WK14
Kiraan hari dihentikan seketika sebab defeat the purpose. Tujuan asal adalah countdown berhenti kerja atau retire sepenuhnya. Namun ketika ini, masih belum ada decision kental lagi sebab tengah cuti.
Alhamdulillah minggu ni penulis dah kembali sihat dan pulih sepenuhnya. Bagus juga sakit kadang-kadang ni ia mengingatkan kita tentang kematian, sekaligus mengingatkan kita tentang tuhan.
Ia juga mengingatkan kita jangan buang masa benda mengarut hence perlu fokus dengan apa yang kita nak achieve sebab masa tidak menunnggu kita.
Staking Update
Kedudukan masih corr tapi naik sikit pada tangga 3,054 daripada 1,319,597 wallet, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB2K.
7390 wallet baru bertambah, tapi kedudukan makin elok, hence nampaknya banyak hodler baru join polkadot.
Untuk duduk bawah SUB3K kena ada atlis 20K DOT.
Sebab tiada pertambahan DOT baru maka hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.
Kraken Update
Ini adalah zaman AI, dan Kraken, meng-embrace AI ini dalam business mereka. Taktikal ini membuahkan hasil lumayan dikala musim bull run, hence kalau nak hire pekerja agak leceh dan tak cukup, lebih-lebih lagi kalau esok zaman bear, canne?
Ikuti tulis CTO Kraken bagaimana AI membantu business mereka lebih profitable dan scalable.
Satu lagi berita agak gempak, now dengan Kraken macam boleh set 2 order terus iaitu buy & stop loss serentak. Meaning, kita tak payah masuk dua kali untuk set. Penulis baru tahu tentang ini dan masih belum explore.
Boleh baca sini.
Satu lagi feature adalah trailing stop loss, pun gempak gak. Baca sini.
Parity Update
Parity rupanya telah melantik 3 orang ketua baru level C, dah harapnya dengan plan ini akan memberi impak maksima kepada Polkadot.
Siapa yang dilantik? Tukang tengok operation COO, tukang naikkan brand dan marketing CMO, dan tukang kira duit make sure cukup CFO. Semoga dipermudahkan.
Trade Update
03.04.2024 00:32
Ok, price Bitcoin menjunam seperti yang kita dah bajet, so sekarang ni price dekat area 65416 lebih kurang.
Semua order buy penulis dah on, so sekarang capital dalam BTC. Namun begitu, ada sedikit kebangangan berlaku dimana, dah elok2 penulis letak buy order yang cantik, tapi ada satu malam tu penulis gatal tangan cancel dan beli waktu price tengah tinggi.
Agak nyesal jugaklah. Ini yang draft target last wikipedia,
Ini yang deploy,
Capital hat 40850 tu penulis gatai beli awai. Mantiat terjongkiat betul. Haisshhh…
Tapi takpelah. So kita target sell dekat 71K tengok canne nanti. insya Allah ada rezeki.
Now, sungguh pun begitu, penulis tengah monitor sama ada price akan pecah $65000 atau tak. Sebab kalau pecah ni, price akan turun lagi jauh ke $60K. Ini dari last week punya ramalan ahli sihir.
Bitcoin
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $77K – $87K, so sini TP kita atau boleh saya katakan grand TP.
3. Sebab lepas tu dia akan start wave 4 so dia akan junam.
4. Janji protect $65000. Atas ni, clear way to ending wave 3.
5. Ada kemungkinan test $65K ke? Ada sebab rally hari tu kategori bukan impulsive, hanya ada 3 waves.
6. Jatuh bawah ni, pullback ke $60K – $58K.
7. Apapun, paling penting kena hold $50500 kalau nak terus bull dalam cycle ni.
Now apa gameplan dia? Untuk BTC yang disimpan dalam vault,
Closed bawah $65K, jual semua then beli balik area $60K. Closed atas $77K – $87K, jual semua then beli balik area $70K.
Kepada Allah kita berserah,
07.04.2024 13:26
Kita sudah menghampiri hujung minggu dan next week pastinya sudah bermula penghijrahan sementara dari kota ke kampung, bagi menyambut suasana aidilfitri.
Penulis ketika ini sudah pun berada di kampung, memula balik kampung penulis untuk amik kereta baru mak penulis, setelah selesai, penulis cergas ke kampung isteri penulis. Tahun ini raya di belah mertua.
OK.
Penulis baru setel satu trade, jual di $69,000. Gross profit dalam RM11K. 5.89% profit of capital.
Now, penulis nak lilek dulu dan masuk balik awai next week. Kalau tengok kepada chart, price sekarang ada 2 engulf buy belah bawah.
Ada kemungkinan price turun setelkan engulf sekalian ni tapi ada juga kemungkinan price tak turun tapi naik terus cuba cecah engulf merah atas tu, so penulis tunggu dulu.
Oleh kerana hari ini hari ahad, so kita sambung posting next week.
bersambung next week…