Trade Log : w29 2023 – Polkadot 2.0

241 hari ke 13 Mac 2024.

Last week penulis dah kembali masuk ke dalam flow trading selepas seminggu macam lapse sebab sibuk kerja. Kalau tengok bulan ni, kita dah sampai mid July. Kejap jeh.

Kalau tengok tempok kontrak penulis kerja, saban minggu menjadi semakin pendek. Sedar-sedar lagi 241 hari. Berdebar juga nak decide satu benda yang besar dalam hidup. Penulis pulak rasanya ada 2-3 kali kena decide macam ni namun kali ni lebih debar sebab stake dia tinggi.

What is next kalau tak sambung kontrak kerja?

Actually tahun depan ni penulis kena decide atas apa yang penulis telah fikir dan rancang. Trading ni bukanlah matlamat utama penulis tetapi sebaliknya satu vehicle untuk make sure yang cashflow penulis tu sentiasa on dan ada. Dia untuk produce oil bagi penulis untuk achieve apa yang penulis nak dalam hidup ini.

Itu sebenarnya yang lebih kritikal. Penulis nak jadi apa?

Rasa mungkin dalam short term ni penulis kena break kejap dan jumpa kawan-kawan yang lebih superior sikit untuk tanya dan amik pendapat. Maybe ini yang penulis perlu buat. Untuk itu, penulis rancang untuk berjumpa dengan 3 orang kawan penulis yang penulis rasa boleh bagi input atau perspektif yang beyond.

At one point in our life, we realise that we are no longer trying to achieve what we want…but do we have courage to manifest, what we should have (need to) become.

Trade Update

Last week ada 3 trade, 1 trade legacy WD settel dan 2 lagi trade ori last week, pun da close. Alhamdulilah.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 16,835 compare last week, 16,566.

Kedudukan richlist adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1967, berbanding last week 1986, daripada 346,019 hodlers, meningkat dari top 0.58% kepada 0.57%.

Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 35,317 dimana penulis short 18,541 DOT.

Staking Fund Relocation

Minggu ni penulis akan start pindah sikit slow-slow sebab tanak tiba-tiba hilang staking rewards. Umum mengetahui adalah kerana untuk unbond, dalam ekosistem Polkadot, dia kena makan masa 28 hari.

So penulis akan letak sini to do ikut kategori. Nanti next week penulis update yang mana dah pindah. Meaning kalau dah pindah penulis akan cross.

This week akan deploy dulu semua trade profit bahagian D yang bawah sekali, melibatkan 1824 + 661 + 1786 DOT dalam Ledger ke Vault.

Kalau tengok sekali imbas interm of overall, modal dok ada 30,973 DOT, dari sini menghasilkan 5849 DOT baru melalui trade dan stake. Dalam 18.9% sepanjang 2 tahun.

Satu lagi, hasil trade, 2x lagi tinggi dari stake. Data yang tak masuk adalah value WD yang telah dibuat, itu dalam RM137K.

Bitcoin Update

Ini antara video higlight last week dimana penulis rasa agak signifikan.

Manakala satu lagi, adalah discussion Alesio dengan Steve. Click sini.

Ini satu lagi video discussion yang on juga nak layan.

Polkadot Update

Basically Polkadot, lepas conference decoded 2023 hari tu, ini adalah intipati dia. Polkadot dah masuk version 2.0 dimana target dia adalah lebih murah untuk orang join agar adoption dia tinggi sekaligus menaikkan harga Polkadot.

Isu utama polkadot adalah community tak berapa kuat, namun tech power gila.

Kedua, ada pertukaran dari fundamental tech Polkadot ni. Boleh compare drawing Dr. Gavin DOT 1.0 kepada DOT 2.0.

Untuk faham detail, ini main point dia.

Kedua, secara overall.

Ketiga, detail sikit.


Last, kalau minat lebih, kena paham tokenomics dia.

Basically sebab utama penulis minat Polkadot adalah kerana founder dia Dr. Gavin ni bagi penulis genius dan lain macam sikit. Now nampaknya Dr. Gavin memang faham realiti crypto ni hence dia ubah fundamental coin dia untuk lebih adapt.

Maksudnya apa? Tak kisah akan datang macam mana, tapi Dr. Gavin punya goal adalah untuk make sure DOT relevan agar network effect dia multiply.

Kraken Update

Tiada update signifikan.

Ledger Update

Tiada update signifikan.

20.07.2023 00:24

Minggu ni agak lambat buat update sebab penulis agak sibuk nak prepare dua benda. Pertama update networth untuk jumpa dengan financial planner manakala kedua nak prepare doc untuk kereta baru penulis.

Eniway, better late than never.

S&P 500

Price makin naik tembus resistance, so tengah debar sebab tak pulback lagi.

