WK11
10 minggu telah berakhir. Dan kita telah pun berpuasa hampir 10 hari (9 hari). Penulis dah beli baju raya untuk semua termasuk mak ngan abah penulis. Namun wiken hari tu balik, size baju abah tersalah pulak. Tak pernah beli baju salah size ini first time.
So baju tu penulis bagi pada adik penulis, hence minggu ini nak kena pi beli baju size yang betul untuk ayah penulis.
Baideway, ada satu iklan raya sedih gila sampai menitik air mata penulis. Iklan raya BHP lakonan Jalil Hamid. Boleh try cari kalau nak feel dan tahu ada banyak dosa ke tidak dengan abah kita.
Apapun, mari kita tengok market.
S&P 500
1. Paras usha kita adalah 5666.
2. Kalau sedap, bounce dari sini pi naik atas sampai 6000. Kalau ye (direct atau zigzag), maka bottom dah market S&P500. Ini bullish scenario tapi macam tak berapa menyengat.
3. Higher probability, selagi bawah 6000 : Kalau pecah kebawah, boleh pergi 5618 atau lagi parah mebi 5518 – 5500.
4. Now, dow bearish signal dah ON, so kalau market turun 16%, 5130 – 5160.
Untuk faham dow bearish signal, leh layan video ni.
Gold
Habib ada buat sale puasa rantaian kasih, tapi set barang kemas untuk raya belum keluo lagi. Apa lagi, pi la beli barang untuk bini ngan mak dan mak mertua.
Now, mari tengok apa cite gold.
1. Persoalan semua warganet, jin-jin, orang bunian dan pak kodi adalah boleh ke gold rally ke 3000?
2. Paras usha kita untuk terus bull adalah 2790.
3. Favour kita masih lagi uptrend selagi maintain atas 2859.
4. Tapi kalau pecah 2859, boleh drop ke 2814 – 2812. Ini bermaksud correction ABC.
Bitcoin
Seperti biasa, Bitcoin sangat dipengaruhi oleh S&P 500, so kena aware pasal S&P juga.
1. Now, resistance besar Bitcoin adalah 95128 – 99517. Selagi tak pecah ni, favor ke bawah.
2. Paras kritikal usha kita adalah 78033 recent low.
3. Pecah ni boleh pergi 73868 – 70675. Ada juga pendapat mazhab lain boleh pi $65K.
Trade Status Bitcoin 9.3.2025 11:45
Penulis sedang menunggu buy sell area 80,009 setakat ini yang patutnya last week set pada 83500. Tengok sama ada nak amik dulu, then sell balik untuk beli area lagi bawah, atau terus set lagi bawah. Hat ni hari tu sell area 88400.
Trade Status Bitcoin 10.3.2025 14:30
Penulis dah closed trade pagi tadi dengan membeli dip 80600.
Now, penulis decide nak amik dulu then jual balik nanti, hence securing dulu BTC. Ini stat terkini. Alhamdulillah.
Trade Status Bitcoin 11.3.2025 12:59
Penulis tengah monitor, kalau pagi esok closed bawah $78K, then penulis akan sell BTC penulis, untuk buy dip area $74K – $70K.
Seram tengok chart malam ni.
Trade Status Bitcoin 11.3.2025 23:31
Siang tadi penulis tak sempat buat apa pun, bangun lambat. Pastu tengah hari agak sibuk pergi beli baju raya mak ngan abah penulis. Petang lepas amik budak sekolah terus cergas beli baju raya budak2.
Sambil-sambil tu penulis dah sell semua BTC pada price 81200.
So now penulis nak tunggu untuk buy dip secepat mungkin atau tengok accane. Nampak macam price tak lepas dalam trend line kuning, namun yang serr adalah rejection dari bawah agak kuat.
Menengokkan heikin, nampak macam mengendur. So kepada Allah penulis berserah. Semoga dapat buy dip, AMIN.
Kalau tengok liquidity, boleh pergi 78.6K dulu kalau market maker nak gamekan ramai.
Ini update chart dengan trendline lebih detail.
Now penulis login masuk kraken tetiba ada verified apekenda ntah. Agak aneh, tapi sebab boleh trade macam biasa, penulis abaikan sahaja.
Other Market 12.3.2025 00:22
Kita tengok S&P500, nampak makin menjunam. So BTC akan follow the leader.
Ini weekly, nampak price nak pergi 5500.
Dow jone dan russel juga menghampiri level parah bear market indicator.
Blog Update 12.3.2025 18:05
Ini ada penguluman penting. Domain name blog ni ada orang nak beli dengan harga yang sedap. Untuk itu, penulis sedang dalam proses nak pindahkan semua content blog ini kepada blog baru. So, kalau anda sering baca blog penulis ini, boleh email kepada penulis agar penulis boleh email link blog baru.
Timeline : 03.04.2025 pindah server baru dengan alamat domain baru.
Sekian, Harap maukulum.
Other Market 14.3.2025 00:06
Mari kita tengok S&P, 5500 semakin menjadi kenyataan. Kalau support 5500 pecah, next lagi bawah 5160.
Dow Jones telah menyentuh garis bear Ali.
Russel belum lagi.
bersambung…