247 hari ke 13 Mac 2024.
Minggu lepas penulis agak serabut dengan kerja ofis. Ini adalah kerana preparation untuk townhall Q2. Macam-macam hal nak prepare slidelah, layan staff la, itu la ini.
Penulis rasa nanti lepas 13 Mac 2024 (kalau retire atau tak pun) penulis nak cuti 30 hari.
Apa penulis nak buat adalah nak buat spiritual retreat a.k.a blackout. Penulis nak cari remote area dan duduk bertapa kat sana sebulan.
Nanti tengoklah detail macam mana, penulis update dari masa ke semasa. Sekarang ni tengah pasang impian dulu. Plan sikit2 apa yang patut. Kalau boleh masa tu selain dari retreat spiritual, boleh buat detox body terus.
Now. Apakah kepentingan retreat ni? Itu nanti penulis tulis next week.
Trade Update
Last week ada 3 trade, 2 dah close manakala satu masih float.
Yang float ni adalah trade WD.
Staking Salary Update
Start minggu ni penulis akan update 2 wallet. Pertama adalah wallet asal Ledger. Kedua adalah wallet Polkadot Vault. Basically untuk long term, penulis akan pindahkan semua dari Ledger ke Vault. So ini musim transisi.
Total polkadot sekarang adalah sekitar 16,566 compare last week, 15,149. Pertambahan 1000 ++ adalah profit stake hari tu.
Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 1986, daripada 345,245 hodlers, meningkat dari 0.61% kepada 0.58%
Oleh kerana penulis sekarang dah jadi SUB2K, dimana kedudukan #1999 mempunyai 16,299, bilangan DOT penulis adalah lebih tapi duduk dalam dua wallet.
Jarak dengan penulis adalah #1999 kurang 267.
So sekarang penulis nak set target baru iaitu untuk masuk SUB1K atau kedudukan bawah 1000 iaitu #999.
Untuk masuk SUB1K, penulis short -18,917.
Agak jauh tu tapi insyaallah one day.
Bitcoin Update
Fund manager terbesar dunia Blackrock, melalui CEOnya telah declare Bitcoin adalah digital gold. Ini satu perkembangan gila babi tak ingat punya sebab few years back depa cakap lain.
Now, melalui pengumuman ini, nampak gayanya Bitcoin memang dah officially menjad salah satu jenis asset investment di dunia.
Blackrock adalah asset fund manager no 1 dunia dengan AUM $9 T.
Polkadot Update
Tiada new update untuk Polkadot.
Kraken Update
Gempar last week di mana rumah founder Kraken, Jesse Powell kena serbu dengan FBI atas tuduhan cyberstalk dan hack nonprofit yang Jesse buat sendiri.
Ini dari twitter.
Jesse Powell—the founder and former CEO of crypto exchange Kraken—reportedly had his home searched by the FBI earlier this year as part of a hacking and cyberstalking investigation involving a nonprofit, making him the latest cryptocurrency figure to face federal scrutiny. pic.twitter.com/1bbdfFEGp1
— Forbes (@Forbes) July 7, 2023
Jesse sekarang bukan CEO Kraken, tapi adalah Chairman kalau penulis tak silap. Kalau tengok gaya macam ada tekanan pada Jesse pasal kes court nak mintak list trader yang buat profit untuk nak kejar tax.
Ini mungkin plot dia.
Ledger Update
Tiada new update untuk Polkadot.
Trade Analysis
Kita tengok apa cer charta-charta kegemaran minggu ini.
10.07.2023 00:27
S&P 500
Seperti yang telah dijangka last week, price menurun akibat negative divergence.
Apa price tengah buat?
Menanti pullback ON kalau close 4400
Kemana kemungkinan pergi?
Pullback mebi ke 21 ema (4366), 34 ema atau lagi deep 4200. Jika ini berlaku, kita berubah dari micro micro wave 3 ke 4. Lantai 4, 4366-4200 dari sini akan ke wave 5/ 3 besar sikit.
Harapan terus bull?
Untuk terus bull, kena maintain atas 4166 – 4103
Halangan seterusnya?
Resistance sekarang adalah 4481-4508 atau paling jauh 4534
Elliot Wave Count?
Overall, macro wave adalah dari biru 4 (3508) ke 5 (4818), 5 end of this year atau awal 2024. Micro wave dari kuning 2 ke 3.
Gold
Gold tengah dalam correction, masih belum bottom, namun masih long term bullish.
Apa price tengah buat?
Price meniti atas trendline dan harap tak pecah. Kalau tak pecah, mungkin dah bottom.
Kemana kemungkinan pergi?
Kalau pecah 1900 – 1880, jual semua gold sebab dah start bear.