Apa price tengah buat?
Menanti pullback ON kalau close 4400, meaning micro dari 3 nak pergi 4. Ada kemungkinan naik lagi ke 4550 sebelum pullback.

Kemana kemungkinan pergi?
Pullback mebi ke area 4330 – 4260. Jika ini berlaku, kita berubah dari micro micro wave 3 ke 4. 

Harapan terus bull?
Untuk terus bull, kena maintain atas 4166 – 4103

Halangan seterusnya?
3 resistance sekarang adalah 4481-4508 atau paling jauh 4534 semua dah kena. 

Elliot Wave Count?
Overall, macro wave adalah dari biru 4 (3508) ke 5 (4818), 5 end of this year atau awal 2024.

Micro wave dari kuning 2 ke 3, menanti pullback dari 3 ke 4.

Gold

Apa price tengah buat?
Gold pecah 1940 petanda awal nak bull, malah pecah 1973. Hence pendapat majlis ulama bahawa gold dah bottom, makin kuat.

Kemana kemungkinan pergi?
Mungkin pullback kejap sebab RSI daily dah signal. Anyway upside adalah 2070, 2200, End of the year 2360.

Harapan terus bull?
Untuk resume bull, kena break 1986 dan maintain atas 1900. Kalau pecah 1900 – 1880, jual semua gold sebab dah start bear.

Elliot Wave Count?
Gold count micro adalah 2 pergi 3. Wave 3 belum habis lagi. Macro, wave 4 nak pergi 5. End wave 5 : 2370 – 2470

BITCOIN

Rujuk last week punya analysis. Tapi to keep it short, price dah flirt area 29920. Closed bawah ni, pullback on. Sekarang tak sure lagi sebab price naik balik ke 29962.

USD

Daily dah ada signal nak naik, namun confirmation belum.

Kalau tengok daily Heikin, dah mula nak hijau.

Manakala 4H, macam dah nak reversal kejap sebab tinggi sangat. Expectation adalah price turun ke ema8 dan reject untuk naik.

Ini adalah kerana heikin masih hijau dan belum confuse untuk bertukar merah.

So esok kita tengok crypto closed tak atas ema 8. Kalau closed, patutnya USD daily pulak reject ema 8 dia.

Heikin daily makin kecik, nampak macam nak naik.

Kesimpulannya, USD daily macam nak naik, crypto daily pun macam nak naik, so 50-50, kita tengok sapa yang kuat naik baru kita decide nak masuk trade atau tak.

Polkadot

Ini sedikit pedoman dari Upad. Price range 5.64 ke 5.05.

Manakala in 4H DOT.

Penulis nak masuk 25% capital, set sell order dekat $5.22 TP $5.07. Expectation adalah price retest trendline junam tu dan turun retest support. Masuk 25% sikit je sebab price overall belah bawah BB. Berani masuk sebab heikin tengah merah, belum ada trend nak ubah.

Kita tengok canne. Penulis nak unstake dah tapi miss rewards dalam 38…agak 199 doll tu. Dekat 1K duit melayu. So lilek dulu.

20.07.2023 18:00

Agak nasib baik tak sell semalam. Price breakout hari ni. so kita tunggu signal reversal.

21.07.2023 15:59

Lain macam price DOT sehari dua ni. Pacak, then lemau, pacak, lemau.

Ini graph terkini.

Now, semalam penulis gatai masuk satu trade sell $5.35. Then bangun pagi tengok price pacak. So trade ni trade excident. Harap boleh close sama ada $5.29, atau $5.23 tengok canne.

Penulis juga tengah order Sell dekat $5.45. Ingat nak masuk dah awai tadi tapi lupa. DEM!

Apapun penulis berani masuk sebab USD daily macam nak naik. Daily dah closed atas ema8 line kuning. Mebi nak test mid BB tu line biru.

21.07.2023 23:03

Trade kedua sell $5.45 dah on, tapi sekarang price $5.50. so now penulis ada 2 floating trade dengan balance 5K Dot untuk deploy once confirmed reversal.

Ini chart terkini. Signal nak reversal dah ada. Menunggu confirmation.

Sementara itu, ini pedoman dari Upad. Kalau closed $5.64 road ke $7. Kalau closed bawah 50 SMA, next $4.74.

Sebab dah juai, harap turun.

22.07.2023 18:59

Price makin turun setelah confirmation MACD. Expectation adalah buy zone 4H terdekat seperti dalam charte.

Heikin merah pun makin stim.

Sedikit kerisauan adalah kerana USD dah tinggi. Nampak dah ada signal nak turun. Confirmation belum.

23.07.2023 00:28

Pedoman terbaru dari Upad.

bersambung…