita kena make sure review order tu 2x sebelum click confirmato.
Satu order lagi, Sell Limit $6.90. Hat ni tak harap sangat la tapi letak dulu sebab sat lagi nak keluo shopping. Tak harap tu bukan tak harap profit. Tak harap kena tapi kalau kena nak profit la bossku.
16.03.2023 23:13
Trade dah setel alhamdulilah. Sell pada $6.81, buy pada $6.70.
Profit dalam 136 Dot. Kalau ikut harga semasa, dalam RM4K lebih kurang.
Now, capital 20K, penulis stake balik ….
dan profit seperti biasa akan dihantar ke BSKG (Bank Simpanan Kampung Budu) a.k.a Ledger X.
Kampung Budu kat mana? Ni video :
Nano lak ape kebenda? Ni gambar. Pacak bossku pacakkk……….
bersambung next week…