WK31
Penulis dah berjaya masuk balik dalam zone trade ni, so momentum macam nak baru ada. Hence, penulis akan cuba sedaya upaya untuk increase momentum ini demi menyambung kelangsungan hidup.
Sekarang penulis bangun pagi dalam 6:30 ke 7:00. Then antar anak gi sekolah, balik boleh tengok chart terus.
Cuma malam penulis tidur awal tak macam dulu. Kul 11:30 dah lalok. Kalau dulu selagi tak 3 pagi tak tidur.
Kita tengok macam mana.
Market Analysis
Crypto
2.41T. Berbanding last week, naik.
Ini chart monthly.
Basically, market dalam channel menurun. Belum lagi breakout. Signal RSI dah on nak turun, namun confirmation MACD belum.
Bulan ni kita nak tengok sama ada buy zone on atau failed. Ketika ini, candle bulan 7 belum tapau candle bulan 6.
Tapi awas, heikin merah.
Tengok weekly.
Last week candle reject buy zone kuat gila. So candle opening minggu ni hijau, namun belum payung candle last week. So kalau next week candle closed tinggi, hence new buy zone on.
Candle juga masih dalam donwtrend channel, tapi kat bumbung dah, so kita nak monitor sama ada break atau tidak.
In term of heikin, candle makin kendur so nampak makin tak kuat.
Daily pulak.
Tengah makan sell zone daily namun belum menembusi lagi. Basically, ada confluence di situ, sell zone + downtrend channel punya resistance, so kena momentum kuat nak tembus, kalau tak market patah balik ke bawah.
Tapi kat bawah ada buy zone daily area $2.32 T. Ada kemungkinan market reject confluence dan retest buy zone bawah ni hence, mari kita tengok price projection berdasarkan rumus cikgu add math kita, En. Suhaimi Tabiee.
So, kesimpulan dia, market berada di hujung kepala kote apa yang kita nak tengok, berjaya tak market ni breakout dan memancutkan kepuasan, untuk itu dia kena break itu confluence sell zone daily + downtrend resistance channel.
Kalau gagal (senyum awal), price akan patah balik bawah, tapi ada buy zone daily hence kalau pergi situ, BTC maybe dalam $66.6K.
Satu lagi buy zone daily adalah area $2.086 T, kalau turun sini BTC $60K.
USD
Kita tengok monthly dulu. Basically, price dalam bermuda triangle. turun cantik ikut resistance line atas hat kuning tu.
Kita zoom sikit,
Pertama sekali, price menjauhi sell zone monthly, walaupun dah makan banyak, namun tak tembus. Keduanya, price akur pada resistance kuning tu.
Now, next month yang sikit hari je lagi ni kita nak tengok sama ada sell zone baru on atau tak. Kalau on, price makin turun. Namun kat bawah ada buy zone menanti. Lantai buy zone itu juga agak confluence dengan support line area 101.
Heikin monthly dah mula merah.
Weekly,
Kalau next week price panjang merah, hence another sell zone dalam weekly menandakan price makin lemah.
Heikin weekly merah, tapi nampak makin tak kuat pulak.
So, kesimpulan dia, USD ni tengah turun. Kalau August ni confirm sell zone, so makin turun USD ni, dan ini memberi kekuatan pada crypto untuk tembus naik. Boleh jadi, kalau ini berlaku, new buy zone wujud pada crypto secara monthly, dan confirmation untuk turun pada crypto akan delay.
Tapi awas sebab buy zone USD tak jauh bawah tu, so kalau reject, boleh jadi crypto terpancut awal dan kendur balik bila USD makin naik. Ini memberi gambaran senyum awal sendirian, so kebarangkalian crypto nak turun tu masih valid. Dalam erti kata lain, naik kejap je sexcited sangat pastu dah setel awal.
Pedoman Bitcoin 29.07.2024 12:13
Price ketika ini around $69.4K
MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $87K – $94K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Kemungkinan $100K pun ada. Bila? Wallahualam. Tapi cut off time untuk sell semua mengikut 4 years cycle adalah pada sept-oct 2025 kalau target nak buy dip sambil amik profit.
3. Sebab lepas tu dia akan start ABC ke wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.
4. Wave 5 kita tak tau berapa nanti kita sembang kendian.
MICRO
Sembang sedap
1. Elliot wave besar, dari iv nak pi v dimana v adalah 90k – 100k, tapi kecik, wave 1 done, sekarang nak pi 2 (turun).
2. Apa yang dah berlaku? Bitcoin dah pecah resistance 64K-65K sambil membuat gaya impulsive 5 wave seperti yang penulis tulis sebelum ni, hence, agak strong untuk terus naik.
2. Sebab dah 5 wave impulsive completekan wave 1, so sekarang adalah pullback, ABC menuju wave 2.
3. Area wave 2 adalah 62.3K – 58.9K.
4. Tapi kalau Bitcoin gila, tak pullback terus pecah 70.2K – 71.9K jawabnya kita dah dalam wave 3, namun ini less likely. Ini maksudnya, instead of tengah nak buat ABC ke bawah, wave 2 dah setel dan sekarang adalah wave 3. Harap bukan yang ini.
Sembang sendu
1. Support critical 56.5K – 58.9K. Pecah ni means apa semua lanc tak bottom lagi dan mungkin turun jauh lagi aka mode bear market chart (lain kali tunjuk).
2. Apa yang penting bukan kerjasama, tapi pecah 56.5K, closed bawah, SELL ALL termasuk yang hodlr.
Kesimpulan so sekarang apa cer?
So, kesimpulan dia, kita masih tak tau sama ada BTC ni tengah naik sebab dalam wave B, atau tengah naik sebab wave 3. Namun probability besar sekarang adalah dalam wave B, menanti nak turun untuk buat wave C. Sebab apa?
