W35
198 hari ke 13 Mac 2024.
Urusan penulis dengan partner penulis last week dah setel. Basically kami discuss macam mana nak achieved target untuk tahun ini kerana sehingga bulan august, growth cuma 29% instead of 54% target.
Banyak penulis belajar dari partner baru penulis ni, maka banyaklah juga penulis apply dalam trade penulis.
Kebijaksanaan adalah bukan menyelesaikan satu perkara, tetapi menyelesaikan banyak hal melalui pengalaman yang pelbagai.
Now, minggu ini, video inspirasi adalah lawatan ke kilang Porsche di Germany. SIla fokus pada kereta, bukan tetek awek tu.
Trade Update
2 trade pending dari w33 dah closed dengan profit 222.
Now pending closed 3 trade dari w34 yang masih menanti untuk buy semula.
Daripada 20K modal DOT, 75% sedang floating.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 17,847 compare last week, 17,795. Naik 0.29%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1914, berbanding last week 1924, meaning turun kebelakang 10 tangga, daripada 348,233 fish hodlers, namun maintain kedudukan top 0.55%.
1553 fish wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1,145,121 berbanding last week, 1,142,704. Overall, 2417 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 36,760 dimana penulis short 18,913 DOT.
Ini adalah data staking dari 2 account, Ledger dan Vault.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem.
Staking Fund Relocation
Unbond 4,271 DOT dari ledger telah selesai, telah dihantar ke Vault, itu sebab kalau perasaan balance Ledger telah berkurang kepada 10K, manakala Vault 7K.
Minggu ini penulis akan deploy unbond set kedua Polkadot di Ledger, kemungkinan unbond dalam 5432 DOT. Ini gambaran detail, rujuk font kuning. Kiraan agak kompleks sikit sebab mengambil kira coin yang rugi zaman jahiliah dulu.
Basically, komposisi wallet adalah seperti berikut, 18% dah ada dalam Vault, tinggal 28% lagi staging di Ledger sebelum nak pindah semua.
Trade Update 28.08.2023 17:25
Price dah mula turun. Paling rendah dah $4.471.
Heikin 4H pun tengah panjiang.
Rasa macam nak amik dulu profit sebab ni dah nak ujung bulan, so penulis set order pada $4.42 dulu. Refresh trade.
Trade Update 28.08.2023 23:30
Price tiba2 kilas belakang naik mendadak dangdut melangkaui segala pemerhatian penulis. Ada buat buy zone baru area $4.77. Kalau nak SL, sini la area dia, ada la untung sikit.
Heikin 4H berubah tanpa amaran. Terpaling lega. Nyesal pulak tak buat SL buy tadi masa harga dah turun.
Try tengok crypto ada apa sampai jadi gini. Sama pak pacak. Nampak awek seksi ke?
Tengok BTC 4H, pun sama.
Tengok USD 4H, patutnya turun. Tak spike tapi melemah.
Heikin 4H USD makin nak membesar.
Tengok pada USD daily, kalau esok confirm sell zone, meaning USD nak turun dan better prepare untuk cut loss.
Daily DOT pula kalau confirm buy zone, lantai SL adalah $4.49.
Harap bangun pagi esok sebaliknya berlaku dimana candle instead hijau, jadi merah. AMIN
Trade Update 30.08.2023 13:53
Price naik paling tinggi $4.80, namun sekarang dia tengah otw turun. Sekarang area $4.60. Kalau besok pagi confirm sell zone daily, so harapan price turun makin cerah dan penulis agak lega. Price mungkin retest area buy zone daily, $4.50 – $4.48.
Kita tengok possibility turun tu kat ke tidak. Ini heikin daily. Nampak masih hijau namun kekuatan dah berkurang.
Now kita tengok 4H.
4H macam sedap sikit cerita dia sebab pertama, dah ada sell zone pukul 4 pagi tadi. Lepas tu pulak, sekarang, price sudah closed bawah ema8 kuning.
Lepas tu pulak, signal RSI dah on, MACD pun on. Alhamdulilah… lega sikit nooo price kilas kelmarin sudah kembali ke pangkal jalan.
Heikin 4H pun tengah stim gila.
Tengok apa cerita minggu ni.
Weekly, price tengah nak confirmkan buy zone namun ini kita boleh tahu isnin ni nanti. So kalau confirm buy zone weekly, price bersifat bull. Hence, kena closed semua trade sekarang kalau ada peluang.
Weekly heikin masih merah.
Now, kita tengok USD.
Daily dia sudah restes itu buy zone, so patutnya kalau dah retest dan tak tembus, dia macam bagitau yang dia nak naik atas. Cuma tak kuat sebab setakat ni dia tak closed atas ema8. Kalau closed atas sedap dan bergaya. Ini memberi petanda yang wajib bagi crypto untuk turun.
Yang tak berapa sedapnya adalah, arah USD masih ke bawah kalau melihat pada heikin daily. Masih merah. Kita mahukan hijau.
Kesimpulan dia, fokus sekarang adalah nak closed kat floating trade sebab 100% capital sudah masuk. Penulis nak bercuti dengan tenang sempena hari kemerdekaan ini.
25% TP $4.45, 75% TP $4.42.
Trade Update 31.08.2023 00:18
Penulis baru sampai kampung. Cuti merdeka ni bawak balik anak-anak berjalan. Semangat lain macam sebab Raptor penulis order sudah keluar. Muka ada sinyumlah bro. Lepas ni boleh selalu buat road trip.
Anyway, SELAMAT HARI MERDEKA. Bersyukurlah kita ada negara yang aman dan selamat. Kita ada jalan kita sendiri nak kaya. Kita jangan makan rasuah. Kita jangan layan hal-hal politik. Kita fokus kerja kita. Jalan lurus.
Ini tanah air kita. Ini tanah tumpah darah kita.
Now, penulis ubah strategi sikit Trail SL untuk trade yang dah masuk zon profit. Matlamat utama adalah protect capital. Ini yang terkini.
Trade Update 31.08.2023 08:58
Semalam satu trade sudah closed secara Buy Stop Loss setelah memasuki zon profit. Gross 34, Nett 25.
So now tinggal lagi 3 trades. Harapan penulis adalah price pecah trendline lalu menembusi buy zone.
Ini daily. Sudah confirm sell zone.
Kepada Allah penulis berserah, harap merdeka ini capital protected dan ada sikit profit jadilah…
Trade Update 01.09.2023 10:45
Semua trade sudah closed. Alhamdulilah.
Namun price menembusi support kaw-kaw punya macam ada news crypto nak kiamat.
Ini daily.
Ini USD daily.
Trade Update 01.09.2023 23:16
Penulis sekarang ada satu trade baru iaitu trade untuk WD. Ni mesti lama lagi tapi takpelah. Order Sell pada $4.70 untuk WD dalam RM8,912 lebih kurang.
bersambung next week…