211 hari ke 13 Mac 2024.
Beberapa minggu lagi kita akan menyambut merdeka. Merdeka ni banyak maksud dia. Namun saban tahun, penulis sering bertanya pada diri penulissendiri. Sudahkah “penulis” merdeka?
Trade Update
Last week trade awal minggu dah closed.
Then penulis ada masuk lagi total 4 trade, ini semua masih floating.
Trade masih tak closed mungkin sebab TP penulis jauh sangat dan keadaan market sekarang tak boleh jangka macam biasa. Sebab dah lemau menunggu minggu ni penulis rendahkan sikit TP. Nak kena refresh trade…
Staking Salary Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 17,474 compare last week, 17,180. Naik 1.71%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1929, berbanding last week 1960, meaning naik 31 tangga, daripada 346,680 hodlers, maintain pada 0.56%.
Didapati juga, jumlah wallet menurun dari 347,584. Ghaib 904 wallet.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 34,810 dimana penulis short 17,356 DOT.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem.
Staking Fund Relocation
Masih belum selesai unbond 4,271 DOT dari ledger dan sekarang masih lagi menunggu masa untuk asset ni bebas boleh transfer.
Lagi 9 hari baru setel.
Bitcoin Update
Whale baru muncul.
Polkadot Update
Nampak kepercayaan kepada staking DOT makin tinggi, dalam masa 24%, naik 300%. Gila. Baca sini.
Kraken Update
Nampak populariti Kraken makin up dari segi trading altcoin. Ada bagusnya dan ada pulak yang tak bagus. Boleh baca sini.
Trade Update 15.08.2023 02:24
Trade penulis dah closed, elok letak TP $4.975 terus kena.
Price macam terus memberi peluang kepada penulis.
16.08.2023 02:38
Tapi tu la kan… kalau kita sabar, price turun pada TP asal kita $4.92. Elok je atas line….
Pengajaran dia apa? Apa yang kita dapat, kita bersyukur. Tak kisahlah berapa-berapa sebab itulah rezeki kita. Next time kita mintak doa, agar diberikan lagi rezeki yang lebih.
Now, next ni nak monitor apa? Pedoman dari Upad, kalau closed bawah $4.83, ada can pergi $4.60. So kita monitor situ $4.83.
16.08.2023 16:42
Dah turun sampai $4.63, hampir sangat mengikut pedoman Upad $4.62. Haram tak sempat masuk.
Persoalan dia, adakah dia akan turun lagi?
Trade Analysis
17.08.2023 02:28
Kita dah melebihi tengah bulan dan baki lagi 14 hari sebelum masuk bulan baru. Bulan ni trade penulis agak lemau, masuk dah betul tapi keluar awai sangat. Kalau sabar sehari dua, muka lagi ada sinyum.
But itulah life seorang trader. Prinsip penulis, masuk trade untuk protect capital, kalau ada untung, alhamdulillah. Prinsip trade penulis agak berbeza sikit maybe orang lain masuk dengan mindset mesti nak untung kalau tak buat apa trade?
Hence kita mempunyai perbezaan mazhab dan keperluan so kita tak sama.
Anyway, looking back tahun ini, sejak jan, penulis dah buat profit 27% untuk DOT dan withdraw 12% untuk USD, meaning, better than ASB. Ini dah cukup alhamdullillah.
However, target bulanan mesti mau ada dan bulan aug ni, total trade dan stake baru 496. Avg sebulan patut dalam 1239, so agak jauh lagi mau pergi. So penulis kena cari lagi 700-800 DOT untuk bulan ni nak cover duit dapur boss.
Makanya, mari kita fokus.
Kita tengok USD dulu. Orang pegang cash, atau pegang asset.
Now, weekly breakout trendline, dan nampak nak naik test sell zone atas.
Heikin, hijau kuat.
So, ini memberi bayangan USD masih kuat, hence crypto akan turun lagi.
Tengok overall crypto.
Petanda nak turun adalah price reject line kuning EMA 8, dan ada kemungkinan nak try line ungu MA200. Dekat tu.
Heikin masih merah, belum ada tanda nak berubah.
Kita tengok Bitcoin.
Weekly, petanda nak turun :
- MACD dah bersilang
- Ada buy zone bawah
- Dah dekat nak touch trendline bawah
- Line ungu MA200 belah bawah so ada kemungkinan dia nak french kiss sebelum naik
- Price dah 3 minggu reject line kuning EMA 8
Namun awas sebab heikin merah mula kecik, so kena aware incase tetiba hijau.
Now, kita tengok DOT.
Weekly obviously dah 3-4 minggu reject EMA 8. Macam nakk habiskan semua buy zone semasa meaning nak turun lagi bawah. MACD bersilang hence confirm nak turun lagi.
Hekin masih merah.
Daily,
RSI dah signal nak naik, namun MACD macam baru bersilang nak turun. Buy zone bawah belum test adalah $4.54.
Heikin tengah kuat merah belum ada tanda nak berubah.
So basicall price belum ada tanda nak naik.
4H tengah turun macam tangga langung tak retest ema 8.
Namun RSI dah signal nak naik, menunggu confirmation MACD untuk naik.
Trade Update
17.08.2023 02:59
penulis nak masuk atas dasar melihat USD makin naik dan crypto makin turun. Namun 4H DOT macam dah nak naik kejap, so penulismasuk sikit sahaja iaitu 25% dari capital.
Sell at $4.79 line ema 8, TP jauh $4.55 tapi kalau dekat mebi $4.73. Kepada Allah, kita berserah.
17.08.2023 20:57
Price turun sejauh $4.53, namun tak kena Sell order penulis $4.79, melainkan pagi tadi rasanya. Sekarang 4H price makin naik, so better penulis closed cepat. Asal ada profit oklah.
