Trade Log : w17 2024

WK17

Penulis tengah nak jual rumah penulis duduk sekarang sebab rumah baru penulis dah nak siap. Hence, semalam ada orang datang view, alhamdulilah, so far so good. Agak minat dia dengan rumah ni so sekarang tengah deal harga.

Doakan rumah penulis ini terjual. Nak bayar rumah ni agak jugak sebab sekarang dah tak kerja. Sebulan dalam RM5.6K so memang kena let go ini rumah.

At least jimat RM5.6K tiap2 bulan, kalau setahun dah RM67K. Tu dah boleh pergi oversea 2x tu.

Sometimes kita kena let go something in order to move forward. Setiap benda ada hikmahnya. Insyallah.

Staking Update

Kedudukan masih corr turun 1 anak tangga kepada 3,070 daripada 1,330,962 wallet, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB3K.

4270 wallet baru bertambah.

Untuk duduk bawah SUB3K kena ada atlis 20K DOT.

Sebab tiada pertambahan DOT baru maka hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.

Namun ada satu hari rongak tidak ada rewards. Penulis tak tahu kenapa sebab bila tengok dekat wallet, nampak macam semua ok. Kalau ada rongak, mestilah sequence hari tu tak betul.

Halving Update

Akhirnya kita telah menemui halving iaitu pada :

So jam halving sekarang dah reset semula so start next week penulis takkan update dah pasal halving ni.

Kalau ikut chart bawah ni based on 3 era sebelum, price Bitcoin adalah mendadak dangdut naik, tidak ada yang kebawah.

Ini video kalau nak paham pasal halving.

Kraken Update

Kraken baru sahaja melancarkan walletnya sendiri, namun penulis belum cuba nak download. Dengar cerita wallet ni self custody so simpan sendiri seedphares anda.

Satu lagi, basically hanya ada 4 je coin yang support setakat ini iatit BTC, ETH, SOLANA dan MATIC. DOT belum lagi.

Untuk detail, boleh baca kat blog depa sini.

Polkadot Update

Dr. Gavin baru saja introduce satu konsep, satu graypaper baru yang dinamakan JAM untuk Polkadot, hence dikatakan ini adalah major upgrade bagi ecosystem Polkadot.

JAM akan replace relay chain yang sedia ada dan harapnya akan beri impak kepada tech polkadot lalu menaikkan harga DOT yang lemau sekarang ini.

Ok, sekarang kita langsung ke market analysis.

Market Analysis

Overall last week tade orang kena bom, so market sekarang macam naik sikit. Persoalan minggu ini adalah kita nak tahu, untuk Bitcoin, adakah price akan pecah dan naik terus, atau sekadar flirt sebelum turun balik atau turun lagi jauh.

Adakah sekarang sudah bottom?

Crypto

2.36T.

Bulan ni bulan 4, so closing bulan 5 kita nak tengok sama ada sell zone on atau tak.

Last week candle masih merah. This week pun. Tapi ada naik sikit.

Kalau on sell zone, petanda turun jelas. Tapi takat ni, masih reject. Price dah masuk balik range uptrend nak pi $44T atau BTC USD $1M.

Signal turun ada, confirmation turun belum. Heikin masih hijau.

Update on ramalan harga berdasarkan rumus.

Bitcoin

Ini BTC monthly. RSI tinggi, confirmation turun, belum.

USD

Price macam nak pecah sell zone tu, so kalau benar price naik, crypto akan turun.

Kesimpulan berdasarkan chart setakat ini, ada kemungkinan crypto nak turun sebab signal dah ada cuma menanti confirmation, manakala ini disupport oleh kemungkinan kenaikan USD.

Lain-lain Market Indicator

S&P 500

Monthly, signal nak turun dah, confirmation belum, sell zone on atau tak itu bulan depan.

In term of daily, atau short term,

4950 kena hold kalau tak masak. Keadaan market dah oversold so kemungkinan nak bull ada. Expecation adalah rebound. Closed atas 5116 petanda dah bottom tapi kalau rebound corrective 3 makna tak kuat, tapi kalau impulsive 5, then kuat nak naik.

Daily, RSI dah signal nak naik, menanti confirmation naik.

Now ini 2 market nak kena tengok sebab semua 3 ni leading market kepada yang lain. Kalau 3 ni bersetuju atas benda yang sama iaitu crash, semua orang kena scam.

Smallcaps Russel

Break 187, petanda awal potential market akan crash. Closed 207 semua senyum lega.

