Trade Log : w27 2023

254 hari ke 13 Mac 2024.

Last week balik beraya di kampung. Now hari ni Sabtu penulis dah sampai KL balik. Balik awai tanak tempuh jem. Jem la ni gilababi. Sama ada nak balik kampung penulis, mahupun isteri, dua-dua macam lahanuts. Kami pernah kena jem sampai 18 jam dulu. Sejak dari tu, penulis bersumpah atas nama tuhan subuh pagi siang petang malam dan larut malam, akan balik kampung awal dan balik KL semula awal atau lewat dari orang lain. Kira time travel kita tak sama terus senang.

Now ini video inspo untuk minggu ini. Basically pasal mengubah perspective atau upgrade mindset.

Trade Update

Last week ada 2 trade, 2-2 dah close and profit. Settel. So minggu ni fokus trade baru.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 15,149 compare last week, 15,108 .

Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2101, daripada 344,268 hodlers, masih top 0.61%.

Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 16,065 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 916.

Polkadot Update

Ini adalah keynote utama Polkadot Decoded dari founder Dr. Gavin Wood. Rambut dah macam wizard, perut macam dah buncit.

Boleh layan, basically agak technical.

Kraken Update

Untuk Kraken, mahkamah US arah Kraken untuk bagi info atau list mereka yang transaction $20K setahun. Basicallay, berita cam ni buat orang gerun nak trade kat Kraken baik pergi Binance.

Namun kita kat Malaysia tadehal sebab kita bukan duduk kat US. Tapi kalau $20K setahun, rasa cam penulis mau kena. WD USD + DOT dah lebih $20K untuk 6 bulan ni.

Baca sini.

Ledger Update

Ledger baru launch trading opportunity untuk institutional. Haa nampak tak pasaipa depa announce seed punya recovery service baru ni.

Basically dia bukan buat exchange trade tapi cara nak trade untuk institutional guna ledger melalui API etc. Agak kompleks untuk kita trade harian, tapi ini memberikan lebih control dan mitigate risk, guna Ledger.

Kalau anda ada cita-cita nak jadi fund manager ini mungkin salah satu cara.

Baca sini untuk berita

Baca sini untuk press release, atau pergi sini kalau anda institutional dan nak mula trade.

Trade Update

Now, price DOT agak mencanak hari ni, otw balik dari kampung ke KL, penulis ada masuk trade sell $5.19 nak buy $5.11.

Masa berhenti kat RNR penulis gatai tukar buy kat $5.06. Sampai KL penulis tidur sebab penulis drive subuh tadi pukul 4 pagi nak elak jem. Anyway sekarang price float di $5.30.

Penulis baru unstake satu set 10K capital lagi, yang ni tengah nak sell jugak tapi tengah tengok kat mana. Kalau price tak turun area $5.11 balik, atleast boleh break even guna trade ni untuk protect capital.

02.07.2023 08:56

Nampak ada peluang nak masuk. RSI dah ON menunggu MACD di 4H.

Manakala 4H USD pula begini :

Price nampak berhenti macam kat satu support dan membayangkan nak reversal. Namun heikin belum ada kepastian.

Daily pun tak pasti. One side macam reject ema 8 hence nak naik + reject buy zone sebelum (crypto turun), tapi one side macam nak buat sell zone hence nak turun (crypto naik).

02.07.2023 14:08

MACD masih belum buat confirmation lagi.

2H dah confirm.

Ini pulak daily.

Ini crypto. Macam dah max ada resistance kat atas tu tak leh pergi dah. Sell zone da confirm on 4H.

2H confirm turun.

Daily crypto, menanti confirmation untuk turun dari MACD.

Penulis nak masuk sekarang. Penulis order sell $5.29, TP dekat $5.12 sebab situ ema 8 dan daily akan test situ paling dekat.

So kalau on ni, ada dua trade.

Sell $5.26 TP $5.09
Sell $5.19 TP $5.09

02.07.2023 18:58

MACD telah membuat confirmation, price dijangka turun. Order diubah dari $5.29 kepada $5.26

02.07.2023 19:55

Trade kedua penulis dah on. DOT dijual pada harga $5.26.

