WK01
Happy new year 2025. Semoga tahun ini, kita semua sihat, panjang umur, dimakbulkan apa yang kita minta, ditunjukkan jalan lurus dengan jelas dan nyata, dan diberikan winning trade lebih banyak dari loss trade, akhirnya membuat profit yang lebih banyak dari tahun sebelumnya.
AMIN
Strategi 2025
Sebelum ini penulis ada tulis pasal strategi penulis untuk tahun 2025, hence ini penulis dah finalizekan dan commit untuk buat dan achieve pada tahun ini.
Trade 5% Sebulan
First sekali, adalah trade untuk hasilkan 5% sebulan. Capital adalah daripada 19420 (atau 20K depends on last day staking sebelum unstake) Polkadot penulis yang penulis stake.
Polkadot ni penulis akan tukar kepada USD, sebab penulis rasa dengan kadar profit staking 6 DOT sehari agak sikit compare dengan 5% profit sebulan dari USD.
Pengiraan,
6 DOT * 30 = 180 DOT sebulan, kalau DOT $10, baru dok ada RM8046 sebulan.
Compare, kalau 20,000 DOT * $10, = RM894K, dimana 5% sebulan adalah RM44.7K sebulan.
Of course, trade lebih risky dari staking, tapi DOT punya performance agak lemau dan penulis tak rasa boleh pergi balik ATH $54 dah.
Namun begitu, trade ni tak boleh start lagi selagi,
a. Penulis tak unstaking DOT
b. DOT tak naik $10 per DOT in order capital. nak jadi RM894K.
Berapa harga DOT hari ini? $7.33
Berapa jauh DOT boleh pergi by MAC ini?
Kalau crypto market pergi $7T, ini projection DOT.
Berapa value DOT yang stake tu?
Hence, selagi tak fulfill 2 syarat ni, penulis tak boleh nak start trade 5% lagi.
So sementara tade income ni canne nak survive?
Penulis kena guna duit simpanan penulis dimana sebulan nilai dia RM45K. Lagi lama tak trade, lagi banyak RM45K habis, kalau kena 10 bulan, mau RM450K. Lega….
Unless, plan B, penulis depo RM200K, so kalau boleh trade 5% sebulan, ada la RM10K sebulan untuk top up hence guna saving RM35K per month. Kita tengok macam mana.
Kalau nak RM20K, kena la depo RM400K.
Bukan senang mau senang deeeer.
Unless option C, trade guna BTC yang ada dalam exchange sekarang ni, buy dip macam tahun 2024.
Trade 1000X
Yang ni seperti yang penulis dah tulis, penulis akan start grow capital penulis dari 1X hingga menjadi 1000X.
So penulis dah allocate 3 set capital. $5K, $2K dan $1K.
Penulis bahagikan kepada 4 stage,
a. Stage 0 – Pre
b. Stage 1 – 10X
c. Stage 2 – 100X
d. Stage 3 – 1000X
Trade ni penulis da start W47 rasanya, dibawah adalah performance setakat ini.
Agak mencabar, namun banyak yang penulis belajar, 2 set tengah rugi tapi satu masih berjaya. 2 set tu sebab tak cut loss punya pasal sebab di Kraken tade OCO punya order. So yang $1K penulis trade kat exchange yang ada OCO dimana boleh buat 2 order terus sama ada SELL LIMIT atau CUT LOSS. Ini untuk minimize risk.
Dalam masa yang sama juga penulis ada setup server discord, dimana penulis bagi $5K kepada 5 trader lain adik beradik dan kawan penulis, untuk sama-sama grow capital.
Depa semua ni masih kerja, tapi harap depa semua boleh at least grow 100X capital dan terus jadi full time trade yang berdisiplin.
Kalau $1K grow jadi $100K, at least lepas tu boleh trade 5% sebulan sorang ada dalam RM25K gaji dah. Melebihi gaji kerja.
Anyway journey ini akan jadi sangat panjang, taktau tahun bila setel, mebi setahun, mebi dua tahun, mebi 10 tahun, hanya Allah yang maha mengetahui.
Dalam discord tu penulis sarankan hari-hari buat 4 benda selain trade.
a. Meditation 15 minit > untuk tenangkan minda
b. Exercise 30 minit > untuk badan cergas
c. Baca yasin > untuk buang negatif energy dan tarik positive energy
d. Doakan semua trader achieve 100X > dah usaha kena doa la
Penulis bukan jadi guru dalam discord tu sebab nak jadi guru atleast 10 tahun pengalaman. Penulis baru 3 tahun, hence kami sama-sama belajar untuk sama-sama berjaya.
Doakan kejayaan kami. AMIN.
Now, 2 benda kat atas tadi 5% dan 1000X adalah kategori trade, namun itu tak termasuk yang penulis hodlr. Hat ni lain kali lah penulis cerita, cuma doakan agar BTC naik $1M satu hari nanti.
So, boleh berjaya ke tak dua benda ni?
Untuk 5%, penulis buat kiraan kasar, untuk tahun 2024, penulis buat 2% per month. So kena hustle lagi untuk naik 5% sebulan.
Untuk 1000X, ini benda baru bagi penulis, so boleh jadi berjaya, boleh jadi melingkup.
Apapun penulis rasa kita hanya mampu berusaha, insya Allah kalau niat kita baik, niat untuk berikan kehidupan lebih baik kepada keluarga, insya Allah tuhan bantu.
Kita orang islam kena kuat connection kita dengan Allah, sebab hanya kepada Allah kita bergantung harap.
Pedoman Bitcoin 07.01.2024 21:19
OVERVIEW
1. Cite dia sekarang BTC dari wave 4 nak pergi 5. Check weekly graph.
2. Target ujung wave 5 adalah $110418 – $11600, atau lagi tinggi $129725.
3. Based on pergerakan S&P, boleh jadi push ke $129K kalau kena gaya.
MICRO
4. Support sekarang adalah 91271. Pecah ni, next support 85010 area 21wma. Ada kemungkinan turun sini sebab price canak sangat. Expect deeper correction.
5. Kalau jatuh, masih lagi BULL jangan risau. Unless ada signal lain dalam S&P yang gila.
6. Kalau tak jatuh, BTC sideway area 91K – 102K.
7. Ada tak kemungkinan BTC dah top? Ada. Sebab kenaikan rally previous 16K ke 73K, kalau ukur tinggi dia, sama dengan rally 49K ke 108K lebih kurang. Namun kemungkinan ini masih awal untuk dimuktamadkan. Belum ada signal top lagi.
8. Near Resistance adalah $99.8K – $102.7K, kena try ni dulu sebelum nak senyum ke $120K – $129K by Mac nanti.