Downjones

Closed bawah 14687, petanda awal potential market akan crash.

Pedoman Bitcoin

So apacer Bitcoin sekarang. Melalui muzakarah umum dengan guru penulis, ini adalah pedoman terkini dan harap membantu.

MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $77K – $87K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Ada juga kemungkinan TP tersasar lagi tinggi iaitu $90K – $100K.
3. Sebab lepas tu dia akan start wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.
4. Patutnya kemudian wave ABC sebelum sambung naik wave 5.  Wave 4 ke 5, 5 kemungkinan atas $100K tu nanti cite lain akan datang.

MICRO
1. Elliot Wave, kecik, atau zoom in dalam wave 2-3, kita dari 3 nak pergi 4. SO SEKARANG NI DALAM WAVE 3 ke 4. Tapi 4 ni tak confirm lagi dah bottom atau tidak.
2. Resistance sekarang adalah $67K.
3. Selagi bawah $67K, favor ke $58800 dan lagi teruxx $57400.
4. Closed atas $67K petanda da bottom dan kalau ni jadi, semua USD mesti mau duduk dalam BTC.
5. Apapun, paling penting kena hold $50K kalau nak terus bull dalam cycle ni.

Gameplan

Penulis sekarang dalam USD menanti nak buy bawah. Tapi kalau closed atas $67K, penulis cut loss.

Dalam masa yang sama penulis tengah tunggu 1 BTC dari vault masuk ke exchange untuk sell $67K, buy $60K, gaji bulan ni.

Trade Update 24.04.2024 12:00

2 trade masih dalam USD, menanti untuk buy di level bawah. 2 hari ni price masih tak closed atas $67K, so probability price turun ada.

Trade Update 25.04.2024 01:11

Penulis dah hantar semalam 1 BTC dari vault ledger ke exchange, memula test hantar 0.001 BTC dulu  (amalan yang mesti diamalkan) kemudian baru hantar 1 BTC.

Namun begitu, penulis dapati sela masa antara dua ni agak lama. 0.0001 BTC sampai kejap je tapi 1 BTC makan masa sampai satu hari nak confirm. Agak seram shiallll buatnya hilang memang lega 1 BTC bak hang!

Nasib baik last sekali sampai. Alhamdulilah.

Penulis tak sure kenapa lama sangat adakah sebab lepas halving? Wallahualam.

Now, berbalik pada trade,

Untuk 1 BTC tu penulis dah pun jual di $66500 (target asal patut $67K tapi tak kena sebab lambat sampai) so target beli balik pada $60K dengan keuntungan sekitar 0.11 BTC. Ini yang nak buat gaji bulan ni. Semoga dipermudahkan. AMIN.

This is the way…

Melihat kepada daily chart, first sekali price dah pecah trendline dan junam ke trendline 2, nyata kalau esok closing bawah dari candle hijau sekitar $65134, maka sell zone baru daily telah confirm. Expectation dia adalah price turun lagi.

So penulis ada 3 buy order pada $61800, $60000 dan $59000. Harap semua kena. Paling sedap kalau ada satu drop jatuh kita panggil peniti makan sampai bawah semua setel dan naik terus ke $67K balik aaaahhh itu memang nikmat dan rahmat Allah Ta’ala.

Possible ke dia turun? Possible sebab price maybe main dalam trendline kebawah. Ini graph satu lagi, daily.

Ini weekly. Sell zone confirm last 2 weeks.

Now, sementara menunggu, lama penulis tak update pasal series penulis layan. Baru-baru ni penulis habis layan “Constellation”. Ini memang mantap level-level “Silo”, idea agak original dan banyak speko membuatkan kita terfikir deep.

Now, next ni looking forward penulis nak layan ini pulak tapi kena tunggu 8 May. Ini pun mantap gak rasanya.

Trade Update 25.04.2024 11:15

Daily candle dah closed dan membentuk sell zone baru. Price telah menyentuh manja buy zone bawah. Apa yang penulis tengah monitor sekarang adakah price akan tembus buy zone bawah atau atetiba dia naik balik retest sell zone.

Apa yang jelas adalah price dah closed bawah trendline kedua dan ini agak kuat petanda nak menjunam. Ini chart.

Kalau zoom pada 4H, RSI ada signal nak reversal, namun confirmation reversal belum. Kedudukan closed candle pada hujung BB bawah menyatakan hasrat price seperti nak turun lagi.

bersambung…