WK51
Seminggu menuju 2025, ini minggu-minggu akhir sebelum menyambut Krismas dan tahun baru.
Trade Summary Penulis W50
Modal dah duduk dalam USD, menanti buy dip. Selepas pengumuman Jeromee Powel, nampak market berdarah.
Penulis sell pada price $97K dengan analysis masa tu BTC nak pullback, tapi price naik closed atas $104K lalu ke ATH baru $108K.
Sekarang penulis menanti untuk buy dip dan berdoa agar BTC turun amik order penulis sebelum naik lagi tinggi.
Manakala untuk trade 1000X, kedua sedang floating dan agak menyesal bagi diri penulis kenapalah aku tak cut loss hari tu. Lega….
Penulis rasa lama dua coin ni stuck dan ini memang pengajaran paling penting bagi penulis. Dah rugi tu len kali cut loss je. Basically orang kata bull run campak je mana-mana confirm untung adalah satu dusta semata.
Ini closing last week.
Now, kalau penulis cut loss sekarang dua-dua coin ni, modal $5K akan jadi $4528, which rugi almost $500 manakala modal $2.5K akan jadi $1964, rugi juga $500, jadi dan seolah-olah macam restart trade semula bagi kedua kategori.
Hence, penulis lilek jap kalau nak cut loss pun biar lah minimize rugi tu sebab dua2 tu almost $1K.
Pedoman Bitcoin 19.12.2024 01:15
OVERVIEW
1. Cite dia sekarang BTC dari wave 4 nak pergi 5. Check weekly graph.
2. Target ujung wave 5 adalah $110418 – $11600, atau lagi tinggi $129725.
3. Based on pergerakan S&P, boleh jadi push ke $129K kalau kena gaya.
MICRO
4. Support terkini adalah $98700. Pecah ni ada possibility ke $96300 – $91500. Selagi atas support ni peluang ke $110K – $116K cerah
Trade BTC – 19.12.2024 01:17
Penulis set buy order pada $91529. Tapi penulis set alert area $96,300. In case alert on situ, penulis akan review balik sama ada nak masuk situ terus untuk protect capital BTC.
Minggu depan kita tengok sama ada weekly confirm sell zone atau tidak. Ini weekly.
Trade BTC – 20.12.2024 22:47
Price turun jauh tapi tak amik order penulis. Price sekarang tengah naik sikit, hence penulis masuk dulu order market. So penulis sekarang dah duduk dalam BTC.
Next, penulis set alert pada $98700, tengok sama ada resistance ini dia boleh tembus atau tidak. Kalau tak, sini area penulis sell untuk buy dip semula.
Matlamat penulis adalah untuk secured at list 3.5. BTC (asalnya 4 BTC trade capital ) dan sekarang baru 2.85 BTC. Jauh lagi perjalanan.
Trade BTC – 22.12.2024 00:44
Penulis dah sell balik area $97,120, sekarang dah set buy order area $91,529. Semoga dipermudahkan. AMIN.
Mari kita tengok chart.
Untuk 4H, 4H belum confirm sell zone, sikit je lagi, so harapnya by pukul 4 pagi, confirm sell zone agar price makin turun. Heikin ashi merah candle kedua.
Now, daily,
First sekali, price tak berjaya closed atas resistance $98700, so price overall favour ke bawah. Agak panjang jarum rejection dari langit, menandakan ramai seller amik profit. Jarum juga reject ema 8 line kuning.
Kedua, buy zone daily bawah belum disentuh ibarat anak dara, so tp penulis atas dari buy zone ni incase angan-angan tak tercapai.
Last sekali, esok pagi bangun kita tengok sama ada sell zone daily pulak yang on.
Yang seram cuma heikin masih merah, tapi makin pendek.
Trade BTC – 22.12.2024 14:30
4H candle pukul 4 pagi closed confirm sell zone baru. So price sekarang tengah turun. Kemana dia nak pergi, kemungkinan besar $91,500.
So kat mana kita nak alert takut price naik balik dan perlu cut loss masuk balik dalam BTC? Penulis monitor ema 8 line kuning.
Sekarang area $97,160.
Daily juga da closed sell zone, tapi price pagi esok yang kita nak tengok sama ada closed bawah trendline atau tidak. Kalau closed bawah, petanda nak turun lagi kuat.
Trade BTC – 23.12.2024 23:26
Semalam trade penulis terkena trailing stop loss, so penulis da masuk dalam BTC. Profit dari segi penambahan BTC, tak banyak namun alhamdulillah janji ada.
Now price tengah junam, so penulis tengah nak tengok kat mana sesuai nak masuk. Nampak macam dah nak ke support sgt dah takut kang masuk, bounce naik lega.
Kita tengok dulu. Nampak macam nak cuba area $94.8K
Pedoman Bitcoin 23.12.2024 23:36
Untuk bitcoin kekal dalam mode bull, bitcoin mesti protect support $90682 – $85010. Selagi atas support ni, bitcoin boleh pergi $110K – $130K. So ada kemungkinan sideway lama atas support ni sebelum fly atas. Tapi kalau pecah, ada kemungkinan market dah top. Lagi bahaya kalau closed bawah $73.7K ini mmg jahanam semua. Tapi reversal signal bitcoin dan S&P500 belum ada.
bersambung…