WK45
Ini adalah minggu pilihanraya Amerika Syarikat, hence, expect volatility dalam semua chart.
Kalau Donal menang, crypto akan naik mendadak dangdut. Kalau Kamal menang, tu tak pasti tapi masa kempen Kamal ada gak kempen crypto.
Siapapun menang, kalau nak betting judi boleh pergi polymarket. Namun awas, judi adalah harom disisi i-gama.
Kalau nak layan pasal ni dengan effect crypto, boleh layan video bawah ni.
Trade Status Penulis 04.11.2024 01:51
Almost semua modal penulis dalam USD sekarang menanti buy dip BTC, kecuali set trade kecil $10K ada yang dalam usd, ada yang dalam coin.
Coin penulis tengah pegang,
SYN/USD – buy 0.6109 menanti SELL
PENDLE/USD – buy 4.28 menanti SELL
SOL/USD – buy 164 modai $5K ni mebi nak hold
Pedoman Bitcoin
Sebelum kita bincang pedoman, take note sekarang price Bitcoin tengah flirt area $68380, which is level critical pedoman last wiki.
Ok, now, pedoman minggu ini berbunyi begini,
1. Fakta utama Bitcoin da breakout $70K, so next level target adalah area $74K – $78K. Kalau nasib baik, boleh pergi lagi tinggi, $85K – $94K – $100K.
2. Sekarang adalah wave 5, ini perjalanan maksimum ke $100K.
3. Sekarang tengah pullback, dan ini normal.
4. Namun, impian menara gading wave 5 adalah benar selagi atas support $65,149.
5. Kalau pecah EMA21, boleh turun lagi ke $65,149. So minggu ni awas EMA21.
6. Kalau pecah lagi $65,149, next area adalah $62K – $58.8K. Kalau price masuk sini agak baharuddin (bahaya) sebab ini level ALL OUT. Boleh pi lagi jauh kebawah atau dalam erti kata lain, Bitcoin dah on top.
Kraken
Kraken agak downsizing sekarang, 15% staff kena buang kerja.
Dalam masa yang sama, Kraken yang mencapai revenue $1B, melantik Arjun sebagai co-Ceo (first time penulis dengar ada jobscope co-Ceo). Boleh baca mesej beliau kepada semua, disini.
Lain update tentang Kraken, depa da launch apps untuk desktop : Kraken Desktop, kalau nak trade malas nak pegi web.
Solana
Arthur Hayes sanggup tinggalkan Bitcoin, demi Solana. Mantul…
Polkadot
Agak struggle polkadot sekarang ni, tapi terbaru wallet nova dah relis mastercard dalam wallet, hence menyebabkan ada utility function bagi polkadot.
Tapi penulis tak pakai nova wallet so tak sure dah ada atau belum.
Bitcoin 04.11.2024 12:07
Price turun paling bawah ke $67491, namun naik semula dan tak closed bawah support $68380, dan juga EMA21.
Ketika ini, price bermain di area $69100, lalu ini membuatkan penulis rasa nak stop loss. Untuk rekod, penulis sell pada $69300 hari tu.
Trade Status Penulis 04.11.2024 12:30
Penulis da stop loss hence dah buy balik BTC. So keluar modal 3.4 BTC, dapat balik 3.395 BTC…. rugi sikit. Semoga trade selepas ini membawa keuntungan berlipat ganda. AMIN
Bitcoin 05.11.2024 16:45
Pagi tadi pukul 8, Bitcoin dah closed bawah EMA21, hence price closed pada $67,783. Penulis kemudian masuk trade dengan sell limit $68300.
Now, capital penulis dah dalam USD balik.
Ketika ini, price macam naik semula dan bermain di area $68,868. Lihat carta uktop40.
Kalau price esok pagi closed atas support $68380, penulis akan cut loss (rugi lagi), namun harapan penulis adalah dia gagal closed atas malah turun dan turun lagi hinga area $65K.
Ada harapan tak turun?
Kena tengok dekat EMA8 dia reject ke tidak, kalau reject, ada harapan. Kalau tak reject, dia akan buat buy zone baru which is bahaya dan price akan naik hence kena cut loss.
In term of trend, heikin masih lagi merah namun awas candle dah mengecil.
Now, jangan gabra, kita tengok 3D.
Signal nak turun dah ada dan menunggu confirmation turun. Once MACD bersilang, cerah masa depan turun. Ini semua kita hanya boleh tahu by Friday sebab baru ada candle baru.
In term of trend, heikin masih merah dan candle merah baru dua.
Heikin one week masih hijau namun candle semakin kecil saiz batangnya.
Momentum weekly juga dah tinggi dan ada ruang nak turun banyak. Candle last week tutup bawah candle prevnya lagi hence buy zone baru gagal buat. Candle last week pulak hammer kebawah.
Kalau tengok monthly, ada buy zone bawah tu yang tak disentuh pun lagi. Bumbung buy zone $64,563.
Petunjuk kita sekarang ni nampak favour kepada turun.
Now, ada satu lagi petunjuk tapi ini macam tak sure baru tengok-tengok. Dikatakan oleh riwayat dari Ash Syedul Ulul Azri Fi Maktabun Kitabun Stockhi Al Marketurn, nampak gaya sekarang trending adalah saham microstrategy pegi dulu then Bitcoin follower ig.
So kalau tengok Microstrategy, turun sebab pecah trendline.
Apapun kepada Allah penulis berserah, semoga ada sinar Bitcoin test $65K dulu sebelum fly naik $100K.
AMIN
Bitcoin 06.11.2024 12:33
Price pump macam gila. Penulis dah cut loss. Rugi agak banyak juga hence penulis rasa nak cuti ni muzakarah dengan diri tengok apa yang tak betul.
Refleksi Diri
Total kerugian 4 minggu gelabah ni adalah dalam RM138K manakala secara total tahun ini, adalah $300K. Kerugian ini adalah dari segi makan capital trade asal 4 BTC sekarang jadi 3.12 BTC. Dalam ertikata lain macam jual 0.88 BTC dengan nilai RM300K.
Manakala total profit WD sejak awal tahun adalah RM554K. So kalau kita kira net, RM554K – RM300K = RM254K.
Biasa winning rate penulis tinggi tapi kali ni ntahlah. Untuk rekod, selama trade 2 tahun ni WIN 84 LOSS 20.
bersambung…