Trade Log : w32 2023 – 219 hari ke 13 Mac 2024

Petang sikit penulis update semua. Nak keluo ngan bini nak gi tengok MI Dead Rekonek eh Reconning.

219 hari ke 13 Mac 2024.

19 hari lagi genap 200 hari. Agak berdebar. 19 hari ni dalam 2 minggu lebih nak ke 3 minggu. Ok. Sebelum apa2, MI memang tak menghampakan. Selamba menganjing James Bond.

Seperti yang dirancang, last week penulis dah jumpa tax agent. Banyak benda penulis belajar, in fact, ada benda yang penulis ingat macam tu, rupanya macam ini.

Anyway, stage 1 – gather info settle, masuk stage 2 adalah untuk draft simulation. Itu tengok minggu ni macam mana.

So kita sambung minggu ini dengan perkembangan trade kita.

Trade Update

Last week nak ujung-ujung penulis ada masuk, so sekarang pending nak buy balik.

Sekarang pending buy pada $4.90, target area adalah 4H buy zone.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 17,180 compare last week, 17,129.

Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1960, berbanding last week 1964, meaning naik 4 tangga, daripada 347,584 hodlers, meningkat dari top 0.57% kepada 0.56%.

Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 35,956 dimana penulis short 18,806 DOT.

Berbanding last week, kedudukan #999 ni dalam 36K, hence, nampak macam ada fish jual DOT banyak tetiba.

Staking Fund Relocation

Masih belum selesai unbond 4,271 DOT dari ledger dan sekarang masih lagi menunggu masa untuk asset ni bebas boleh transfer.

Lagi 16 hari baru setel. Meaning, by end of this month sebelum masuk bulan 9, first transfer akan setel.

Bitcoin Update

Akan diupdate kemudian.

Ledger Update

Ada satu kes baru dimana XRP kena hack dari ledger. Namun statement official ledger belum keluar.

Penulis akan cuba ikuti kes ni kalau betul, agak bahaya Ledger.

Polkadot Vault Update

Ini berita lama, namun baru update sebab baru buh segmen ni. Disebabkan isu Ledger, mostly yang simpan DOT dan pindah ke Polkadot Vault, termasuklah penulis.

Kraken Update

Ni dah 2 minggu lepas. Lupa nak tulis. Last year bulan 6, mangkuk Craig ni threaten nak saman Kraken. So sebab kan itu, penulis withdraw semua Dot dan stop trade. At the of the day, tade menda pun. Namun ini ada update tentang kes dia. Basically, hakim kata kalau nak proceed kes againts Kraken, hang buh dulu deposit. Kalau tak, boleh blah. Basically judge rasa kes ni buang masa, pastu pulak Craig ni scammer.

Polkadot, P2P Update

Tiada update signifikan.

Trade Analysis

USD

Dari segi weekly, nampak makin kuat nak naik.

Ini adalah kerana,

  • Price dah close atas weekly EMA8
  • Price sedang nak pecah weekly MID BB
  • Kalau pecah, next adalah weekly EMA21
  • Resistance sell zone area 103.19
  • Heikin weekly tengah hijau, steady

In term of daily,

  • Price dah belah atas upper BB
  • Price reject daily ema8
  • Ada kemungkinan nak test line hijau MA200
  • Namun, heikin dah merah

Kesimpulan USD, minggu ni kemungkinan nak naik lagi, tapi expect short term turun jap so mebi sideway sikit sebelum naik terus.

Petanda kuat naik kalau break trending channel daily, maka crypto minggu ni dijangka akan turun.

Trade Update 08.08.2023 00:16

Price mak jun melebihi target penulis.

So kedua trade dah closed.

Ini status terkini 20K DOT.

Now, penulis akan WD 219 DOT untuk masuk stake dalam Vault serta terus stake. Sekarang ni daily rewards bagi kesemua wallet sekitar 7 compare sebelum ni 9-10. Ini adalah kerana 4K lebih tengah unbonding tak gerak tidur.

Apapun, baru penulis perasaan, profit trade + kraken stake total 219. Lagi 219 hari nak berhenti kerja. Apakah ini satu petanda????

08.08.2023 02:42

Sempena 219 hari lagi dan 219 trade profit pada minggu ini, penulis dapat ilham untuk visualisekan perjalanan mengumpul profit dari trade agar sama dengan jumlah capital trade sedia ada. Dan apabila profit 219 ni, jumlah percentage profit trade yang telah distake adalah sekitar 5,258 atau bersamaan 26.29%, melepasi garis 25%.

So basically, stage pertama adalah 20K. Ultimate long term adalah 219K DOT which is 10.95X kali ganda dari modal 20K DOT sedia ada. Tengok boleh setel dalam masa 10 tahun tak. Tiada yang mustahil.

