Trade Log : w24 2023

275 hari ke 13 Mac 2024.

Semalam tengok Ranger Raptor di Bukit Jalil. Basically Raptor ni ada dua varian, satu 3.0 V6 Petrol dan satu lagi 2.0 Bi Turbo Diesel. Penulis test drive kedua-duanya. Beza harga adalah RM11K, namun kena take consideration road tax dan servicing maintaining.

Kalau amik yang 2.0, harga dalam RM250K, kalau dp RM100K, bulan2 jadi RM1.8K.

RM1.8K ni covert USD jadi $390 dan kalau DOT = $5, basically 78 DOT.

Maksudnya sebulan kena trade lebih 78 DOT kalau nak cover kos kereta, dimana at the end of the day, bayar kereta cuma RM100K duit sendiri, lain semua pakai duit trade.

Opt 2, bayar RM50K dp, hence monthly jadi RM 2.4K, maka convert USD, $522 dan kalau DOT = $5, basically 104 DOT.

Opt 2 ni, balance RM50K terus beli DOT, dapat dalam 2427 DOT, kalau stake, setahun generate balik 340 DOT baru which is lebih kurang 3 bulan setengah discount trade profit untuk bayar bulan.

Opt 2 beli kereta lebih murah RM50K, dan bayar bulan dapat discount 340 DOT selama 3 bulan setengah. Hence option 2 lebih baik.

Tapi last sekali tak kiralah nak kira macam mana pun yang penting dua benda, pertama aktiviti trade kena teruskan takleh stop dan kedua apa pun booking sudah letak untuk kereta baru (nak tunggu tesla cybertruck lama sangat).

Ok ini video inspo minggu ini bagaimana nak maintain consistency dalam trading bak hang.

Now, key take out adalah :

  • Trade adalah satu benda yang susah, tapi boleh buat kalau belajar, dan grow
  • Sampai satu ketika dia boleh buat kita question adakah apa yang kita buat ni betul atau kita ni bodo brenti kerja
  • Hence, fokus pada process, rather than result
  • Meditation adalah satu amalan trader

13.06.2023 23:39

Trade Update

Last week ada 3 trade. Trade allowance dapur, settled. Trade tetiba sebab breakout, settled. Trade hujung minggu masih float.

2 sedap, 1 debor.

1 yang debor tu rasa nak kena cut loss, kita tengok minggu ni accane.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 15,008 compare last week, 14,957. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, finally dah masuk 15K DOT punya level.

Now, modal 10K dah bawak masuk balik ke Kraken, hence 15K ini adalah capital stake yang bersih.

Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2104, daripada 345,209 hodlers, masih top 0.61%. Naik 0.01%.

Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 15,913 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 923. Overall minggu ni jarak rapat sikit.

Crypto

Price ketika ini adalah pada paras $1.092T, turun berbanding last week $1.13 T.

Seperti yang penulis tulis last week kemungkinan untuk price retest line ungu, ya ia telah retest line keramat ini.

Mengikut calculator penulis, kalau price cecah line ungu tu,

Bitcoin – $25.3 K
Polkadot – $4.90

Ketika ini,

Bitcoin – $25.7 K
Polkadot – $4.66

Meaning, calculator penulis ada sikit lari dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Basically kena selalu update coin supply dan coin dominance sebab hat tu ada yang tarik pakai api, ada pulak yang kena manual esp. DOT.

Now, apa yang kita nak tengok this week?

Price nampak macam nak turun lagi test support uptrend. Kalau closed bawah tu, ada harapan turun lagi jauh.

Heikin ketika ini tengah stim kuat merah. Belum ada tanda nak ubah arah langsung.

Kita tengok AI.

Last check adalah 19% ujung last week. Sekarang 13%. Makin drop.

TM grade turun ke 2.9% compared last week 9.8%. Gila rendah bai.

Kesimpulan

Market nampak macam nak turun lagi. Hujung bulan ni kita tengok Monthly chart sama ada confirm sell zone atau tak. Setakat ni tengah 50-50.