Harapan terus bull?
Untuk resume bull, kena break 1986 dan maintain atas 1900. Petanda awal resume bull kalau break 1973, atau lagi bawah 1940. Meaning dah bottom.
Elliot Wave Count?
Gold count micro adalah 2 pergi 3. Wave 3 belum habis lagi. Macro, wave 4 nak pergi 5. End wave 5 : 2370 – 2470
Harga gold fizikal?
Bagi harga gold, turun dari last week,
50g – RM14,919
100g – RM29,669
1kg – RM296,400
Sepanjang penulis monitor harga emas jongkong di Habib, minggu 10, 1kg – RM273,600.
BITCOIN
Price masih sideway dan menunggu arah mana nak pergi.
Apa price tengah buat?
Bitcoin menanti pullback kecil. Pullback kecil ni mebi ke 21 ema (29,791) atau 34 ema atau lagi bawah $28K
Kemana kemungkinan pergi?
Namun sebab price ada turun kejap ke 29,368 hence tak berapa clear dah pullback dan akan naik, atau akan turun lagi retest 21 ema, 29,791 – 28070.
So, kalau masih below 31400, ada harapan ke bawah instead ke atas, melainkan closed atas, hence pullback dah setel.
Harapan terus bull?
Kalau pecah atas 31400, so maybe ke 32K – 33.5K.
Kritikal jangan pecah kalau tak bear?
$27100 – $24750
Halangan seterusnya?
Atas dari sekarang ada 2 level, $32K dan $36K.
Pullback besar adalah area $39K – $43K. $39K adalah critical resistance sebab situ fibo 61.8% manakala $43K adalah fibo 1.6.
Elliot Wave Count?
Bitcoin count Macro sekarang adalah 2 nak pergi 3.
Manakala micro, 2 pergi 3, 3 ni belum lagi, ending wave 3 adalah $39K-$43K, expected by July – Aug.
11.07.2023 14:46
Trade WD penulis dah kena pada $5.11 semalam. Hari ni price tengah naik pulak $5.17. Senyum je la…. kita dah usaha dan rezeki kita sampai situ je.
Now duit dah WD dan dalam PERjalanan dari negara Joe Bidin ke negara Bangnon.
Banyak utang nak bayar ni. Rasa dalam RM16K lebih… topup terus bayar credit card.
Apapun, ALHAMDULILLAH.
Selit sikit cerita semalam.
Semalam hari isnin, penulis ada meeting sampai 6x. Rasanya ni rekod ultimate ni dulu masa company sebelum ni meeting paling tinggi pun 5x.
Kalau cenggini la gayanya, hmmmm…. busy is good actually. Tapi dah tua ni apa yang kita cari?
OK. Semalam masa isap rokok sambil tunggu client, partner penulis tanya penulis ni : Kenapa tanak stay dengan company?
Untuk rekod, tahun depan mac, kontrak penulis dengan company yang penulis mulakan sendiri, habis sebab company dah kena beli dengan company lagi besar dari oversea.
So penulis kata gini. Expenses penulis sekarang RM30K sebulan…. gaji sekarang parent company bayar RM20K sebulan. Tolak itu ini, balance dalam RM13K – RM14K. Tak cukup bosssss….
So malam nak trade lagi… agak tak fair untuk company sebab penulis tak perform sebagaimana yang nak kena. perform. Basically, penulis kena fikir what is next untuk survival.
Partner tanya, penulis nak buat apa?
Penulis cakap sekarang tengah belajar trade. Penulis average sebulan (dari Jan ke Jun), total profit dari trade, stake dalam RM30K. Tapi bukan semua la WD buat gaji. Yang buat WD dalam RM15K sebulan. Sebab belum full time trade lagi dan masih ada gaji kerja.
Partner tanya berapa modal trade tu?
Penulis cakap dalam RM850K.
Partner kemudian buat congakan. Dalam 3.5% sebulan (RM30K of RM850K)
Now kami sembang2 lagi but then scene ini buat penulis terfikir.
Basically, 3.5% ni sebenarnya agak relatif kepada berapa harga semasa DOT.
Now betul capital RM850K, tapi profit average 6 bulan adalah 1097 DOT. So 1097 DOT ni sekarang RM26K lebih kurang.
Now, let say nanti DOT naik $10 per DOT. Dan penulis masih buat profit yang sama 1097 sebulan. Berapa gaji penulis?
RM50,462.
Berapa percent dari RM850K?
5.93%
Basically, lebih tinggi harga DOT naik, lebih besar nilai gaji penulis dan lebih tinggi percentage return dari capital asal RM850K.
