WK49
100 hari ke 13 Mac 2024.
100 hari lagi. Gini rupanya perasaan buat countdown. Makin lama makin tense. Makin lama makin serr…
Kalau ikut week, 49, 50, 51, 52… then tahun baru. Bila masuk tahun baru lagi real dia punya serr…
Semalam penulis pergi KLCC dengan family. Lama tak buat lawatan sampai tengok ada kedai yang dah ubah tempat. Itu belum lagi kedai yang ubah design ID dia.
Seperti biasa, hujung tahun penulis akan ke Kino untuk beli planner moleskine. Penulis sambar 4 ketul, dua untuk penulis dan dua untuk bini penulis.
Lepas round-round penulis cari komik. Tak tau nak beli komik apa last sekali amik komik evangelion. Penulis minat evangelion ni sejak zaman belajar.
Bila nak bayar, orang beratur punya panjang depan belakang. So sementara tunggu nak bayar, penulis round lagi sambil bini penulis que. Ntah macam mana terpergi section finance which baru penulis perasan… section ni penulis tak pernah masuk.
Penulis tengok-tengok last2 penulis angkat dua buku. Elok angkat, bini call kata dah nak bayar. Penulis segera ke kaunter, dan bagitau bini macam ni,
“Rasa ni la buku kita kena start baca kalau betul nak berhenti kerja. Bukan buku evanglion ni”
Bini penulis mengangguk tanda setuju.
***
Rumah penulis ada library di tingkat 3. Memang kalau orang datang tengok akan terkejut sebab buku banyak gila. Namun buku finance tak berapa banyak.
Rasa telah tiba masa untuk beralih dengan lebih deep dalam bidang trade n finance. Siapa tahu mungkin ada ilmu istimewa dari dalam buku berbanding asyik layan youtube finance.
Maka, dengan nama tuhan yang maha kaya lagi maha pengasih dan pemurah, penulis mulakan pembacaan dan pengkajian ini, agar dapat stay in the path, and achieve the endgoal $10M.
Bismillahirrahmannirrahim.
Semoga kita semua diberikan ilham untuk berjaya, dan kita juga berjaya melaksanakannya, dengan keyakinan-NYA.
AMIN
Trade Update
Last week penulis ada masuk satu trade modal USD buy low sell high. Ada profit alhamdulillah.
By end of the weekend penulis dah ready nak masuk satu trade tapi miss opportunity. Mungkin belum rezeki, kita tengok minggu ni macam mana.
Manakala 4 trade masih floating seperti biasa. Baca sini.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 19,398 compare last week, 19,338. Naik 0.31%.
Kedudukan richlist wallet adalah kategori fish, terkeluar sikit dari SUB2K, pada tangga kedudukan 2001, berbanding last week 2010, meaning naik 9 tangga, kena naik 2 lagi anak tangga untuk maintain bawah SUB2K, daripada 382,640 fish hodlers, naik sikit dari top 0.53% kepada 0.52%.
Fokus adalah reclaim balik kedudukan SUB2K.
620 fish wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1173112. berbanding last week, 1168472 Overall, 4640 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Agak bertambah new wallet overall.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 41,461 dimana penulis short -22063 DOT.
Staking rewards harian adalah sekitar avg 8.5 – 8.7, belum dapat 10 macam yang penulis jangkakan.
Staking Update 2
Penulis tengah study untuk stake Ethereum pulak. Ini adalah kerana penulis ketika ini ada 12.48 ETH, selebihnya ada pada kawan penulis.
So daripada duduk saja lebih baik stake untuk dapat hasil. Now penulis dapati yang staking ETH ada beza banyakd dengan staking DOT.
Misal pertama, DOT maintain dalam wallet kita walaupun stake tapi ETH macam tak.
Namun penulis masih tengah study lagi dan boleh baca sini untuk udpate terkini.
Bitcoin Update
Kraken Update
Ada satu pendapat yang mengatakan bahawa battle antara SEC dan Kraken bakal memihak kepada Kraken.
P2P Update
Ada satu pendapat yang mengatakan bahawa battle antara SEC dan Kraken bakal memihak kepada Kraken. Baca boleh, harap pun boleh, percaya tu kena 50-50.