Trade Update

Sebelum penulis nak tengok untuk cut loss trade last week, penulis nak transfer balik BTC dari ledger ke Kraken untuk sell itu 1.9 BTC bagi mendapatkan semula set pertama 10K DOT sebab nampak boleh profit 1000 lebih DOT. Macam yang penulis tulis last week.

Now, nak transss 1.9 BTC ni memang agak seram bukan sikit2. Anyway, tips transfer, transfer kecik dulu dah ok baru transfer besar. Sebagai contoh, transfer 0.0008 dulu dah ok baru buat kali kedua.

Ok kita tunggu. Bila nampak confirming tu kita lega-lah.

Now BTC dah sampai. Sekarang penulis nak set buy pada .17. Take note ini akan berubah ikut keadaan, hence penulis letak dulu.

Ini chart. Target dekat support bawah tu, 4H.

16.06.2023 00:45

Trade hujung minggu last week dah close. Profit dalam 199 DOT. Net, 192. Alhamdulillah.

Ini graph, hari ni price turun mendadak dangdut.

So capital 10K seperti biasa penulis stake, balance set sell $5 dulu.

Now pending satu lagi trade dimana BTC nak tukar DOT. Semakin hampir pelanduk nak masuk jerat, namun awas dilarang senyum awal.

16.06.2023 12:25

Price turun paling dekat dengan order penulis iaitu .1722.

Basically perasaan dia cam jinak-jinak merpati. Datang dekat pastu lari.

So sekarang penulis nak decide sama ada nak beli je terus area ni atau tunggu lagi. Mari kita kaji.

First, tengok market crypto. Apa yang kita nak tahu adakah ia makin kuat, atau makin lemau.

Kita tengok chart.

Weekly Heikin masih kuat. Belum ada tanda reversal.

Weekly tgh reject trendline uppertrend. Kalau dia pecah trendline, close bawah tu, petanda nak turun kuat. Setakat ni belum ada petanda nak turun. Nampak momentum market nak turun tu macam terhenti sebab compare last week punya candle, batang ni pendek skit.

Daily signal nak naik dah ada, confirmation nak naik, belum.

4H, signal naik on, confirmation on, pecah atas ema8 on, basically market nak naik. Buy zone hidden pun ada, kalau retest pun maybe turun .1061

Kesimpulan dia, risky nak tunggu sebab ada potensi market nak naik da.

Kita go specific chart DOTBTC.

Weekly, candle thor tala bumi. Ada mungkin nak turun lagi. Namun signal nak naik on, confrimation belum.

Heikin masih kuat, belum nak curang.

Daily, signal naik on, confirmation belum. Daily ada sell zone.

Daily heikin, strong ke bawah.

4H, signal nak naik ada sikitttttttt je hence macam tak kuat nak kata on. Comfirmation jauh sekali. Macam ada potensi nak buat sell zone tapi masih terlalu awal.

Heikin makin lemau.

Tambah satu chart lagi. DOT dominance. Nampak macam nak turun hence, kalau dominance turun, price DOT against BTC turun.

Manakala Bitcoin Dominance baru breakout. Hence sama ada terus naik, atau turun balik kejap retest.

Tgk USD. USD nak turun.

Kesimpulan

USD nak turun means BTC nak naik. Itu pasal BTC dominance ada breakout. Ini menyebabkan dominance DOT turun. So price DOT vs BTC, macam nak turun.

So kita stay order dan tunggu.

17.06.2023 01:25

Pelanduk kena perangkap. Trade dah closed. Alhamdulillah. Profit 1216 Dot, nett adalah 1000 dan ini akan dihantar ke capital stake. Balance WD nak top up service kete etc.

Price ketika ini .168

So, next trade adalah nak sell untuk WD, jumlah profit dari dua trade adalah 399 DOT. Target $4.6

Sementara itu, capital 20K + 1K profit penulis stake dulu. Rasa macam 1K ni nak send ke wallet baru untuk test vault polkadot sebab nak alih semua dari ledger ke sini. Ni mau makan masa skit nak setup dan trasfer.

bersambung…