WK19
Tengok macam market nak turun, petanda banyak juga. So skit lagi kita tengok detail.
Porftolio Update
Last week dah cut loss masuk balik dalam BTC, so modal jadi 3.24 BTC. Tapi ujung minggu last week juga dah sell balik so sekarang modal dah duduk balik dalam USD.
Menanti untuk buy dip.
Now, kenapa penulis sell balik?
Masa penulis tengok tu 4H dah pecah support line merah tebal tu, so penulis pun sell la. Now tengah tunggu nak buy balik.
Crypto Market 04.04.2025 21:44
Market sekarang adalah 2.92T. Cerita dia gaya nak turun.
1. Sell zone daily dah confirm. Ada engulf sell.
2. Bearish divergence antara chart dengan volume.
3. RSI signal nak turun, MACD confirm nak turun.
Apa yang nak kena hati-hati adalah Larson Line baru nak bersilang namun belum kuning lagi, so bull belum mari lagi.
Manakala heikin baru first candle merah.
Trade Bitcoin 04.04.2025 21:44
So kalau tengok chart BTC sekarang,
1. Sell zone daily dah confirm. Ada engulf sell.
2. Bearish divergence antara chart dengan volume.
3. RSI signal nak turun, MACD confirm nak turun.
Heikin pun baru first candle.
So kesimpulan dia nampak macam tak lepas 96K punya resistance Bitcoin ni.
Recaps Sejenak 05.04.2025 00:37
So penulis terfikir, sebenarnya tahun ni berapa target penulis untuk settlekan semua expenses penulis. Hence, ini rumus dia.
Diberi, sebulan expenses dalam RM45K / $10.6K. Maka, berapa yang perlu untuk setahun?
Untuk 12 bulan
= RM45K * 12
= RM540K
= $127K
So, untuk kalau profit achieve 1 BTC untuk tahun ini, dan BTC price naik $127K, dah setel expenses 2025.
Namun kalau nak 12 bulan gaji + 6 bulan bonus (sebab selama kerja tak pernah dapat 6 bulan bonus),
= RM45K*18
= RM810K
= $191K
So, berapa BTC nak kena dapat?
Kalau BTC target sell $127K, kena ada 1.5 BTC sebab,
= 1.5 BTC*$127K
= $191K
Kesimpulannya, target profit BTC tahun ini adalah diantara 1 BTC ke 1.5 BTC. AMIN
Sekian sejenak.
Trade Bitcoin 05.04.2025 20:57
Tengah hari tadi ada discuss dengan member pasal chart, didapati, monthly chart sebenarnya agak bearish.
Signal turun ON, confirmation turun pun ON. Price tak lepas sell zone. So ada possibility price retest buy zone area $84200.
So kita monitor pada trenline biru agar jangan pecah ujung bulan ni.
Trade Bitcoin 06.04.2025 00:11
Melihatkan kedudukan price sekarang nampak dah pecah channel. Esok pagi tengok confirmation pecah atau tidak.
Trade Ethereum 07.05.2025 08:00
Penulis ada masuk trade untuk ETH dimana penulis telah menjual 40 ETH simpanan penulis. Buy area adalah 1620.
Kepada Allah penulis berserah….
Debt Update 07.05.2025 13:06
Salah satu kenapa web decentralife.co ini dibuat adalah untuk settlekan hutang penulis yang banyak itu. So penulis terpanggil untuk tengok berapa hutang penulis lepas artikel Fazura punya hutang keluar semalam. Basically total hutang (syarikat dia ya bukan personal) adalah around RM 4.65 M.
Now, kita sebagai umat islam (bukan nak backup Fazura ok) kita kena doakan agar dia dipermudahkan urusan dan settle hutang dia. Take out yang penting bukan hutang dia, tapi berapa hutang kita.
Setelah update cashflow bulanan penulis, penulis dapati yang hutang penulis adalah sekitar, RM4.74 M, dimana, lagi besar dari hutang syarikat Fazura. Dem!