So sekarang ada dua trade floating. TP mungkin $5.00 tengok acaane nanti.

Minggu 27 ni penulis nak setup wallet polkadot baru dimana hardware wallet menggunakan iPhone lama. Tujuan dia adalah nak alih semua capital DOT yang ada dalam ledger kedalam wallet baru ini. Hence, ledger adalah hanya untuk simpan Bitcoin dan Ethereum, manakala DOT tempat lain.  Ini adalah kerana baru-baru ni isu Ledger selain daripada isu risk migitation.

Boleh baca sini.

03.07.2023 18:16

Harga naik setinggi $5.62. Bapak jauh. Nampaknya terkena kita dengan game whale. Basically penulis masuk satu lagi trade jual di $5.57, namun modal DOT tak banyak cuma 1234 DOT. Ini adalah profit trade yang tengah stake sebenarnya.

Hence, penulis ada 3 floating trade.

1234 DOT – Sell $5.57 TP $5.09
10K DOT – Sell $5.26 TP $5.00
10K DOT – Sell $5.19 TP $5.00

Kat mana nak TP ni?

First bumbung buy zone daily, lagi dua atas sikit dari mid BB daily. HARAP KENA.

Now, sejauh mana penurunan ini adalah satu kebenaran?

USD daily, price kalau closed atas EMA8, MID BB dan EMA21, agak kuat confluence USD nak naik. Tapi ini esok pagi punya confirmation kita tunggu. Ada line hijau MA200 kat atas tu harap USD touch situ segera bagi memberi laluan kepada penurunan crypto.

03.07.2023 18:57

S&P 500

S&P ada negative divergence dimana price menaik tapi macd menurun, serta tengah overbought. Hence, ini biasanya petanda price nak junam. Apapun,

a. Untuk terus bull, kena maintain atas 4166 – 4103
b. Kita masih dalam wave 3 so expected pullback wave 4
c. Pullback mebi ke 21 ema (4339), 34 ema
d. Resistance sekarang kalau extend adalah 4481-4508 atau paling jauh 4534
e. Kemungkinan ke resistance tinggi kalau masih atas 4400, pecah kebawah, meaning pullback ON

Gold

Gold tengah dalam correction, masih belum bottom, namun masih long term bullish.

Gold EW count micro adalah 2 pergi 3. Wave 3 belum habis lagi. Macro, wave 4 nak pergi 5. End wave 5 : 2370 – 2470

a. Untuk resume bull, kena break 1986 dan maintain atas 1900. Petanda awal resume bull kalau break 1973, atau lagi bawah 1937.

b. Kalau pecah 1900 – 1880, jual semua gold sebab dah start bear.

Bagi harga gold, turun dari last week,

50g – RM14,870
100g – RM29,570
1kg – RM295,580

Sepanjang penulis monitor harga emas jongkong di Habib, minggu 10, 1kg – RM273,600.

BITCOIN

Bitcoin EW count Macro sekarang adalah 2 nak pergi 3.

Manakala micro, 2 pergi 3, 3 ni belum lagi, ending wave 3 adalah $39K-$43K, expected by July – Aug.

a. Bitcoin menanti pullback kecil.Pullback kecil ni mebi ke 21 ema (29,324) atau 34 ema.

b. Namun sebab price ada turun kejap ke 29,368 hence tak berapa clear dah pullback dan akan naik, atau akan turun lagi retest 21 ema, 29,200 – 28070.

c. So, kalau masih below 31277, ada harapan ke bawah instead ke atas, melainkan closed atas, hence pullback dah setel. Kalau pecah atas 31277, so maybe ke 32K – 33.5K.

d. Pullback besar adalah area $39K – $43K. $39K adalah critical resistance sebab situ fibo 61.8% manakala $43K adalah fibo 1.6.

e. Atas dari sekarang ada 2 level, $32K dan $36K.

f. Apapun kena maintain atas $27100 – $24750 untuk terus bullish. Pecah ni cite lain pulak.

04.07.2023 12:59

Pagi tadi masa tidur penulis cam terjaga kejap dan penulis close satu trade.