Trade Analysis 08.12.2023
S&P
1. Dah rally strong, menanti pullback.
2. Selagi bawah 4600, potensi pullback benar.
3. Closed bawah 4535, pullback ON.
4. Target pullback area 4500 ke 4400.
5. Pullback mestilah correctives 3 waves ABC maka market masih BULL.
6. Pullback impulsives 5 waves 12345 maka market BEARISH, hence market dah TOP.
7. Support level 4350.
8. Long term BULL target, 4818 – 5337.
Kesimpulan : Closwed bawah 4535 boleh short TP 4500 – 4400.
GOLD
1. Dah hit target hari tu, baca balik w45.
2. Sekarang tengah pullback, so bila nak habis?
3. Closed atas 2067, pullback settel, hence uptrend sambung.
4. Tapi kalau break support 2006 – 1987, meaning deeper pullback.
5. Boleh jadi junam ke 1945.
Kesimpulan : Closed atas 2067 boleh buy kalau nak trade.
BTC
1. Tengah tunggu pullback.
2. Nampak macam nak terus ke 47K -48.5K – 50K, then baru buat pullback.
3. Now, in term of kiraan, sama ada ABC, atau 1-2-3, sekarang 50-50 kecuali lepas tengok bentuk pullback kelak.
4. Kalau pullback corrective ABC, so maybe 1-2-3
5. Kalau pullback impulsive 12345, mungkin ABC, malah mungkin break support 35K – 32K. Hence, BTC dah top.
6. Pullback TP 35K – 38K
Kesimpulan : Penulis rasa macam nak buy BTC area 43K dan sell pada area 50K untuk duit krismas atau sepcifically gaji tambahan tahun depan. Ini kiraan kasar.
Modal mana? Semua modal USD yang ada dalam kraken sekarang sebab hari tu tak cut loss masa jual DOT.
Penulis dah set buy area 42,200, kalau on, 1.94 BTC.
Semoga membuahkan hasil…. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau beri Aku kemenangan penutup untuk tahun 2023 ini. AMIN
This is the way…
Hybrid Theory 2024
Update #02 08.12.2023
Penulis start project ni w46, sekarang dah wk49 dan next week w50. Dari w46 ke w50, agak 4 minggu atau bersamaan satu bulan.
Basically kawan penulis yang nak buat project tu tiba-tiba ghosting, sepi tanpa berita. Penulis pulak ada contact dia tapi last msg dia bagitau nanti dia feedback balik.
Sebab dah nak 4 minggu atau sebulan, maka penulis decide untuk cut loss project ni. Dah rugi sebulan kut, lagi 5 bulan nak kena collect balik gold. Dah la ada kos.
So ini lagu tema untuk kawan penulis tu. Rasa dia ada problem lain tu bukan takat business tapi mebi ada mid life crisis yang lebih besar. Harap apa jua masalah yang ada, dia dipermudahkan.
So now, dah cut loss, canne?
First sekali, duit ni RM125K ada dalam bank penulis, masih intact. Cerita dia, canne dari RM125K, nak jadikan balik RM163,670 gold + RM10.5K upah simpan?
Berapa total nak kena ada? RM174,170.
Lega. Nak tolong kawan, kita terkena.
Ok. Kalau RM125K masuk BTC sekarang, juai pada $50K, nampak gaya tak berapa nak untung untuk cover atau collect balik gold.
Kalau beli BTC dekat $38K dan juai $50K, pun masih tak boleh nak cover. Cukup2 nak collect gold tapi kos kena bayar sendiri. Betul punya pengajaran ini macam.
Rasa masuk 2024 ni kalau penulis berhenti kerja, penulis kalau nak tolong kengkawan kena fikir 18 kali lah gini. Kita dok sibuk fikir hal orang, orang tak fikir pun kesan apa dia buat ke kita. Terpaling lega bossku.
Now, cara yang nampak macam boleh blah adalah masuk DOT. Tapi ni kalau juai dekat $10. Dapat RM198K + 283 DOT rewards.
Atau, paling rendah kena juai adalah $8.8.
Persoalan dia, boleh ke DOT naik sampai $8.8 – $10?
Kalau ikut projection Tok Mek, DOT bopleh pergi $11 kalau market crypto $3T. Adakah market akan pergi $3T lagi 5 bulan?
Ini paras $3T.
Hybrid Theory 2024
Update #03 09.12.2023
Polkadot naik mendadak dangdut pulak hari ni. Price $7.49. Dan ramalan Tok Mek penulis tengok, dah berubah.
Ini adalah disebabkan coin dominance Polkadot naik dari 0.48% kepada 0.56%. FYI, dulu Polkadot dominance ni 1%.
bersambung…