Ini adalah kerana, penulis trade crypto, based dari fiat capital. Agak berbeza dengan Forex namun cara penulis ini rugi awal-awal tapi untung long term.
Kalau forex, capital RM850K, profit pun dalam fiat hence nak kena maintain ROI % setiap bulan.
Manakala crypto, capital RM850K, tukar jadi DOT, sekarang betul value RM850K ni turun separuh dalam RM475K, but then as long as penulis boleh maintain profit 1000 DOT dari capital 20000 DOT (5% sebulan), value DOT ni dalam RM berubah-ubah.
Risk dia adalah, kalau DOT jatuh jadi $2.5 ke… $1 ke… hat tu demam. But then untuk cover risk ni, itu yang penulis start trade awal setahun. So 50% dari profit DOT 1000 sebulan tu penulis stake dulu, agar ia boleh hasilkan DOT baru. Dalam masa yang sama, kalau tahun depan penulis berhenti kerja, dan kalau DOT drop 50% dari $5 kepada $2.5, hence penulis ada simpanan 500 DOT setiap bulan yang dah dibuat tahun ini untuk cover gaji penulis tahun depan. Walaupun tak cukup 30K, atleast ada dalam RM17K… dah lepas banyak benda tu cuma kena ikat perut sikitlah. But then insyaallah, DOT kalau turun pun paling jauh area $4 je sebab ATH is $54.
There is more room to grow than to decline.
Basically, untuk 1097 DOT bernilai RM30K, harga DOT mestilah naik kepada minimum $6.
Naik $12, gaji RM60K.
Insyaallah, dan alhamdulillah.
Dulu masa gaji RM70K, expenses penulis RM30K sebulan. Balance RM40K penulis simpan untuk investment. Bini penulis bagi dalam RM5K je rasanya.
Now, kali ni, kalau gaji naik RM60K semula, penulis akan bagi isteri penulis RM10K sebulan. Kita kena apreciate bini kita sebab pengorbanan dia, buat kita jadi kita, hari ini.
Lagipun pagi2 sebelum keluar kerja, yang cium pipi kita doakan rezeki kita siapa?
14.07.2023 02:10
Minggu ni sibukk gila dengan ofis nya kerja. Ni baru ada masa nak tengok market. Sekali tengok, DOT tengah pacak.
Now, 4H RSI dah signal nak reversal, MACD belum confirm.
Heikin tgh stim ijau.
Daily ni mau boleh test $5.72. Line ungu tu, SMA200.
Apa cer pacak ni? Kita tengok USD.
4H macam turun tangga beb.
Manakala daily, tu dia bak hang.
So basically, kalau ini macam sure crypto naik. Tengokk crypto jap.
Ini daily. Fuh…
Sebelum apa2, kita tengok panduan dari abang upad. Dia kata paling tinggi $5.64.
So kita sekarang tunggu dulu tengok canne. Jangan gopoh nak masuk. Kang sangkut lama nak tunggu. Lek….
14.07.2023 16:54
Penulis baru masuk satu trade ni. Sell $5.66 TP $5.49. Capital 25%.
Ni masuk graph 1H. TP kat mid BB. Harap fast in fast out.
15.07.2023 03:19
Trade dah TP $5.49. Net profit 119 DOT. Alhamdulillah. Profit telah dihantar ke Vault.
Now mari kita tengok carta.
4H, signal on, macd on, price menjunam.
Penulis ada letak order di area $5.47 utk TP $5.22 atau kalau bran $5.15. Kita tengok canne nanti.
Now, dalam masa yang sama kita boleh monitor USD sebab dah jatuh teruxx sangat. Kebangkitan semula USD bakal berlaku dan ini menyebabkan crypto target in the hole…
16.07.2023 01:45
Trade dah sell $5.47. Dah set juga buy $5.40. Capital 5K.
Ini chart terkini. TP area mid BB.
16.07.2023 15:11
Trade dah close semalam buy at $5.40.
Now, price turun ke midd bb seperti target namun dia lajak lagi ke bawah area $5.34.
$5.34 adalah lantai bawah sell zone daily, juga ema 8.
Untuk trade akan datang, meaning to say, untuk target area, walaupun dalam timeframe 4H, kita boleh double check kemungkinan di timeframe daily.
Gross Profit dalam 65, Nett 57. Profit akan dihantar ke Vault sebentar lagi.
Hari ini hari Ahad, hence next week kita sambung cerita. MInggu ni kita dah masuk 2 trade dan 2 trade ini membuahkan hasil.
Alhamdulillah syukur kepada nikmat Allah ta’ala. Rezeki yang Allah beri sikit ke banyak, yang penting sentiasa masuk. TQ Ya Allah.
bersambung…