WK39
170 hari ke 13 Mac 2024.
Last week penulis agak tense dalam trade. Mungkin sebab dah 2 – 3 minggu sepi. Alhamdulillah adalah profit sikit.
Namun begitu last week juga penulis terjumpa satu video ni. Actually bukan video pun. Ia sekadar sebuah iklan untuk trading class. Apa yang master tu cakap betul-betul buat penulis terfikir dalam. Lebih kurang macam ni,
“When I go full time, my leaning curve speed up so well because I can focus”
Dulu penulis pernah berkata begini kepada kawan-kawan yang jumpa penulis dan bertanya tentang bagaimana untuk berhenti dan mula berniaga.
“Apa yang kita dapat adalah berdasarkan apa yang kita buat. Bila kita buat part time, kita dapat income tu part time. Tapi bila kita buat full time, income kita pun full time.”
Penulis rasa penulis telah menemui diri sendiri.
Trade Update
Last week ada 4 trade, semua win. Profit nett adalah 250 untuk semua trade.
Masih pending 1 trade WD. Rujuk sini.
Manakala capital masih intact 20K Dot. Sekarang tengah stake.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 18,449 compare last week, 18,126. Naik 1.78%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1893, berbanding last week 1934, meaning naik 41 tangga, daripada 351,379 fish hodlers, meningkat baik kepada kedudukan top 0.54%.
528 fish wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1136762 berbanding last week, 1134138. Overall, 2624 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 37361 dimana penulis short 1088 DOT.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem. Staking market cap berkurang compared last week, walaupun jumlah staking wallet meningkat. Staking ratio juga turut menurun.
Staking Fund Relocation
Masih lagi menunggu 5432 DOT unbonding di Ledger, dijangka setel lagi 4 hari. Basically minggu ni hari Jumaat.
Basically, komposisi wallet adalah seperti berikut, dimana profit DOT melalui trade dan stake menghampiri 50% untuk tahun ini. Insyaallah, dalam seminggu dua ni mungkin boleh achieve 50%. Kepada Allah penulis berharap.
Crypto Update
Minggu ni sedap tengok Gary Gangster kena tiaw masa hearing, namun Gary tetap buat bodo je. Seakan, apa lanc semua ko nak cakap, komen ke apa, aku gini gak.
Tapi nampak gaya macam nak kena fired la si Gary ni.
Bitcoin Update
Now, Master Ali ada keluar video pasal leading indicator untuk Bitcoin.
Manakala ini pula pergerakan price berdasarkan era halving seperti minggu lepas. 205 hari ke 16 April 2024, halving day.
Polkadot Update
Polkadot nak expand instead of 100 je untuk parachain, depa target 1000 next year 2024. Ini berita. Semoga ini beri sinar dan naikkan harga Dot meleibih ath hendaknya.
Kraken Update
Kraken nampak macam nak melebarkan penyotongannya. Pertama, Kraken plan nak expand into stock trading. Hence, kalau on, boleh trade stock dalam platform Kraken. Bukan crypto sahaja. Kalau tak nak main stok kena pergi eToro misalnya. Baca.
Selain daripada itu, Kraken sudah masuk Spain dan Irish.
Misc Investment Update
Last week penulis ada jumpa dengan seorang financial planner. Tujuan dia tengah review net worth penulis nak tengok healthy ke tidak, bila paling cepat boleh retired bla bla bla.
Ada satu benda baru penulis tau, kita di Malaysia dah ada Bitcoin Unit Trust (lebih kurang). Meaning, kalau tak reti atau takut nak beli sendiri Bitcoin dan simpan, boleh invest melalui investment firm ini. Boleh layan halogen.my. atau baca sini. CEO dia dulu dari ringgitplus.
Weekly Market Analysis
USD
Daily, price tengah turun. Ada 3 buy zone. Mid BB paling bawah area 104.07.
Heikin daily baru satu candle merah.
Kalau kita tengok weekly, paling thor hammer nak kebawah. Price baru nak overbought.
Namun begitu heikin masih hijau.
Kesimpulan dia, USD nak turun so crypto mebi naik.
Bitcoin
Apa price tengah buat?
Gagal break resistance 27.7 K – 28,185. Tengok few days ni canne.
Kemana kemungkinan pergi?
Gagal closed atas resistance petanda nak makin bottom.
Harapan terus bull?
Close dulu atas 27.7K baru cite.
Support?
25.7K. Kalau break ni, risk ke 24750, 24K, 23450.
Polkadot
Sebelum penulis tulis analysis penulis, apa kata kita tengok Upad kata apa. Katanya, kena closed atas 4.22 kalau tidak ke 3.91 dan lebih teruxx 3.58.
Trade Update
Penulis baru sell dekat $4.08. Rasa kali ni nak masuk panjang atau long tapi tengok acanne dulu.
Setakat waktu ni, TP adalah pada $3.99 iaitu lantai buy zone daily. Basically Dot dalam trendline menurun segitiga.
30.09.2023 13:06
4H dah confirm sell zone, so price sepatutnya turun.
Apa yang kita nak kan kepastian kemudian adalah price closed bawah line kuning ema 8, dan seterusnya tembus mid BB. Tapi kalau dia patah balik makan sell zone sampai 4.09, that is another story. Waktu tu nanti baru kita review balik.
bersambung next week…