Trade Log : w21 2024

WK21

Penulis tengah adjust dengan seorang ahlil kutub LHDN dimana penulis nak dapatkan “clear picture” pasal tax dalam crypto, trading dan FSI (foreign source income).

Tapi ahlil kutub ni busy gila… so tengah tunggu date nak dating dengan dia. Stay tune.

Minggu ni penulis busy ulang alik rumah lama dengan rumah baru. Rumah baru tu target 1 june ni siap sepenuhnya. So agak busy dan sometimes terlepas pandang trade ni.

Anyway, dah tua-tua ni nak fokus multiple kerja agak mencabar. Dia punya stress agak tinggi so cara penulis buat adalah fokus satu benda sampai siap then move to another. Cara ni lebih tenang dan lebih effisien.

Staking Update

Kedudukan maintain pada tangga 3,098, sama macam last week, daripada 1333368 wallet, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB3K.

1698 wallet baru bertambah.

Untuk duduk bawah SUB3K kena ada atlis 20,027 DOT, so kena tambah dalam 607 DOT lebih kurang.

Sebab tiada pertambahan DOT baru maka hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.

Kraken Update

Kraken ni ada satu penyakit dimana kalau kita send USDT, kalau tak kena gaya boleh kena freeze account kita. Dia ada faktor regulation jadah menda ntah so untuk selamat, jangan main USDT.

Hence, ada speko yang kata Kraken nak buang USDT, namun setakat ini staff dia kata belum lagi.

Polkadot Update

Dua figura yang penulis follow, Raoul dan Dr. Gavin ada sembang dalam podcast.

Antara benda yang menarik adalah pasa “proof of personhood”. Idea Gavin ini penulis rasa sebab dikala dunia tengah sedap sangat dengan AI. Boleh baca detail sini.

Anyway, untuk layan podcast, boleh tengok bawah ni.

Anyway, nampak macam ada usaha nak marketing Polkadot sebab Roul tu banyak orang follow. Tektik yang Dr. Gavin guna adalah bukan promote Polkadot tapi promote dia genius.

Licik….

Market Analysis

Crypto

2.36T. Naik sikit dari last week.

Monthly, signal nak turun ada, confirmation turun belum. Kalau dari segi engulf, nampak memang nak turun. Price sekarang tengah main dalam sell zone.

Buy zone monthly terbawah, nipis, adalah area $1.6T. Jika market cuba mencecah level ini, hence, ini ramalan harga terkini.

Pedoman Bitcoin 24.05.2024 00:01

Price ketika ini around $68.1K.

MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.

2. Ending Wave 3 adalah $87K – $94K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Kemungkinan $100K pun ada.

3. Sebab lepas tu dia akan start ke wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.

4. Patutnya kemudian wave ABC sebelum sambung naik wave 5.  Wave 4 ke 5, 5 kemungkinan atas $100K tu nanti cite lain akan datang.

MICRO
1. Elliot Wave, kecik, kemungkinan besar kita dah bottom wave 4, so sekarang adalah wave 4 ke 5, final wave. Namun kita kena tengok balik tapi rasanya macam dah bottom.

Ini adalah kerana price dah pecah resistance $67272. New resistance $71300.

2. Support sekarang adalah $65850, 3. Maintain atas ni, next $77K – $83K.

4. Apa yang perlu kita monitor adalah, kalau price tak lepas $71300, malah drop ke support $65850 dan $64588, maka wave sekarang belum C, tapi B. 

5. Jika ini berlaku, next drop adalah $55K-$52K.

6. Apapun, paling penting kena hold $52K – $56K kalau nak terus bull dalam cycle ni. Pecah bawah ni sell semua BTC duduk dalam USD sebab kira BITCOIN dah top untuk cycle ni, mebi boleh drop ke $40K.

Trade Update 24.05.2024 00:34

Daily, signal nak turun ada now kita menanti confirmation turun.

Trade Update 24.05.2024 12:25

Price turun makan buy zone terdekat, namun terhenti sebelum masuk buy zone kedua. Price kendian rebound dan sekarang berada di paras $67.7.

Adakah price akan turun lagi? Buat masa ni penulis masih menanti confirmation turun, sebab belum berlaku lagi. Meaning semalam adalah atetiba sahaja.

Kalau candle hari ini closed bawah ema 8 kuning, hence petanda turun tinggi.

Melihat pada heikin, sekarang tengah merah wooo.

 

bersambung…