WK38
177 hari ke 13 Mac 2024.
Last week pergi camping Jumaat Sabtu Ahad. Laptop bawak konon nak trade malam-malam, haram tak bukak pun. So cerita dia next time kalau pergi camping tak payah nyusah bawak laptop. Membazir.
Tapi serious memang healing gila. Berendam dalam sungai duduk dalam hutan dengar cengkerik, rasa cam nak pindah dalam hutan tinggalkan kesibukan kota.
Faktor umur kut.
Trade Update
Last week pun tade trade. So dah 2 minggu straight sepi kecuali trade WD yang tak setel lagi. Boleh rujuk sini.
Hence, status modal masih intact. maintain 20K Dot, cuma bertambah sikit sebab staking di exchange. Kalau tengok balance ada 20,066. Meaning 2 minggu tak trade, hasil staking 66 atau bersamaan RM1,291. Maksudnya kalau tak trade 4 minggu, ada RM2,582.
Ni yang sedap staking. Tak buat apa pun duit masuk. Tapi yang cipetnya sekarang adalah price Dot turun.
Kalaulah price Dot $100 satu hari nanti kan sedap. RM30K sebulan bro tak buat apa.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 18126 compare last week, 18023. Naik 0.57%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1934, berbanding last week 1933, meaning turun 1 tangga, daripada 350,851 fish hodlers, namun maintain kedudukan top 0.55%.
730 fish wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1134138 berbanding last week, 1150991. Overall, 16,853 wallet ghaib dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 37,754 dimana penulis short 19,448 DOT.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem. Staking market cap berkurang compared last week, walaupun jumlah staking wallet meningkat. Staking ratio juga turut sama.
Staking Fund Relocation
Masih lagi menunggu 5432 DOT unbonding di Ledger, dijangka setel lagi 11 hari. Less than 2 weeks.
Basically, komposisi wallet adalah seperti berikut,
Crypto Update
Last week di Singpore, berlangsung token 2049. Penulis awal macam nak pergi tak kesampaian.
However, kalau nak layan dia punya video talk, boleh pergi sini. Tapi latest video belum ada lagi.
Ini video pilihan minggu ini.
Bitcoin Update
212 hari ke 16 April 2024, halving day.
Polkadot Update
Ada satu partnership Parity dengan satu company nak boos Polkadot. Tak sure effect dia sebab partner mematner ni biasa. Baca sini.
In term of price, ini pedoman upad 15.09.2023. Range adalah $4.22 – $3.90. Pecah bawah, $3.44. Pecah atas, $4.61.
Kraken Update
Kraken nak meluaskan empayar akibat kekosongan FTX. Basically nak masuk dalam bidang derivatives. Baca sini.
Menatang benda derivatives ni? Boleh layan sini. Penulis pun tak berapa nak tau sangat tapi tak silap dia benda menipu la. Dia sebab beli benda yang tak ada pada masa depan sebab takut rugi.
Trade Update
17.09.2023 23:27
Tengok USD jap. 4H nampak macam dah tak boleh naik tinggi. Signal nak turun dah ada, menanti confirmation.
Namun heikin masih strong hijau. Belum merah.
Daily, pun sama, signal nak turun ada, menanti confirmation.
Heikin pulak, tegah kuat gila.
So kalau confirm turun maka petanda nak naik bagi crypto. Namun mebi makan hari sebelum USD turun sebab heikin tak menyebelahi lagi untuk turun.
Crypto, 4H, nampak lebih ke nak naik. Ada buy zone rapat bawah tapi yang lebih penting, candle hammer naik, reject kuat buy zone terhampir dan juga ema 8.
Heikin tengah hijau, baru nak menguat. So favor naik betul.
Daily, esok kita tengok dia closed atas atau bawah ema8 bagi menentukan direction.
Heikin daily, ada tanda kelemahan syahwat.
Untuk Dot, daily esok kita tengok dia closed atas atau bawah ema8 untuk direction price.
Heikin daily, melemah jugak.
Sebab. dah 2 minggu sepi so minggu ni penulis set sell dekat dua tempat. Satu $4.21, satu lagi $4.14.
Yang $4.14 tu sebab 4H ada sell zone. yang $4.21 tu sebab resistance area situ disamping nasihat upad. TP tengok canne nanti.
18.09.2023 11:52
Price tak kena tempat penulis target, then price terus turun.
So ini kena decide next apa nak buat sama ada nak tunggu jugak, atau cancel dan tengok kemudian. Mari kita tengok analysis.
Kita tengok chart crypto dulu, daily. Nampak reject ema 8, tak closed bawah, maka macam nak naik. Kalau closed tinggi dari candle semalam, makin kuat nak naik sebab buy zone baru on.
In term of heikin, candle hijau makin melemah. Agak kontra so kemungkinan harapan palsu price nak naik.