1234 DOT – Sell $5.57 TP $5.40 DONE Profit 37 DOT

So balance dua masih pending.

OK, now apa yang penulis tengah monitor.

Pertama,

DOT, daily, penulis tunggu confirmation turun dari MACD. Candle semalam agak thor so macam tak kuat dah nak canak lagi.

First nak tengok dia test EMA8 line kuning. Kalau closed bawah,

Second, nak tengok dia test bumbung buy zone daily. Basically TP penulis untuk 2 trade balance adalah atas sikit MID BB daily.

Untuk ini berlaku, weekly mestilah reject MID BB dan closed bawah EMA8. Bumbung buy zone weekly $5.32

Yang seramnya weekly heikin masih kuat hijau.

Kalau zoom 4H, price nampak macam nak menguncup BB dia. Price tengah flirt EMA8 tatau nak naik ke turun. Apapun dah ada sell zone kat atas dan harap ini menghalang price dari naik.

Melihat kepada USD, ada good news dimana daily, closed atas 3 confluence yang penulis tulis sebelum ni, hence USD nak naik, crypto nak kena turun.

Kesimpulan, rasa yakin DOT akan turun lagi ni.

On the other notes, BTC ada retest 31277 namun tak closed atas lagi. Hence, direction price masih lagi kebawah untuk crypto.

Setakat ini, bumbung buy zone crypto adalah pada $1.15 T dan harap price restest sini. Kalau ON, DOT boleh pergi $4.98 mengikut calculator penulis.

05.07.2023 12:59

Price semakin turun. Namun masih terlalu awal nak nyanyi lagu dia datang dengan lengang lenggok-nya….

Ini daily. MACD sikit lagi nak confirm turun.

So kita tunggu…. tengok USD nak naik ni.

07.07.2023 01:23

Ini keadaan price sekarang. Price turun serendah $5.05 namun belum kena order penulis.

So now penulis masih dalam mode menunggu. Order buy pada $5.02.

Penulis yakin yang order akan kena kerana pertama, daily MACD baru confirm price akan turun.

Manakala Heikin daily, masih kuat merah. Batang belum mengecil maka nak reversal trend macam jauh lagi.

USD 4H ada buy zone, hence USD akan naik lagi.

Now. Ini pula cerita lain.

Tak ingat penulis ada cakap pasal ni ke tidak, tapi penulis tengah setup wallet baru apps Polkadot Vault bagi menggantikan Ledger.

Penulis nak diversify capital fund, hanya BTC dan ETH dalam Ledger manakala DOT, semua alih ke dalam Polkadot Vault.

Polkadot Vault ada airgap, cold, tidak ada connection dengan internet.

Penulis dah setel setup dan sekarang dalam fasa test staking dengan Polkadot Staking Dashboard. So far so good. Kalau semua berjalan lancar, penulis akan unstake semua di Ledger dan pindah semua ke Polkadot Vault.

Ini screenshot account.

Ini dari polkadot staking dashboard.

Untuk urusan transfer etc, guna polkadot.js

Penulis harap boleh setel confirm style ini solid by bulan July agar August penulis boleh slow2 alih semua fund DOT dari ledger.

07.07.2023 14:17

Semalam price turun paling jauh $4.98. Penulis asalnya set order dekat $5 tapi kendian tukar ke $5.02. Oklah tu, tak jauh mana pun. So trade minggu ni dah setel semua. Capital penulis on balik, maintain 20K DOT. Profit semalam adalah gross 796, nett 780 DOT. Estimate WD (kalau semua la) dalam RM18K. Alhamdulilah…….

Boleh settle credit card hari tu beli handbag baru untuk mak mertua penulis + iPhone 13 baru untuk buat wallet Polkadot Vault.

Now kita tengok ke mana pulak price nak pergi.

2H dah confirm nak reversal manakala 4H menunggu masa untuk confirm. Signal da ada.

Now, penulis mungkin set nak sell profit area EMA 8. Tengok canne. Sebelum apa2 nak decide, penulis stake dulu.

Ok ini order.

bersambung…