Biasanya wave 2 dia tak pendek, di kena deep sikit. Nombor dua, daily rsi dah signal nak turun, namun confirmation belum. Monthly pun ada signal rsi nak turun, namun confirmation belum. Kalau tengok kesimpulan market crypto tadi, nak naik kena tembus confluence 2 benda iaitu sell zone daily + downtrend resistance channel.
Manakala 4H, B ni dah complete ABC kecik so next memang kena turun start wave baru C.
Tapi masalahnya pulak, kalau next month ni candle hijau kuat dari merah last month hence, new buy zone. So price nak naik la pulak. Dan satu lagi, USD memang tengah turun based on kesimpulan yang kita dah tengok tadi.
Anyway, macam mana nak tau bila dia confirm wave 3? Kalau BTC pecah $70.2K and closed, then semua USD kena duduk dalam BTC. Tapi selagi dia tak confirm and closed, kita standby beli bawah tanah.
Staking Update
Dashboard staking untuk polkadot rupanya dah tukar URL. So kalau nak tengok kena connect wallet balik which is penulis kena bukak iphone lama yang jadi vault tu so take time lah sikit. Banyak benda lain nak kena buat.
Anyway betul ke dah tukar? So kita siasat jap.
Kalau tengok pada wiki polkadot, url memang dah berubah dari
https://staking.polkadot.network/#/payouts
ke
https://staking.polkadot.cloud/#/overview
Kalau google pun keluar twitter Bill Laboon, orang kuat Dot.
Walaupun dah ubah tempat, rewards masih masuk macam biasa.
Polkadot Update
Polkadot baru setel Polkadot Decoded 2024 6 hari lepas.
Penulis tak sempat nak follow semua video, tapi ada satu yang menarik perhatian penulis. Ia adalah tentang wallet baru polkadot yang boleh guna untuk buat payment. Boleh tengok presentation CEO parity sini. Slide 15:13.
Dijangka wallet ni siap Q3 nanti. Finally nampak boleh dapat traction tinggi sebab dah mula engage dengan ecommerce.
Now, event ni jauh sangat kat Brussells, tapi bulan Ogos ni ada event Polkadot kat Bali kalau nak pergi. Dekat sikit. Penulis pulak dah lama tak pi Bali.
Ledger Update
Hari tu depa launching Stax, rupanya ada adik dia, Flex. Ini lebih kecil dan lebih murah.
Kraken Update
Ingat lagi pada peristiwa Mt. Gox? Sekarang semua fund yang hilang tu akan dibayar semula melalui Kraken. Agak steady namun jangan pulak Kraken jadi macam Mt. Gox sudahlah. Fund penulis semua kat situ.
Trade Update 31.07.2024 12:11
Daily dah confirm nak turun confirmation pada 29.07.2024. Ini chart, so kita harap dia turun pada area yang kita bajet dia nak pi. Closed bawah 63,445 confirm dia akan turun lagi.
Stay focus brader, stay calm and stay meditate.
Trade Update 02.08.2024 16:49
Semalam price turun paling bawah 62,316, elok sentuh bumbung sell zone daily yang dah tak valid.
Now sekarang ni esok kita tengok sama ada sell zone baru confirm ke tidak sebab kalau tengok gaya sekarang, candle today merah dan lagi panjiang dari candle semalam.
Anyway price masih belum masuk ke dalam area target penulis, hence, semua modal kapitalis barat masih dalam YUESDI.
Adakah price sudah cukup bawah? Price menjauhi ema 8 kuning. Satu lagi daily macam ada double top.
Kalau ikut kiraan elliot wave 4H, masih ada satu lagi leg ke bawah dan pakatan harapan kita adalah malam nanti dia junam kaw-kaw.
Menengokkan heikin, masih merah cuma takat ni pendek la.
Trade Update 03.08.2024 12:39
Price turun masuk ruang perangkap, alhamdulilah, mari kita tengok chart sekarang.
Smalam price turun sentuh MA200 (line ungu). Hari ni sambung lagi sampai paling bawah $60507.
So satu order dah deploy,
Balance lagi 3 order pada $61550 ,$60050, $59900, $59100.
So sekarang kita nak kena aware adakah sudah bottom atau belum. Kalau dah bottom, penulis nak buy market terus sebab tanak terlepas bull ride, meaning ABC dah complete / wave 2 setel, next adalah wave 12345 – 3.
Now, signal reversal belum keluar mahupun confirmation.
Hence, kalau ada harapan nak turun lagi, penulis lilek dan tunggu. So kita kaji. Apa yang penulis sedang monitor adalah :
a. Candle merah semalam mengconfirmkan sell zone baru. Buy zone paling bawah adalah $57900. Isu dia kotak perangkap kita atas dari buy zone ini so kebarangkalian price turun ke buy zone tu kita tak sure. Namun bila ada sell zone, meaning price nak turun lagi.
b. Price closed extreme luar dari lower BB. Ini kalau jadi, menandakan yang price nak turun lagi.
c. Heikin sedang red strong, so belum ada tanda price reversal.
d. Unless keluo signal nak reversal, then itu baru penulis masuk semua balik. Ini penulis tunggu di daily.
Dari segi weekly, price nampak akur dalam downtrend channel so mebi price turun sampai lantai? Kalau minggu ni closed bawah line kuning EMA 8 then makin nak turun. Take note kalau closed bawah $56500 kita all out.
Heikin weekly macam nak trend reversal menjadi merah.
Trade Update 04.08.2024 18:24
Update on buy order penulis, Balance lagi 1 order pada $61550,$60050, $59900, $59100.
Now, kita tengok chart. Ini weekly. Esok penulis nak tgk sama ada sell zone on atau tidak. Kalau on, turun lagi gayanya.
bersambung…