WK40
163 hari ke 13 Mac 2024, 13 minggu ke 2024
So kita dah masuk bulan October. Basically ada satu quarter lagi sebelum menemui 2024.
Seperti biasa, bila masuk quarter baru, penulis akan buat summary untuk quarter yang baru habis, iaitu Q3.
Seperti biasa, sebelum mula, penulis bawakan satu lagi penghabisan September.
Now awek dalam video ni cam familiarkan? Ya, awek ni yang berlakon sebagai Dolares dalam westworld.
Q3 Update
July – Aug – Sept
Ini adalah overview Polkadot penulis. Total semua adalah 38,523. Dengan jumlah ini, kalau longgok semua setempat dalam satu wallet, ranking penulis adalah pada top 1000 wallet FISH, iaitu pada kedudukan 973.
Ini detail merentas semua.
Ini pula detail penambahan DOT bulanan.
a. Capital
Masih sama Q2. Capital tahun ini lagi besar dari tahun lepas, iaitu RM850K. Sekarang semua duduk dalam DOT, 20K. Value terkini adalah lebih kurang RM393K berbanding last quarter, RM494K, meaning turun lebih kurang 55% value. Dah melebihi separuh.
Untuk capital value sama RM850K, per DOT mesti naik balik $9.05.
Status : Masih intact 20K Polkadot
b. Strategi Perang
Masih sama Q1,Q2. Masih trade multiverse 3 pair, USDDOT, DOTBTC, MYRBTC, dengan matlamat wd untuk duit dapur.
c. Trade Mode
Masih sama Q1,Q2 capital untuk trade, kalau tak trade, stake. Stake di Kraken untuk kelajuan unstake.
d. Trade Intention
Masih sama Q1,Q2 Matlamat utama adalah untuk perah profit dari mana-mana trade, untuk:
a. WD / Withdrawal – Nak ada capital untuk salary in advanced, per quarter. Meaning, hidup 3 bulan kedepan dah ada duit untuk bayar loan, expenses bagai. Nak ubah dari gaji bulan ke gaji quarter.
Status : Expenses baru 1 bulan kedepan, namun sebab baru beli rumah, hence expenses 0.5 bulan kedepan. Meaning, gaji bulan ni untuk setengah bulan depan. Atau trade bulan Jun untuk expenses sampai 15 July.
Q1 – RM57,892
Q2 – RM32,218
Q3 – RM24,366
-25% turun compare last quarter.
Secara overall, trade profit untuk WD semakin berkurang. Patutla rasa cam sesak nafas tiap2 bulan. Semoga Q4 memberi sinar. AMIN.
b. Staking – Tambah capital untuk besarkan staking pool untuk gaji tahun depan in case tak trade dah.
Status :
Q1 – 1098 new DOT
Q2 – 1866 new DOT
Q3 – 1510 new DOT
-20% menurun compare last quarter.
Secara overall, jumlah new DOT yang disimpan untuk stake hasil profit trade menurun 20%.
e. Stake Intention
Matlamat utama adalah untuk tambah capital stake di ledger. Take note jumlah kenaikan adalah hasil profit Stake TP dan juga hasil staking stake capital di Ledger.
Q1 – 1645 new DOT
Q2 – 2615 new DOT
Q3 – 2063 new DOT
-22% turun compare last quarter.
Secara overall, jumlah new DOT yang disimpan untuk stake hasil profit trade dan profit stake menurun 22%.
f. End Game
Overall, end game dia adalah semua profit ni mestilah akhirnya 100% dapat cover balik capital RM850K.
Status :
RM850K – Naik ke 13.9)% dari 10.77% (total ytd RM118,103 WD)
6 BTC – 0%
20,000 DOT – Naik ke 30.05% dari 21.22% (total ytd 6032 new DOT)
Advanced Salary – menurun 0 dari last quarter 0.5 months, sebab asyik tak cukup duit. InyaAllah, Q4 akan dipermudahkan AMIN.
Win 45, Loss 3
Untuk status sekarang, Q3, ini adalah trade log.
h. Forecasting Capital Paid Off
Bila trade kurang profit hence forecasting bertambah hari dan bulan la.
Ini Q2 punya projection. Banyak bulan lari…
i. Forecasting Jumlah DOT end year
Assuming phase atau momentum trade yang sama, trajectory growth dari Q3 untuk sepanjang tahun 2023, maka projected final Q4 secara avg dari 9 bulan jadi 12 bulan adalah,
End 2023 WD = Menurun ke RM152 dari Q2 RM183K
End 2023 Stake TP = Naik ke 5965 dari Q2 5928 DOT
End 2023 Staking Rewards = Menurun ke 2465 dari 2592 DOT
Hence, Staking Capital projection pada 31.12.2023 adalah
Menurun ke 20,479 dari 20,568.
Growth percentage projection compare 2022, 43% adalah lebih baik iaitu 69% untuk tahun 2023.
j. KESIMPULAN
Performance Q3 berbanding Q2 agak menurun. Ini penulis rasa adalah kerana penulis agak sibuk dengan kerja hakiki dan banyak miss opportunity untuk trade.
Selain itu, stress kerja hakiki makin buat penulis pressure, so agak hilang fokus untuk trade.
However, capital masih intact 20K meaning walaupun profit menurun, overall masih steady.
Win 45 Loss 3, satu consistency yang baik penulis boleh rasa.
Apapun, kesimpulan paling utama adalah, profit trade dan stake DOT ytd adalah 48.9% daripada modal 20K DOT, dan bila pecahkan, WD 13.9% dari RM850K dan 30% dari trade 20K.
Kalau semua profit trade stake DOT tukar RM + WD, total adalah RM236K atau 28% overall profit dari modal asal RM850K, jika harga DOT = $4.19
Alhamdulillah syukur.
Q4 penulis akan lebih fokus lagi dan cuba trade lagi baik dengan harapan tahun ini boleh profit sampai 60% – 70% secara overall berbanding sekarang 48.9%.
bersambung…