Manakala daily Dot, closed bawah ema8 tapi hari ni naik je. So esok kena tengok lagi closed atas ema 8 tak untuk confirm price makin naik.
Heikin Dot, semalam melemah so hari ni dah merah, tanda price nak turun.
Tengok daily USD. Price mebi turun test buy zone terdekat namun kalau closed bawah ema 8.
Heikin daily masih steady, so tanda nak turun ni makan few days lagi.
Kesimpulan : Short term crypto nak naik tapi naik tak kuat, mungkin spike then turun balik. Hence ini apply kepada price Dot. Ini disokong oleh USD dimana tengah nak turun, namun kekuatan heikin masih ada.
Hence, penulis maintain sell pada $4.21 namun untuk $4.15 penulis cancel dulu. Penulis letak price alert disitu dan bila tiba masanya, penulis review semula.
18.09.2023 14:31
Penulis set buy pada $4.16. Ini adalah kerana trendline resistance ada disitu. TP pada buy zone bawah.
18.09.2023 21:46
Kedua trade sell dah deploy, so now tunggu buy. Kepada Allah penulis berserah.
19.09.2023 10:00
Price turun paling bawah $4.0823, namun tak kena buy order penulis $4.08.
4H heikin merah dan masih kuat.
Daily heikin pun tengah merah.
Ini candle daily. Support area $3.98 gayanya.
Now, trade penulis dah closed Buy Stop Loss pada $4.094. So gross profit adalah 211 untuk dua trade semalam. Alhamdulillah.
19.09.2023 14:32
Penulis sekarang mencari ruang untuk masuk balik. Now ini chart terkini.
USD 4H, pukul 4 karang kita tengok dia lepas tak ema8. Kalau lepas naik, means Dot turun.
Satu lagi faktor menyokong Dot nak turun adalah 4h USD heikin dah mula hijau.
ini 4H Dot.
Ini pula 4H heikin.
So penulis mebi akan set Sell order pada $4.13 tengok canne.
19.09.2023 17:25
Dah sell $4.13, sekarang order dekat $4.08. Atau $4.05 trendline tgk canne. Kepada Allah penulis berserah.
19.09.2023 18:50
Kalau tengok Dot heikin 4H, ada kemungkinan perubahan arah naik instead of turun.
USD heikin 4H juga support keadaan ini membayangkan USD nak turun.
So basically, kalau ada ruang nak SL, penulis akan deploy. Penulis dah tukar buy pada $4.11
20.09.2023 11:59
Sebenarnya semalam kalau penulis tak ubah TP, dah closed dah trade ni tapi gatai main tukar2 makin lama kebawah-kebawah last2 price bounce naik.
Anyway, TP sekarang adalah di $4.09.
Kalau price closed bawah ema8 dan mid BB kul 12 ni, harapan cerah. Dah macam ada new sell zone.
4H heikin masih hijau. Perubahan size semakin mengecil.
Ini 4H Crypto.
Manakala 4H USD, kul 12 kita nak tengok patut dia terbalik dengan DOT. Tapi lately ni macam tak sync pulak, agak raihan.
Heikin sama macam DOT. Pelir, eh pelik.
20.09.2023 18:17
Satu order dah buy balik nett profit 43. Menunggu satu lagi order dimana penulis set bawah sikit area $4.03. Yang ni kalau on ada la seratus lebih. Kepada Allah penulis berserah.
22.09.2023 13:30
Price menjunam jatuh hingga ke $3.97, kena pada target penulis iaitu pada $4.03. Namun begitu, order penulis yang patut TP situ terkena stop loss dekat $4.10.
Dalam erti kata lain, analysis dah cun, tapi terkena trail stop loss.
Apapun alhamdulillah masih diberikan profit dan tidak rugi. Itu yang penting.
Now, price berada di kedudukan lower bb 4H. So kalau nak trade 4H agak risky.
In term of daily, ada sell zone so penulis tengok kalau price bounce balik ke $4.10 then baru tengok canne.
Ini pedoman Upad 2 hari lepas dimana penulis miss out. Katanya, kalau lepas $4.22-$4.33 ada can pergi $4.50. Tapi kalau pecah $3.90 boleh turun lagi.
So area kritikal mengikut Upad adalah $3.90. Ketika ini, price masih area $4.01.
Melihat heikin daily, macam nak turun jauh lagi.
Kita tengok crypto.
Kalau ikut semalam, candle closed bawah ema8 so nak turun kuat. Cuma candle sekarang tgh hijau maybe nak naik sikit sebelum turun terus.
Heikin daily masih kuat merah.
Manakala USD daily, ada buy zone so macam nak naik.
Heikin daily masih hijau.
23.09.2023 02:25
Ini pedoman Upad terkini. Closed bawah $3.90 next $3.58.
bersambung…