Trade Log : w37 2024

WK37

BTC dah turun paling rendah $52K something, minggu ini penulis nak buat analysis dan tengok sama ada ini dah bottom dan kendian ready nak naik atau masih ada ruang untuk turun lagi.

Trade Status Penulis 09.09.2024 00:13

Buy order dah deploy dan profit, sekarang profit 0.25 BTC menanti untuk sell seterusnya proses withdrawal.

Kraken

Melalui Forbes, didapati Kraken adalah best exchange untuk september 2024. Tatau pulak tiap2 bulan ada anugerah macam ini.

Kalau tengok ranking ikut volume terkini, Kraken no 6.

Polkadot

Ada proposal untuk mengurangkan tempoh unstaking dari 28 hari ke 2 hari, which is baguslah. Tapi kesudahannya kita tak tahu on ke tidak sebab ini sekadar proposal.

Now, sempena event Token2049 Singapore, Polkadot team ada turun padang. Boleh chekidaud sini kalau nak pi tengok sambutan ada ke tak atau rasa nak jual semua Polkadot dan bertukar kepada Solana (penulis la…)

Event website, sini.

Monitoring Bear Case 3 Abdul

Seperti biasa, sebelum apa-apa, kita tengok chart 3 Abdul untuk monitor bear case.

Dow Jones – $15575 (turun compare last week)

 

IWM Russel – $209.24  (turun compare last week)

RSP – $172.17  (turun compare last week)

Setakat minggu ini, semua price masih belum break aras bahaya, namun price telah turun lebih bawah dari minggu sebelumnya.

Monitoring Bear Case S&P 500

Level nak kena tengok adalah $4933. Seperti chart 3 Abdul, ini adalah level low kedua terkini. Pecah ni serrrr.

S&P500 – $5462 (turun compare last week)

Monitoring All Out

Seperti last week, stoch dah signal. RSI juga dah signal tapi confirmation belum.

Monitoring Stable Coin

$82.9 B (sama compare last week)

Monitoring Crypto Market

First sekali, dari data AI. Signal Bear, Strong Sell,  turun 2% dari last week, which, makin nazak.

Now, chart, Monthly. 1.916 T, turun compared last week.

Sell zone confirm dimana candle aug closed merah. Signal RSI nak turun ON dan confirmation MACD turun, akhirnya ON.

Basically, petanda market crypto turun jelas depan mata. Ini senarai projection price digital asset kegemaran penulis berdasarkan rumus tokenomic dan market supply.

Secara weekly,

Melihat weekly, stoch dah bawah sangat so mungkin ada momentum nak naik, selain dari market berada di support line. Signal nak naik belum ada, confirmation pun belum ada.

Kalau pecah ke bawah, terpaling lega kalau tak sell untuk buy dip.

Bitcoin

Key level yang penulis tengah tengok adalah $59825 – $61194. Selagi bawah ni, pressure adalah ke bawah.

Ada kemungkinan akan retest $49K bawah tu, kalau pecah, boleh pergi $44K lagi parah $37K.

Now, terdekat adalah penulis tengok EMA8 kuning tu, ada kemungkinan short term ni naik ke situ dulu then dari situ kita tengok boleh tak belah $59825 – $61194.

So 2nd round kalau nak sell area ini, kalau terus naik, cutt loss untuk ride bull. Tapi kalau reject, boleh buy dip kat bawah balik. Ini plan penulis.

Apa pun semua sebab monthly chart Bitcoin favour ke bawah.

Bitcoin Update 13.09.2024 18:17

Apa yang menarik adalah bounce 4H bersifat impulsive 5 wave, ini menandakan yang ada recovery dari segi price.

Next expectation adalah pullback, mestilah bersifat corrective 3 wave dan mesti atas 53600 ( jangan jatuh bawah ni).

Bitcoin mestilah upaya push atas $60K – $62K untuk kekal bull. Jika ini berlaku, petanda bottom telah berlaku.

Namun jika pecah $53600, jalan seterusnya adalah arah bawah menuju $49 K dan mungkin lebih teruk, $44K.

Now, mari kita tengok detail.

Weekly, nampak macam nak buat buy zone baru. Ini hanya confirm pada isnin nanti. Kalau benar, price makin nak naik.

Melihat pada daily,

  1. Signal bull ON pada 6.9 dan confirmation bull ON pada 9.9.
  2. Price atas EMA 8, so tengah nak naik
  3. EMA SMA 21 macam nak bersilang kalau jadi, price naik lagi

Tapi,

  1. Stoch dah tinggi dan macam nak hilang momentum
  2. Heikin masih hijau tapi dah mula mengecil

Trade Status Penulis 13.09.2024 18:28

Profit 0.25 BTC telah selamat sampai ke Malaysia, bayar segala hutang bagai. Sekarang penulis menanti ruang untuk sell sebab semua capital dalam BTC.

Namun level kena berhati2 agak tinggi sebab tanak lepas sell tiba2 kena cut loss sebab BTC naik mendadak dangdut. Terlepas train demeh.

So penulis sedang menanti ruang yang sesuai.

Bitcoin Update 14.09.2024 01:36

Price tengah canak naik, daily. Ketika ini, penulis menanti signal reversal yang belum muncul lagi.

bersambung…