Trade Log : w22 2025

WK22

Crypto nampak semakin lemah, so minggu ini kita nak monitor jauh mana dia boleh turun dan turun lagi.

Fitness Update 

Minggu lepas haram tak jogging sibuk gila, so fitness agak maintain nyaris tak turun. Minggu ni penulis cuba bangkit dan kembali, mawar berduri ejen ali. Target 3 atau 4 jadilah.

Porftolio Update 

Modal semua dalam USD standby nak buy dip BTC, ETH. Turun sikit compare last week sebab ada masuk BTC jap last week pastu keluar balik.

Untuk 1000X, secara average semua tengah rugi sekitar -30% dimana capital sekarang adalah $5969 daripada asal $8500.

Last week ada trade profit tapi banyaknya cut loss, so modal turun. Minggu ni tengok canne tapi kalau market bear tak masuk rasa.

Pedoman Bitcoin

1. Last week kita tahu next resistance $115K, nampak boleh pergi selagi atas $107,785.
2. Break bawah $107,785 – $106K, ada harapan pullback ke $103K – $100K.
3. Now, price semasa adalah bawah support $107,785 dimana sekarang adalah $107,312. So nampak ada harapan nak retest $103K – $100K.
4. So apart from cite minggu ni?
5. Nampak gaya sekarang kalau wave kecik, 3 baru habis dan 3 nak pergi 4.
6. 4 ni mebi around $105176 – $100955 atau 21 EMA atau 34 EMA.
7. Setel ni baru naik ke wave 5 iaitu starting $121500 dan lagi jauh $130K – $145K.
8. Area nak kena protect untuk terus bull adalah $93500 – $88804.
9. Now, risk scenario kedua, kalau price balas balik atas, itu tanda dia nak try $115K dulu sebelum turun pullback, meaning, level nak kena tengok adalah $107,785.

In term of liquidity, paling bawah $93.2K.

In term of Long, masih merah, belum hijau untuk start turun.

Trade BTC : 26.05.2025 15:47

Kalau tengok BTC punya weekly, RSI memang dah signal nak turun namun confirmation turun belum lagi dan agak jauh.

Kalau tengok 4H pulak, dah breakout untuk naik ke atas namun yang menghalang sekarang adalah sell zone daily.

Kalau ikut pedoman, price dah atas balik $107,785 so ada kemungkinan nak terus pi $115K dulu sebelum buat pullback. Dalam erti kata lain, ada possibility wave 3 belum top dan masih ada momentum nak naik lagi.

So, penulis amik risk masuk dulu dalam BTC dan kalau naik ke $115K alhamdulilah ada la sikit hasil.

Trade BTC : 27.05.2025 23:20

BTC penulis dah sell kena trail stop loss. So sekarang capital dalam USD.

Pedoman  Khamis S&P500

Level nak kena jaga adalah 5882 – 5849. Break ni, next bawah.

Pedoman Khamis Bitcoin

BTC ni tatau nak naik ke nak turun ni, sama ada nak ke 115K atau pullback ke 21, 34 MA. Now, aras nak kena tengok :

1. Break support 106632, next 105500 – 102000 (ending wave 4).

2. Break resistance 111K – 112K, next 115K.

Sebab bawah 111K, favour ke bawah.

Trade BTC : 30.05.2025 14:18

Sekarang kita nak tengok BTC closed atas resistance $106632 atau tak. Closed atas, kita kena masuk balik kerana dikhuatiri wave 4 da complete dan BTC akan terus naik.

Kalau failed, meaning nak turun lagi, wave 4 tak complete. Kalau turun lagi, meaning dia bukan B-C, dia dah jadi wave 3 yang panjang, hence, BTC mungkin lagi ke bawah sebab nak buat 5 wave.

Trade BTC : 31.05.2025 12:59

Price semakin turun. Now, kita analisis apa yang telah berlaku.

1. Price menjauhi resistance $106632 dan dah closed bawah dia.
2. Price dah pecah channel support, dah closed pun daily so direction makin jatuh.
3. Wave 4 mungkin lagi bawah.
4. Support terkini adalah $102000.

bersambung…