09.08.2023 00:11

Penulis baru masuk satu trade risky dimana sell 5K DOT (25% dari capitano) sell pada $5.02 dan TP pada $4.94, lantai buy zone 4H.

Risky adalah kerana daily ada potential nak breakout.

10.08.2023 04:36

Setakat ini, penulis dah ada dua trade tengah on.  Satu sell $5.06, satu lagi $5.02. Total capital adalah 50%, which is 10K DOT.

Now tengok graph jap.

4H, nampak macam nak turun sebab dah close EMA8 kuning. Kalau pukul 8 pagi closed bawah mid bb, lagi cerah nak turun. MACD pulak nak confirm turun walaupun signal RSI tiada.

Kalau ikut trendline, boleh pergi $4.88. Namun kena tembus 2 buy zone dulu.

Heikin tengah kuat merah.

Daily, MACD macam nak naik pulak, tapi candle tengah merah, macam nak test buy zone $4.99 – $4.96. Trendline, paling jauh boleh pi $4.84.

USD, 4H price reject EMA8 so ada kekuatan disitu untuk naik. Ada can DOT turun gini gaye.

USD, Daily, candle thor nak naik gaks. Macam nak test MA200 line hijau.

So kita tengok canne.

10.08.2023 22:25

USD 4H, macam nak naik sebab candle reject kuat lower BB, hence DOT mesti turun.

Namun mebi take time sebb USD 4H heikin, merah kuat.

Esok pagi kita tengok USD daily, closed atas atau bawah EMA8 kuning. Kalau close bawah, meaning daily USD nak turun so kita kena keluar dan closed trade kita. Bahaya.

Kalau USD turun, DOT naik.

DOT pulak sekarang kalau daily, MACD confirm nak naik.

Namun begitu, daily Heikin macam dah tak kuat dan indecision.

11.08.2023 13:13

USD Daily, tak closed bawah EMA8. Malah candle sebelum reject jauh naik atas. Price naik.

Tengok DOT daily, in term of MACD, macam flat, atau tak naik la. Namun yang clear adalah, candle closed bawah EMA8, hence kuat nak turun.

Heikin daily dah mula merah.

Kalau tengok crypto, macam nak turun. Esok kita tengok sama ada price closed bawah EMA8 ke tidak.

13.08.2023 12:40

USD Daily, berbanding semalam, hari ni naik dan closed lebih tinggi. Hari ni dah cecah trendline atas. Semalam confirm buy zone.

Price menuju line hijau MA 200 di bahagian atas.

Heikin daily, going green strong.

Heiking 4H, going strong.

Biasanya bila USD naik crypto akan turun.

Tengok crypto.

Kalau tengok pattern, memang turun namun tiba-tiba macam hilang momentum turun, cuba melawan nak naik, tapi tak lepas. Semalam macam nak confirm buy zone namun tak jadi, tapi, kebiasaannya patut crypto buat confirm sell zone. Bukan buy zone.

Price tengah struggle nak closed bawah EMA8, setakat ni 50-50.

Apapun, adakah price menuju line hijau MA200 belah bawah?

Heikin daily masih merah namun melembik.

Heikin 4H, baru nak merah.

OK now, tengok DOT.

Daily, MACD confirmation nak naik dah ada. Price cuba tembus atas EMA 8, namun belum berjaya. So probability ke bawah.

Kalau esok closed bawah EMA 8 sedap. Price 2-3 hari ni dah turun, tapi fight nak naik, esok result tengok. berjaya ke fight atau tak.

Ini screenshot Kraken Pro. Price boleh turun sejauh trendline bawah tu.

Namun daily heikin, macam menguat, nampak follow USD (patutnya tak).

Tengokk 4H.

First sekali, momentum price, nampak melemah. Dia macam dah sampai atas pastu tade follow up nak pergi atas lagi. Macam ada resistance.

Kedua, kalau pukul 4 petang karang candle closed $5.023, meaning hidden sell zone, so petanda nak turun tinggi.

Lagi tinggi nak turun, kalau closed bawah EMA8.

Lagi tinggi nak turun, kalau MACD bersilang.

Heikin 4H dan menunjukkan tanda kelemahan dan makin nak turun, cuma belum berubah arah lagi.

Ini weekly, untuk rujukan trendline.

Ini pula weekly heikin. Going strong in red.

So, dengan data terbaru ni, penulis carry on floating dan tunggu price turun untuk beli balik. Penulis mungkin masuk lagi satu trade the last 25% yang penulis ada.

Ini ramalan Upad.

bersambung…