Trade Log : w20 2025

WK20

Penulis wiken ni staycation, bawak isteri dan anak-anak bercuti lepak hotel. Lama tak cuti sebab bila nak cuti je ada macam-macam hal jadi. Alhamdulillah, kami lepak 3D2N kat KL atau tengah-tengah ibu kota ni atau jalan kaki pergi KLCC mahupun pavilion. Punya la lama penulis tak datang sini, dah macam-macam jenis bangunan tumbuh kat sini.

Porftolio Update 

Porftfolio naik mendadak dangdut sebab ada pertambahan modal 40 ETH last week.

Modal trade BTC dah duduk dalam USD. Modal trade ETH, duduk dalam SUI. Harap SUI tak suwey.

Matlamat minggu ini adalah nak buy dip BTC agar gain balik profit which is besarkan bilangan BTC. Untuk ETH, nak gain profit in ETH dapat 5% pun jadilah.

Gold 12.05.2025 00:26

1. Gold punya indicator extreme dah hence, expectations adalah pullback.
2. Selagi price bawah 3500, potensi pullback besar.
3. TP pullback area 3132 – 3000. Kalau lagi deep, 2830.
4. Namun kalau gold pecah atas 3500, TP area adalah 3600 – 3670.
5. Dia sekarang AB dan complete so B nak pergi C. C ni yang area 3000.

Bitcoin 12.05.2025 00:36

1. Support terdekat adalah $101,881.
2. Resistance adalah 109,358.
3. Support bull structure akak BTC dah bottom adalah $88804 – 93500.
4. Next TP besar adalah $121500 – $130000.

Ethereum 12.05.2025 00:48

1. Support terdekat adalah $2150, support structure adalah $1751.
2. Resistance adalah $2746 dan $3067.
3. Next TP besar adalah $3525.

Trade Ethereum 12.05.2025 00:51

Now mari kita tengok chart untuk analisa probability.

4H, dah confirm sell zone, RSI signal turun ON, MACD confirmation turun ON. Heikin sudah merah dan semakin membesar.

4H, trend, turun.

Manakala daily,

Esok kita nak tengok adakah candle closed sebagai sell zone. Signal turun ON, comfirmation turun belum lagi. EMA Daily adalah 1983.

Now, modal asal ETH dalam SUI, ntah apekelancau pagi tadi boleh beli SUI, konon nak besarkan USD, sekalu SUI turun. So now mebi nak cut loss SUI. Beli SUI area $4.04.

Sekarang 4H SUI masih dalam channel uptrend, tapi kalau break, penulis akan cut loss. Issue dia 50-50 sekarang, reject sell zone 4H, tapi reject support uptrend channel. Tricky.

Imbas balik, apa kesilapan gatai masuk SUI pagi tadi? Tak tengok chart penuh dimana 4H RSI dan signal turun, confirmation turun pun ada, malah bearish divergence antara chart dengan indicator. INI MEMANG SALAH BODO.

Now, penulis masuk Sell Trailing Stop 2%. Meaning kalau jatuh 2% malam ni, cut loss. Tapi kalau naik, follow dari bawah naik sama sampai price lipat baru exit.

Trade Ethereum 12.05.2025 10:17

Alhamdulillah trade SUI dah closed dengan profit. Price naik retest itu resistance channel, namun nampak gaya reject kwatt.

Taktik trail stop loss agak sedap, semalam kalau pecah channel kita cut loss rugi sikit. Tapi bila price naik, kita follow dan kalau price naik jauh, kita profit banyak. Kalau price naik sikit then lipat, kita still ada profit.

Trade BTC 12.05.2025 10:59

Mode masih menunggu. 4H, nampak macam nak pecah support channel. Sell zone dah confirm tapi dah juga invalidated. Harap pecah teruxx.

Kalau tengok liquidation map, kuat area $102K, manakala area $93.5K macam sedang membina.

Trade BTC 13.05.2025 12:51

4H BTC dah pecah channel. Ada sell zone. Price juga turun serendah $100772 elok atas channel sebelum ini, tembus sikit area support terdekat adalah $101,881. Sekarang price tengah nak makan habis sell zone kedua.

4H kita nak tengok dia boleh tembus naik tak EMA8, kalau gagal, gaya nak turun lagi. Atau, adakah price buat pulak buy zone baru. Apapun, heikin dah merah mengecil.

Daily pula memberi harapan kepada para trader yang dalam USD dan menanti buy dip. Kita dapat lihat dimana candle semalam telah confirm sell zone.

Signal turun ON, menanti confirmation turun ON.

Kalau closed bawah near support $101,881, hence petanda turun tinggi.

Kalau zoom out jauh weekly, adakah BTC akan membuat pattern kote atau inverse head & shoulder? Ini diperlukan untuk BTC terus bullish.

Sejajar dengan itu juga ada liquidation area $92K yang membenarkan ramalan ini berlaku dimana $92K adalah titik terbawah telur kote sebelum membuat pusingan naik.

Fitness Level 14.05.2025 03:11

Tadi penulis minum dengan kawan, borak pasal trade macam-macam. Agak lama penulis tak trade 1000X, so rasa nak start balik. Anyway, mebi nak aktif group discord untuk sama-sama motivasi agar ultimatenya sama-sama dapat 1000X.

Now, sambil itu juga, disebabkan dah tua, wealth yang sebenar adalah bukan duit tetapi kesihatan. Hence, penulis sempena ulangtahun setahun tak kerja dan full time trader, berazam untuk berhenti merokok di samping nak jaga kesihatan dan jadi fit semula macam dulu.

Penulis dulu suka lari. At one time, fitness level penulis mengikut Strava adalah mencecah 50 markah. Ini paling top tahun 2022.

So sekarang penulis dah start lari balik last week, dengan harapan menjadi fit semula. So mulai next week, selain dari update portfolio ada berapa juta, penulis juga akan update level fitness penulis berapa. Ini terkini. Baru 1 markah.

Kesimpulan cite dia adalah, selain daripada monitor trade wealth, penulis juga nak monitor health penulis. Tanak nanti satu hari sedar-sedar dah tua, nak naik tangga rumah pun sakit lutut, mengah dada.

Doakan kejayaan penulis, dan penulis doakan kejayaan anda! Baru la sedap sikit trade, badan fit. Kata bapak penulis, otak yang cerdas adalah kerana badan yang cergas.

Ayuh!

Trade 1000X : 2.5K 14.05.2025 03:17

Daripada lemau menunggu Kaspa yang tak kunjung kena, penulis nak try SUI.

Modal sekarang dah tinggal 1088, so cuba buy di support area $3.83 untuk jual balik area $4 lebih. Tengok canne.

Trade 1000X : 1K 15.05.2025 01:26

Penulis dah beli PAXG, so sekarang dah set sell area $3364. Nampak macam dalam channel unless break support.

Pedoman Bitcoin Edisi Khamis 15.05.2025 21:58

1. Support terdekat adalah $100,700.
2. Resistance adalah $106,680 – $110K
3. Pecah support $100,700 next $98500 – $95600

Trade 1000X : 2.5K 16.05.2025 14:51

Penulis semalam masuk SUI tapi lepas dia cam nak turun, penulis cut loss. Sekali dia naik. So senyum je la. La ni penulis dah masuk LINK.

4H ada buy zone, price dalam sideway channel. Fast in fast out, TP 3% jadilah.

Trade 1000X : 1K 16.05.2025 22:46

Trade PAXG dah closed melalui trailing stop loss, profit adalah 1%. Alhamdulillah.

bersambung…