Tapi tu sekali imbas la. Yang bahagian akhir RM508K tu bukan penulis hutang dengan kawan-kawan, tapi kawan-kawan yang pinjam duit penulis tapi tak bayar2 lagi. So penulis tulis je la hutang jugak sebab satu hari nanti kalau depa bayar balik, kira boleh naikkan jumlah net worth penulis. Or, mana tau satu hari instead of depa tak bayar, penulis write off hutang depa ni dengan profit trade penulis. Mana yang sampai dulu la.
So kalau tolak 500K, jumlah hutang penulis adalah sekitar RM4.24 M so kecik sikit dari hutang Fazura.
Anyway, disebabkan ini, net worth penulis sekarang jatuh dari 2 angka jadi 1 angka. Kalau tade hutang 4 juta, barangkali net worth penulis 2 angka.
Adakah mempunyai hutang RM4.74 M ni sihat berbanding aset RM14M?
Kalau tengok kata prof, 30%. So kalau penulis, area 33%. Nampak macam okla cuma lebih 3% dari standard. Tapi tak berapa sedap gak tiap2 bulan asyik bayar hutang je apa kejadah.
So tahun ni penulis rancang nak settlekan 3 hutang supaya lebihan bajet untuk 3 hutang ni boleh di snowball ke hutang lain.
3 hutang ini adalah,
Personal Loan – RM23.8K, sebulan bayar RM3.5K
Credit Card – RM19.8K, sebulan bayar RM2K
Hutang lama ngan kawan – RM4K, sebulan bayar RM0.5K
Total 3 hutang ni dalam RM47.6K, almost RM50K, dengan bajet bulanan RM6K. Kalau setel hutang RM50K ni belum boleh elokkan debt to asset ratio penulis sebab takat RM50K, apalah sangat.
Untuk turunkan ratio dari 33% ke 20%, hutang mestilah turun dari $4.74M kepada $2.8 M. Kalau tengok penulis punya hutang, nak tanak kena partial payment housing loan baru boleh move banyak. Takpelah, kita target kecik dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Itu yang penulis semalam tambah lagi capital untuk trade iaitu 40 ETH. Penulis harap dengan trade ETH dapat setelkan 3 hutang ni secepat mungkin agar penulis ada lebih RM6K setiap bulan untuk fokus bayar hutang lain pulak.
Doakan kejayaan penulis, semoga kita bebas hutang segera. AMIN.
Trade Bitcoin & Eth 08.05.2025 13:59
Sebelum tidur semalam penulis set stop loss pada semua trade penulis incase lepas Fed Meeting price mencanak naik. So kedua-dua kena SL Buy.
Cite dia sekarang kita monitor price naik dan tunggu waktu untuk sell pada resistance.
ETH – 2150
BTC – 102K
BTC Long 08.05.2025 19:59
BTC Long adalah chart yang paling simple dan terbalik dengan price BTC.
Penulis baru tahu chart ini lately dari bicara crypto. Now, penulis rasa nak guna chart ini sama ada ok atau tak untuk tengok bila reversal Bitcoin.
Sekarang price tengah naik, so penulis nak tengok adakah reversal berlaku pada support. Cabaran chart ini adalah dia bukan menyeluruh, tapi hanya di Bitfinex. So dia beri kita idea atau gambaran kecil dari bigger picture yang sedang berlaku, so ada kemungkinan tak tepat sangat, namun ia membantu.
Trade Bitcoin 08.05.2025 20:12
Price tengah nak retest $100K, namun jangan galak sangat. Ini kerana, kalau tengok weekly punya volume, semakin minggu, semakin lemah volume berbanding price yang kian naik.
Pedoman Bitcoin 09.04.2025 00:39
1. Support adalah 95800.
2. Resistance adalah 102000.
3. Selagi atas 95800, ada potensi ke 105000. Closed bawah 95800, pullback start.
Pedoman S&P500 09.04.2025 00:40
1. Support adalah 5578.
2. Selagi atas 5578, ada potensi ke 5750 – 5800.
3. Break support 5578, pullback boleh jadi 3% atau lebih.
4. Pecah 5433 lagi teruxxxs.
Trade Bitcoin & Eth 09.05.2025 13:24
Penulis dah sell semua BTC dan ETH penulis. BTC sell secara trailing stop loss manakala ETH sell secara market.
So sekarang rehat jap tapi dah set order untuk buy dip. Nanti penulis update next week.
bersambung…