Trade Log : w42 2024

WK42

Asyik sembang pasal duit je, akhirat zero. So sekali sekala penulis akan share video spiritual kasi ingat akhirat pulak. Hidup bukan hanya di sini tapi ada selepas mati.

Now, penulis baru tahu rupanya daripada semua ayat quran, ada dua ayat yang Allah turun terus pada Prophet, iaitu 2 ayat terakhir surah Al Baqarah. Penulis kira, ini ayat power yang kita semua kena sebati dalam diri.

Trade Status Penulis 15.10.2024 13:45

Last week penulis dah sell separuh capital, namun penulis ada cut loss kejap, which mean masuk balik dalam BTC. Sell hari tu $62K, cut loss $62107, rugi sikit dalam RM923.

Tapi ntah apa angin, penulis pegi sell balik sebab rasa macam price nak turun. Hence, sekarang semua capital dalam USD. Kalau penulis tak sell hari tu, sekarang mesti dah senyum sebab price tengah canak. Lega…

Kesilapan penulis adalah kerana sell dikala RSI kat tengah-tengah. Walaupun dah confirm engulf sell pada chart 4H, tapi market agak licik rupanya. Instead of turun, dia naik. Dan bila naik tu, dia naik gila-gila.

So, semua capital dalam USD, menanti untuk buy balik bawah. Kalau tak turun, lega la kena cut loss dan kerugian in term of Bitcoin agak raseb. Lega….

Kraken

Analisis dari Kraken mengatakan yang rata-rata pemain crypto menggunakan hanya satu strategi sahaja dalam berjual beli.

59% guna DCA untuk kumpul. Baca lanjut.

Solana

Stan-Chart meramalkan kenaikan 400% untuk solana jika trump menang election nanti.

Bukan setakat Solana sahaja, tapi BTC dan ETH, juga ada nilai prediction dari mereka.

Polkadot

Ada semacam kemungkinan kebangkitan DOT melalui mythos. Kalau sekali imbas between the line, macam menyesal simpan DOT.

Namun berita lain adalah tentang tiktok, apapun kesimpulannya, Polkadot tengah berusaha keras nak dapatkan adoption user.

Trade Update 20.10.2024 01:15

Minggu ni tade mood nak tulis apa. Penulis tengah fokus baca buku Bitcoin Standard, so apa-apa update trade adalah nxt week.

bersambung…