WK10
Salam ramadhan untuk semua. Bagi yang berpuasa, selamat berpuasa…. hihihiihi.
Kita mulakan posting kali ini dengan gold.
Gold Forecast Long Term
Menurut satu sumber, team Goldman Sachs Research meramalkan bahawa gold akan pergi setinggi $3,100 per ounce by hujung 2025. Ini meningkat dari ramalan asal iaitu $2,890.
Manakala ramalan lebih panjang, adalah $3,294 per ounce pada mid 2026. Ini carta ramalan.
Berita lanjut, baca sini.
Manakala, terkini, ini adalah pegangan gold yang melebihi 200 tan.
Untuk south east asia, Malaysia di tangga ketiga, 38.8 tan atau 38,800 kg.
Berapa value 38,800 kg ini? Adalah lebih kurang RM16.39 B.
Berapa besar RM16.39 B? USD 3,673,314,740 atau $3.67 B.
Pedoman Gold 04.03.2024 23:43
- Last time kita kata gold nak pullback, hence gold pullback hingga ke $2832, meaning masuk dalam area target kita. Ini last 2 weeks punya ramalan. “So nampak macam kena pullback dulu sebelum Satria Ejen Ali bangkit 2025 sebab overbought gila-gila. Now, support adalah $2854. Ini mungkin level pullback, atau bawah lagi area 21D MA area $2829.”
- Hence, kita rasa ini sudah habis pullback, kalau closed atas $2888, maka dah bottom pullback ni.
- Tapi kalau tak lepas $2888, barangkali gold boleh turun lagi ke bawah area $2814 – $2790.
- Apapun kena protect support $2689 untuk terus bull.
- Pecah ni boleh pergi $2536 tapi ini bukan favor kita.
Now, ini ada sedikit idea bulan ramazon.
Hari ni kalau check telegram Habib Jewel yg ada dekat phone bini, price 100g adalah sekitar RM43K something. So kalau beli dua, which is modal dalam RM86K something atau maybe RM87K, tunggu price gold naik sampai RM50K then juai boleh untung dalam RM14K.
Boleh ke naik RM50K? Kalau tak silap penulis hari tu jenjalan mall tengok harga 100g cecah RM49K ada satu hari tu.
RM14K ni kalau bahagi 12 bulan, sebulan dok ada RM1.16K, dan kalau benar profit RM14K, meaning dah profit dalam 16% dalam masa few weeks. Boleh la buat bayar apa yang patut contoh IWK ke… quit rent ke etc.
Adakah gold akan naik? Kalau closed $2888 mebi boleh. Ni nak raya ni sure ramai mak bedah ngan nana pi Habib beli emas. Pulak tu weekly MACD dah macam nak bersilang sebagai tanda ingatan tulus ikhlas confirmation nak naik. Heikin Ashi daily da start ijau. AMIN
*Update risikan Habib
Malangnya, kalau kita jual balik k Habib, dia bukan amik harga jual kedai hari tu tapi ada harga beli. Maka kalau nak jual kena make sure harga habib beli tu boleh bagi untung dalam erti kata lain, agak lama la nak tunggu. So kesimpulan dia, jual beli fizikal emas agak tak signifikan untuk shorty termos.
Pedoman Bitcoin 05.03.2024 00:43
- Kedudukan macro adalah 4 nak pergi 5, dimana 5 adalah $120K – $160K. Kedudukan micro sekarang masih lagi dari B nak pergi C, C belum complete. So selagi tak complete, tak boleh nak naik tinggi.
- Now, kita tengok detail. Bitcoin dah pergi paling bawah $78219, namun belum closed bawah $80K, dan dah naik kelmarin hingga $95K, tiba hari ni turun balik ke $82840.
- So now level penting kita nak kena aware adalah $78219. Kalau closed bawah ni, masak lemak.
- Kalau closed jugak bawah $78219, next support adalah $73,835. Kalau closed bawah $70K, bull dalam bahaya.
- Untuk naik sedap, BTC kena closed atas $95K.
Apa yang penulis monitor sekarang adalah, kalau price closed bawah trendline kuning, kemungkinan penulis akan sell BTC penulis untuk TP buy dip bawah lagi.
Now, apa yang seram?
Masalah sekarang S&P500 macam nak closed bawah level critical $5827 dimana next support adalah $5669.
$5827 adalah bearish untuk S&P, yang akan menyebabkan kita kena tengok balik market ni sebab kemungkinan S&P mungkin dah top brader.
Pedoman Bitcoin Khamis
- Price stuck antara resistance 95128 dan support 81444.
- Untuk sambung bull, kena pecah, closed atas 95128.
- Untuk sambung bear, kena pecah, closed bawah 81444.
Trade Status BTC 06.03.2025 22:58
Untuk BTC, bulan Mac ni penulis ada masuk satu trade dan dah untung pun dalam 0.15. So profit terkumpul termasuk FEB adalah berjumlah 0.433. Alhamdulillah.
Bulan ni dapat idea nak buat score card bagi semangat pada diri sendiri untuk trade 3 BTC ni tengok tahun ni dapat tak kumpul balik 3 BTC jugak.
So ni update portfolio, tengah tunggu nak buy dip area 83K.
Lain-lain trade tengah float so malas nak update.
Now, kita tengok kemana hala BTC. Adakah naik atau turun?
Kalau ikut pemerhatian harapan penulis, macam baru complete ABC dan next move adalah 12345 kebawah. Harapnya-lah. Apapun kita tunggu. Take note jangan percaya sangat DYOR.
Trade Status BTC 08.03.2025 12:09
Now, melihatkan pada S&P500, market memang tengah drop kaw-kaw.
Pagi tadi ingat trade dah close tapi price tak turun sampai area TP penulis. Paling low 84655. Penulis set buy 83000.
Anyway, wiken ni kita tunggu lagi. Kalau tengok gaya macam ada harapan. Penulis adjust TP kepada 83500.
Daily heikin dah start merah.
Kalau tengok chart monthly, signal nak turun ada namun confirmation turun belum.
bersambung…