WK21
Minggu ni agak seram sebab ni apsal BTC tak pullback2 lagi. Adakah akan naik terus tak turun? So kita tengok.
Fitness Update
Sebelum masuk trade, kita tengok health dulu. Tak guna kaya kalau tak sihat. In term of fitness, naik dari 1 ke 2 untuk last week. 30 minit punya run dah dapat 3KM berbanding mula lari hari tu 30 minit 2KM lebih.
Porftolio Update
Modal semua dalam USD standby nak buy dip BTC, ETH.
Untuk 1000X, secara average semua tengah rugi sekitar -22% dimana loss total adalah -$1845.
Dah lama tinggal trade 1000X ni last week baru start balik. Paling barai modal $2.5K lost almost -56%.
Pedoman Bitcoin
1. Higher wave count adalah 4 nak pergi 5.
2. 5, area 130K – 145K, tahun ini atau tahun depan.
3. Area nak kena protect untuk terus bull adalah $93500 – $88804.
4. Dari W20, support terdekat adalah $101,881 manakala resistance adalah 109,358.
In term of liquidity, paling bawah $92.5K.
In term of Long, masih merah, belum hijau untuk start turun.
Pedoman Gold
1. Gold dah buat ABC, so sekarang soalnya C ni dah habis belum.
2. Selagi bawah 3265, favor ke bawah boleh jadi 3022.
3. Kalau pecah atas 3265, retest balik resistance 3410.
Pedoman S&P
1. Level nak tengok adalah 5866, break ni pullback start.
2. Lower timeframe dah ada negative divergence.
3. Expectation pullback adalah corrective overlapping atau 3 way structure ABC.
4. Tapi kalau pullback impulsive 5 ways, so downside risk tinggi.
5. Pullback pendek 5779 (3%) atau 21 DMA.
6. Deeper pullback 5481 – 5578.
7. Kemungkinan overall adalah ATH bagi S&P untuk tahun ini. Level minimum adalah 6476 setinggi 7278.
Trade 1000X : 5K 19.05.2025 00:35
Sekarang modal 5K ni tinggal $4618. So dah masuk PLUME $0.177 dan TP pda $0.20. Nampak macam OK sebab buy di area support dan target jual dia area resistance.
Jatuh bawah 0.172 kita cut loss. Ini setup.
Trade 1000X : 2.5K 19.05.2025 01:52
Menunggu SUI area $3.57 which is support channel.
Trade 1000X : 1K 19.05.2025 01:52
Capital terbeli BTC, nantilah kalau jual ganti balik. Capital sekarang $888.
Trade BTC : 19.05.2025 01:29
BTC naik $105700. Ni ntah-ntah naik sampai $109,358. So penulis masuk dulu dan set trail stop loss 1% in case breakout ni tipu dan price patah balik.
Trade ETH : 19.05.2025 01:32
ETH nampak reject channel resistance, so masih maintain buy pada area $2050.
Crypto Semasa
Ini ada berita pasal BTC nak fork pulak. Ntah berapa kali nak fork daaa….
Trade 1000X : 5K 19.05.2025 15:10
Trade ini penulis dah cut loss. So set order buy bawah lagi 0.10785 untuk sell balik nanti bila bull.
Trade BTC : 21.05.2025 11:57
BTC tengah naik ni namun kalau ikut channel, belum break resistance lagi, so ada kemungkinan kencing macam awal minggu hari tu. So penulis agak berat hati nak cut loss ni sebab rasa ini macam game market maker.
Dalam masa yang sama, volume juga tak support.
4H lagi clear.
Kalau tengok pada liquidation value, kuat pada 108K so macam nak naik sini dulu sebelum dump price.
Bybit lagi tinggi dalam $282 M area $107.9K.
Trade BTC : 21.05.2025 18:02
BTC 4H dah ada campak bintang luar angkasa dari langit 7. So harap ni starting point nak turun bawah la ni.
D EMA 8 pada 105,078 dan D EMA 21 pada 101,646.
Trade BTC : 22.05.2025 00:30
Dia pacak gaisssss… nok hare. Resistance pedoman adalah $109,358. Doa penulis adalah kena resistance dia jatuh teruxxx $93500. AMIN x 10juta.
Trade 1000X : 2.5K 23.05.2025 01:10
Sebabkan SUI tak naik masa tu so penulis decide untuk masuk DOGE.
Now, terkini, penulis dah sell dengan profit 2%.
So trade capital sekarang untuk 2.5K adalah $1057 dengan loss 58%.
Pedoman BTC Edisi Khamis
1. BTC naik pecah ATH january, sekarang berada di kedudukan $111837.
2. Menurut master, masih tiada tanda negative divergence di timeline kecik, biasanya kalau nak start pullback dia kena ada.
3. Next resistance $115K, nampak boleh pergi selagi atas $107,785.
4. Break bawah $107,785 – $106K, ada harapan pullback ke $103K – $100K.
Trade BTC : 23.05.2025 01:32
Penulis set buy area $109K, untuk TP $115K. Kepada Allah penulis berserah.
bersambung…