Trade Log : w03 2024

WK03

39 hari ke 1 Mac 2024.

Last week partner penulis di Indo turun KL. Ada banyak perubahan nak kena implement di KL ni. Ada surprise, ada yang dah jangka. But then, in term of contract penulis, partner penulis pujuk untuk stay setahun lagi.

Ini yang buat penulis pening.

Anyway penulis bagitau yang penulis kena amik cuti dulu, balik dari cuti penulis bagi tahu.

39 hari ke 1 Mac. Kalau tambah 365 lagi, hence 404 hari lagi la pulak nak retire.

Hmmmmmmmmm….

Kadang-kadang dalam hidup ni kita dah sampai level tak boleh fikir pasal kita sahaja, tapi kita kena fikir pasal keseluruhan yang berkait dengan kita.

What ever it is, apa yang kita buat kita mesti mohon agar Tuhan tunjukkan jalan dan permudahkan urusan kita, sekaligus memberkati apa usaha kita kearah itu.

Kraken Update

Apple dan Google telah pull out apps kraken dari appstore INDIA last week. Basically, bukan Kraken sahaja tapi ada few lain termasuk Binance etc.

Alasan dia adalah platform ni operate secara illegal di India. Namun sebab utama adalah kerana ramai trader india nak lari dari bayar tax. Hence itu pasal gov India hangin.

Bagaimana dengan Malaysia? Malaysia ni boleh jadi macam ni juga sebab kalau tak silap itu hari Binance kena ban oleh gov Malaysia. Namun setakat ni hanya Binance sahaja yang kena.

Trade Update 23.01.2024 20:27

Penulis sekarang masih floating 2 trade. So dua-dua modal dalam fiat. Trade fund hybrid penulis dah cut loss pada RM198K. Rugi RM10K.

However, last week penulis set buy pada 38K, now penulis dah tukar pada $35K. Untuk MYR, penulis set buy pada RM166K.

Expectation dia adalah Bitcoin akan junam ke area $32K, tapi for safe side, takut jarum tunggu sebentar wahai kawan lalu tak kena order penulis, penulis letak area $35K.

Ini adalah kerana RSI dah panas dan MACD pun dah confirm price nak turun.

Take note ini adalah graph weekly.

Ini pula heikin ashi.

Minggu depan isnin ni kita tengok betul ke candle ni close merah.

Sell untuk profit kat mana? Itu nanti lepas dah ada baru cerita. Fokus beli dulu.

Staking Salary 0124

Ok ini segmen baru. Sebab last few year fokus untuk kumpul capital staking, now tibalah masanya untuk penulis amik gaji staking.

So ada 3 phase perihal gaji ni.

Phase 1 – Kumpul staking capital melalui trade dan acquisition, target first 20K DOT, target 2nd 30K DOT. Ini yang penulis dok trade 2 tahun kebelakangan ni update hampir daily dalam blog ni.

Status terkini, 19,398 pada tangga kedudukan 2,949 daripada total 1,244,928 wallet, which is Top 0.23% dalam ekosistem Polkadot.

Basically tak cukup berapa lagi 20K, oklah tu. Pelan-pelan kita tambah dan cukupkan. Semua capital trade adalah dalam wallet airgap Polkadot Vault yang tidak ada connection dengan internet pun. So macam bank dalam hutan bawah tanah tade wifi konsep dia.

Phase 2 – Convert Staking Rewards. Dari wallet Vault tadi penulis dah setkan yang staking rewards akan auto send kepada 2nd wallet iaitu Mr. Proxy. Ini boleh buat guna polkadot staking dashboard. Benda ni buat sekali je seumur hidup.

So hasil staking tak masuk dalam bank asal, tapi hantar ke wallet lain untuk staging. Tujuan dia sebab penulis malas nak usik wallet vault sebab wallet tu dah tanam dalam tanah dekat banjaran titiwangsa untuk keselamatan :D.

Hence, hasil staking daily muncul dalam Mr. Proxy. Hujun bulan, transfer dari Mr.Proxy ke exchange untuk convert dari DOT jadi USD. Ini sama ada convert terus on the fly sell, atau set sell high tengok chart untuk maximize profit.

Phase 3 – Withdraw USD. Bila dah sell dan duduk dalam USD, tibalah masa untuk withdraw gaji dari USA ke Malaysia.

Ini penulis guna WISE. Bila dah masuk ke WISE, boleh la bayar expenses bulanan apa yang patut…..

Nanti bila penulis free, penulis buat satu ebook detail canne nak buat semua ni. Atau kalau malas penulis buat utube la… cakap je senang sikit dari tulis. Atau lagi malas tak buat apa terus lah.

MAKA….

SO, untuk withdraw salary ni penulis dah test bulan 12 hari tu so everything OK. Masuk 2024 ni penulis memang nak WD every month sebab penuliskan rancang nak berhenti kerja MAC ni kononnya.

Untuk bulan 0124 ni, penulis tengah nak jual 263 DOT pada price $6.95. Kalau semua OK, gaji staking pertama adalah sekitar gross RM8,641.16. Net mebi RM8.5K lepas tolak transfer fee bagai.

So ini chart area penulis nak sell. Daily, Signal reversal ada tapi tak kuat, namun confirmation reversal price naik dah ada.

Tren heikin sedang hijau so price macam nak naik lagi.

Sejauh mana price DOT nak naik ni?

Kalau tengok USD, macam ada petanda nak turun. Pertama, price dah macam sampai satu resistance tak leh nak pergi dah.

Kedua pulak, signal nak turun ada namun menanti confirmation nak turun.

Apa yang merisaukan?

Kebolehan price DOT naik lagi sebab kalau ikut DOT dominance, macam nak melemah berbanding BTC.

Tapi BTC dominance vs others, nampak nak melemah jugak, tapi belum confirm.

Weekly DOTBTC, macam nak melemah juga.

So last sekali apa kesimpulan dia?

Kita tunggu sehari dua ni paling tidak pun Monday kena sell untuk gaji maintain RM8.5K.

bersambung…