WK43
142 hari ke 13 Mac 2024.
Last week penulis busy gila sebab principal & investor company penulis mai Malaysia. Perbincangan 2 hari adalah untuk growth target 2024, bagaimana syarikat boleh naik dia punya GP dan sebagainya.
Bila dah masuk alam corporate ni, everything is by calculation sebab kita ni satu kapal yang besar. Berbanding startup dulu, kapal kecik.
Kenapa calculation penting, bayangkan camgini. Kalau jadi apa2, startup boleh lagi kita gagah nak top up gaji sebulan dua ke tapi kalau dah company besar, datang mana nak top up nya?
Anyway, pengalaman ini membuka mata penulis untuk rancang startup ini sendiri so expect by 2024, penulis akan masuk dengan budget dan calculation bagai.
Trade Update
Last week ada satu trade penulis masuk ni masih floating. Semalam.
Sell @3.85 TP @3.75. Tapi hari ni price naik sampai $4. Lega. Kita tengok canne minggu ni.
Capital 15K DOT masih staking.
Terkini, penulis baru sell another 5K di @4.035.
So now ada dua trade tengah pending. Ini chart.
So capital sekarang yang masih stake adalah 10K DOT.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 19068 compare last week, 18870. Naik 1.05%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1882, berbanding last week 1875, meaning turun 7 tangga, daripada 348440 fish hodlers, dan turun sikit pada kedudukan top 0.54%.
5613 fish wallet ghaib.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1148169 berbanding last week, 1147126. Overall, 1043 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 38836 dimana penulis short 19768 DOT.
Staking Fund Relocation
5268 DOT tengah unbonding, setel lagi 7 hari atau 1 minggu.
Basically, komposisi wallet adalah seperti berikut,
Bitcoin Update
Bitcoin sekarang melepasi paras $30K. Ini adalah paras all in bagi sesetengah orang kerana percaya bahawa price akan start naik dan naik dan naik.
Penulis juga sedang berkira-kira untuk cut loss semua unit trust penulis yang ada di bank, cash out dan pindah masuk Bitcoin.
Tapi sebelum tu, penulis ada nak buat sedikit research dulu.
Halving
Naratif Bitcoin tahun ini yang pertama adalah halving. Basically ada 192 hari untuk halving. Bab halving ni penulis dah hampir habis study. Kesimpulan dia adalah, kalau ikut data sebelum ini, price akan naik.
Ini chart halving compare dengan 3 era sebelum ini. Era terkini adalah yang warna merah itu. Rujuk line tengah day 0 dimana biasanya apabila melepasi line itu, price akan melonjak.
Bitcoin ETF
Naratif kedua adalah ETF. Ada few company tengah apply (tak silap 9 co) namun keputusannya belum keluar lagi. Salah satu yang apply adalah Ark Invest.
Tapi yang paling penting sekali adalah bukan Ark, namun Blackrock. So dalam 9 company ni, mana company yang menjadi proxy Blackrock? Coinbase. Detail tentang ETF Blackrock, baca sini.
Now mari kita lihat apa komen Coinbase tentang application dia.
Technical Analysis
Kalau melihat pada Bitcoin chart sekarang, memang petanda bull tinggi dan tiada petanda bearish. Basically price atas trendline.
Ini zoom dekat sikit.
Apa yang akan membatalkan bull ini?
Petanda pertama kalau closed bawah $28K, seterusnya follow tru $26.5K. Pecah bawah $25K lupakan mimpi bull next support adalah $19.3K. Meaning untuk terus bull, kena maintain atas $28K so maybe akan ke $36K – $42K.
Now, kalau tengok chart lain, S&P500 dah break trendline dan menandakan bear market, unless boleh patah balik dan closed atas $4400.
Meaning to say, S&P500 bearish so ada kemungkinan Bitcoin yang biasanya correlate akan bear jugak. Ini based data 2022.
Trade Update
25.10.2023 10:48
Penulis sekarang floating 3 trade dari diff. price entry. Satu tengah profit, 2 lagi rugi.
Meaning, 15K DOT dah activate balance tinggal 5K DOT standby hari hujan.
Now, 3 trade ni kalau nak closed serentak sambil make sure protect capital, kena buy @4.05
Tapi kalau TP lagi bawah misal $3.9, ada profit dalam 6 rat lebih walaupun satu loss.
So now kita tengok apa cite semua ni.
Stock Market, Dow Jones Bear
Penulis dah mention pasal ni dan semalam ada video keluar tentang hal yang sama. Boleh layan bawah ni.
25.10.2023 14:57
Penulis baru sell satu trade, amik untung dulu. Profit dalam 57 DOT, so set sell balik @4.30. Ini adalah kerana 4H price closed atas ema8 kuning.
26.10.2023 14:52
Pukul 4 ni penulis nak tengok 4H candle closed dekat mana. Kalau bawah ema8, ada can price nak turun lagi. Expected ada sell zone baru.
Price struggle nak pecah $4.36. Tapi kalau dia retest banyak kali atas ni ada gaya boleh pecah. Hence, nak minimize risk, kalau ada peluang close trade, penulis akan closed segera.
Ini 2nd chart lebih clear.
27.10.2023 12:05
Cite dia sekarang penulis nak tengok bila petanda DOT nak naik keluo dekat 4H. Bila ada signal dan confirmation, maka penulis akan closed trade penulis.
Ini chart dia.
Basically RSI belum on, MACD lagilah belum on. Sekarang game dia adalah Sabbarrrrudin mesti mau banyak.
Ini update video pasal gold cross.
bersambung…