Ok, nak gi jogging jap. Harap balik dah setel. Eh jap. Baru nak keluar dah kena. Oklah tu alhamdulillah.
18.08.2023 00:35
USD daily dah di upper BB. RSI dah signal nak turun. Menunggu confirmation untuk turun dari MACD. So kalau anda nak trade buy low sell high, cantik.
Heikin belum berubah arah. Masih ku lihat hijau.
Crypto, daily, tengah menjunam. Signal RSI nak naik ada, namun confirmation MACD belum.
Heikin tengah kuat boss.
Bitcoin daily pun serupa. Ada kemungkinan nak test line ungu MA200. So dijangka price akan turun lagi.
Heikin masih berdarah, belum bertukar arah.
Dot, daily, RSI dah signal nak naik, menanti confirmation MACD.
Heikin walaupun merah, dah ada tanda2 melemah.
So apa kesimpulannya. Berdasarkan analysis yang ada, masih ada peluang untuk sell Dot dan buy low namun risiko nak kena game semakin besar.
Boleh masuk, namun once USD confirm turun better chow chin cau cepat.
Mari kita tengok lagi detail. Ini Dot 4H. Ada sell zone disitu namun agak nipis.
Heikin masih kuat merah.
penulis akan masuk order sell pada $4.79 sekali lagi dan cuba mencari TP di area $4.65. Satu lagi adalah di area $4.75.
Ini adalah trade berisiko tinggi dan SL kena ketat. Kepada Allah, penulisberserah.
18.08.2023 05:58
penulis tidur awal malam tadi, ni tiba tiba terbangun. Jarang jadi cam ni tapi sebab terbangun, penulis tengok market.
WTF?
penulis check sell order penulis semalam, 4.79 tak kena, tapi 4.75 rupanya penulis tak sempat nak sell. Stake je tapi order tak buat…. lega……………
So ni penulis nak try trade jap tengok canne. Tak pernah masuk belah bawah ni tapi mesti ada sebab tiba2 terbangun.
18.08.2023 15:59
Subuh tadi penulis ada masuk satu trade sell $4.40. Tapi sebab penulis tak pernah main timeframe kecik ni agak serr jugak. Last sekali ngantuk takleh tahan, penulis SL pada $4.39.
Ada la untung 6 Dot. Ok la tu dari capital habis. Tapi bila penulis bangun tidur, price turun sampai $4.38.
Now penulis tengah nak masuk lagi main timeframe kecik. Tengok RSI dah panas dan menunggu confirmation macd.
Order sell $4.52
Sekarang kena screenshot order dari kraken. Bukan screenshot dari spreadsheet sebab takut order tak buat pun macam semalam. Loss opportunity.
19.08.2023 02:16
penulis baru balik tengok wayang ngan anak-anak dan isteri. Tajuk wayang kali ini adalah Gran Turismo. Ia mengisahkan seorang pemain game playstation yang manifest jadi pro driver. Basically boleh layan cerita ni. Simple tapi sedap. Bukan deep pun.
Now, berbalik pada trade, dah closed dengan profit sedap sikit. Alhamdulillah.
19.08.2023 17:19
Moh nengok ada opportunity masuk ke idok.
USD
Kul 8 kang kita tengok confirm buy zone ke tidak. Kalau confirm, ada peluang masuk DOT.
Heikin 4H macam nak beruboh.
Cuma kalau nak masuk kena hati2 sebab daily RSI signal nak turun dah ada tapi confirmation MACD belum lagi.
Heikin daily, masih kuat belum berubah arah.
Crypto
4H memang macam nak naik. Signal naik dah lama keluo, confimation nak naik macam baru ada. Price macam menanti tujahan, kira engine dah ready tapi momentum belum sampai.
Heikin 4H macam dah nak berubah arah. Candle makin ngecik.
Daily, signal naik ada, confirmation naik belum.
Heikin daily masih kuat merah walaupun mula menunjukkan tanda kelemahan.
Kalau kita compare 4H antara USD dan crypto, masing-masing macam cuba nak naik.
USD tgh nak confirmkan buy zone, crypto pun sama. Tapi crypto macam kurang momentum compare USD. Kalau compare 2 ni, nampak peluang nak naik tinggi pada USD hence peluang nak turun pada crypto lebih tinggi.
Heikin USD masih kuat hijau, manakala heikin crypto masih merah dan macam baru nak tukar hijau.
Kalau kita compare daily, USD menanti confirmation turun, crypto menanti confirmation naik. Dua-dua signal dah ada. Tapi crypto lapse belakang sikit dari USD, meaning, ada kkemungkinan USD jalan dulu, so crypto tertinggal kat belakang menyebabkan crypto delay nak naik.
Hence ini membuka window tipis untuk trade DOT.
4H ada hidden sell zone. Price macam nak turun.
Heikin 4H tengah kuat.
Daily kalau esok buat sell zone baru, maka makin nak turun.
Heikin daily masih merah. Esok tengok sama ada kekuatan masih atau mengurang.
So berbalik pada trade. Ada window untuk masuk.
Boleh set order sell di $4.50. Assumption price akan naik dulu retest atas dan reject line kuning EMA 8, sebelum turun test buy zone bawah tu.
Area TP dari $4.43 – $4.40
Sudah set order boss. Satu $4.50, satu lagi $4.51.
Kepada Allah, kita berserah.
20.08.2023 13:03
Sell order penulis dah setel, so sekarang menanti untuk buy.
TP adalah kawasan, $4.40 dan $4.35. Mungkin berubah mengikut mood penulis.
bersambung next week…