Trade Log : w30 2023 – Wealth Report

233 hari ke 13 Mac 2024.

Minggu lepas penulis banyak tengok video setup home office. Banyak gila jugak la so ada macam-macam idea.

Tujuan dia adalah sebab penulis nak setup home office baru di rumah baru penulis. Penulis ada beli rumah tahun lepas so estimate nak masuk dec ni.

Ini contoh.

Selepas pandemic, home office semestinya satu kewajipan bagi kita semua sebab penulis rasa kita tak boleh nak expect apa akan datang nak jadi. Kita tak tahu tiba-tiba nanti covid19 datang balik dengan nama covid24 ke so atleast kalau jadi lagi, kita dah bersedia dan boleh continue cari makan.

Yang keduanya pulak adalah kerana lepas covid19, mode kerja dah berubah dimana banyak company implement kerja selang2 ofis-rumah. Misal contoh company cousin penulis, 5 hari ofis, 5 hari rumah. Kalau ofis penulis pulak, 3 hari ofis, 2 hari rumah dimana rabu adalah hari perubahan.

Hence, home office adalah kritikal.

Walaupun long term penulis rasa akan sewa office betul setelah berhenti kerja, tapi penulis kena fokus one thing at one time dulu. Tu cite tahun depan so ni kita cita tahun ni dulu.

Trade Update

Last week ada 2 trade, 2-2 dah closed. Alhamdulilah.

Asalnya tp jauh kebawah $5.21 tapi malam tadi pukul 4 pagi penulis terjaga. Penulis kendian ubah kepada buy $5.30. Bila pagi bangun tengok clear.

So profit gross 317. Net 305. Ini dari kraken dashboard.

So, sebelum nak update staking salary update, penulis nak agihkan dulu profit ni. Tapi tu la…. kita memang kena redha dengan apa rezeki yang kita dapat. Sebab asalnya penulis punya TP adalah $5.21. Ni petang ni price baru turun situ.

Ujian dia bukan lagi level kena sabar atau trust the process, tapi redha tak kalau rezeki kau banyak tu je?

Aku redha ya Allah… trade win sekarang 26 Win 3 Loss… itu pun dah besar rahmat kau beri ya Allah… 7 bulan trade baru 3 kali loss…. semoga kau gandakan profit Aku dan semua yang redha dalam arena trading ini.

AMIN

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 17,244 compare last week, 16,835. Perubahan pangkal 16 ke 17. Senyum la.

Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1931, berbanding last week 1967, daripada 346,771 hodlers, meningkat dari top 0.57% kepada 0.56%.

Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 35,479 dimana penulis short 18,370 DOT.

Staking Fund Relocation

Masih belum deploy apa-apa lagi, sebab minggu ni penulis trace balik semua modal polkadot. So ini yang paling update setakat ni. Meaning last week punya tak tepat.

So basically modal penulis untuk DOT,

  • Mula2 – RM1.89 M
  • Lepas contra dengan staking rewards  + trade profit + WD duit dapur, – RM 1.15 M
  • Hence, DCA per DOT penulis adalah $6.78

Kalau DOT naik $6.78 esok, maksudnya, penulis baru break even dari segi modal. Tade untung apa lagi.

Kena tunggu $13.56 per DOT la baru sedap cerita, sebab ini dah naik seganda which penulis profit RM1.15 M la + RM1.15 M capital.

Apapun, minggu ni penulis nak cuba study pasal unbond ni sebab penulis tak pernah buat lagi.

Bitcoin Update

Ini antara video higlight last week dimana penulis rasa agak signifikan. Perbualan antara Ben.C dgn G.Solomon.

Polkadot, Kraken, Ledger Update

Tiada update signifikan.

P2P Update

P2P adalah tempat penulis nominate. So ini ada update sikit. Basically, P2P ada update dia punya API, dan ini membenarkan xs dari luar untuk staking dengan P2P, tanpa xs kepada P2P dashboard.

Cannila. Let say in future penulis nak buat wallet baru, satu alternative untuk rakyat malaysia, hence dalam wallet tu orang simpan duit dapat 14% dividen using staking DOT. Hence boleh buat dah dengan syarat wallet ni connect dengan P2P punya staking API. Chara kan?

Baca sini.

Lain-lain update

Ini kategori baru dimana any update yang relate to wealth journey. Now, untuk minggu ini, penulis ada baca report dari Mr. Frankie.

First, ini data terkini berapa orang semuanya HNWi dalam Malaysia, compare world. Dijangkakan, akan ada 130,750 orang HNWi, yang ada USD1 M by 2026.


Detail report baca sini.

FYI, ada RM1 M bukan level millionaire lagi, kecuali level lokal. Kita kena ada USD1 M baru dikira millionaire. UHNWi lagi la… itu USD30M. Jauh sangat tapi tiada yang mustahil.

Malah, Malaysia ni adalah antara potensi top 10 risers in term of new UHNWi ( Ultra High Net Worth Individual ). Jangan main2 sama melayu boleh….

25.07.2023 01:17

Hari dah agak malam, so esoklah penulis update chart analysis.

27.07.2023 15:27

Penulis rasa minggu ni cam malas la pulak nak buat analysis. Ini kerana price DOT baru turun dan tengah nak mendaki balik, hence tiada opportunity untuk trade.

So kalau dah cantik nak trade tu, nantilah penulis buat analysis.

However, in the mean taim, penulis dah stake process relocationg DOT dari Ledger kepada The Vault.

Penulis tak unbond semua DOT di Ledger, cuma sebahagian. Ini adalah kerana penulis tanak rugi staking rewards dari Ledger. So penulis buat sikit2.

First ni ada dalam 4K lebih DOT, dah unbond dan sekarang tunggu 27 hari untuk available, sebelum boleh transfer ke The Vault.

Lagi 27 hari tu adalah, 23 Aug. Bapak janggut. Penulis da add dalam calendar, hence, by that day, unbond lagi 4K-5K, then satu lagi round lepas tu.

So expected settle dalam masa 28 hari * 3 session, expected by 19 October 2023 setel semua ataupun zero DOT in Ledger.

Dalam masa yang sama, rewards baru staking dalam Ledger, penulis dah transfer ke The Vault. Yang ni kena buat from taim to taim.

Ini udpate Ledger.

Ok tu je setakat ni.

bersambung…